Monday 30 November 2009

kalau dulu 28 sekarang 35

sekarang Malaysia dah tak macam dulu lagi dah. Malaysia dah maju kehadapan. Malaysia dah maju sangat sampai cuaca pun dah maju macam negara maju juga. jangan main main dohh. Malaysia dah tak main ah ting ting dengan guli lagi dah. dia main dota je sekarang. Malaysia dah tak macam dulu dohh. dia dah berubah.

kalau dulu, malam sabtu kita tengok gerak khas yang norman hakim yang ada skandal dengan memey dengan abby abadi yang sekarang berlakon pakai tudung dah dalam gerak khas. siap hafal lagu tema dia. semangat gerak khas sangat sampai sanggup beli ringtone yang Rm0.50 kat surat khabar tu sebab nak tunjuk semangat kesukanan bai. tapi sekarang mana main beli ringtone rm0.50 lagi dah. benda tu dah pupus dah pun. kalau cari gali benda tu dalam tanah pun, dah tinggal cepisan habuk habuk je dohh. tak main la gerak khas gerak khas lagi. kita sekarang tengok nur kasih je dohh. baru tergugat iman kental suci murni dohh.

kalau dulu, masa kecik kecik bila dah penat main kejar kejar police and thieve ice water kejadah semua tu, mesti beli aiskrim malaysia yang rm 0.20 kat tepi jalan. dulu aiskrim tu takat buat sendiri letak dalam plastik pastu gi bekukan. pastu dia dah naik taraf sikit. buat kat kilang, plastik pun dah keras sikit. siap boleh belah dua lagi. pastu sekarang ni? dah naik taraf sampai aiskrim cornetto je yang ada. eh jap, aiskrim cornetto pun dah berubah dohh. dah maju juga. dulu rm1.50 dah boleh dapat. sekarang ni cornetto dah tak main ahh takat ice cream je. semua pun nak ada filling filling. baru market.

kalau dulu, masa kecik kecik pagi pagi ahad kita tengok apa? kartun apa yang kita tengok? yang ada KluangMan, JoeJambul ke apa entah lagi kartun yang ada entah. lupa. sekarang mana nak ada dah semua tu. dah tak cool dah. nak tengok UpinIpin je. nak tengok WonderPets je. tak faham aku.

kalau dulu, music sensasi sepanjang zaman apa je masa tu. BSB, Nsync, 5ive, Westlife, SClub7, Spice Girls, apa lagi apa lagi? banyak dohh. haa aku tahu lah kau nak kata Newboys. takpe aku faham perasaan kau. aku tuliskan juga. sekarang band apa yang kita dengar? tak tertulis aku nak list kan sekarang.

kalau dulu, masa yang ada Friendster dengan MyRakan je dohh. sekarang? you name it.

kalau dulu, bila akhir akhir tahun macam ni, kat terengganu (dan kawasan sekitarnya) memang tak ahh nak tengok matahari. kat sana lah yang macam Boston. hujan tak henti henti. drama habis sampai nak banjir banjir lak. tapi sekarang, kat KL ni setiap hari pulak nak hujan hujan. banjir kang. heshh. kat terengganu pula yang panas macam kat California. Kl pula yang sibuk nak jadi macam kat Boston.

kalau dulu, kalau dulu, kalau dulu, kan best kalau boleh pinjam kereta back to the future mamat yang pakai jacket kuning (kot) tu. boleh aku main main patah balik masa aku form 4. baru nerd.

kan aku dah kata, Malaysia dah tak macam dulu dah. sekarang Malaysia dah tak macam dulu dah. sekarang kalau nak cakap pasal dia kita kena tulis 1Malaysia . konon stail. hehh sukati hang ah.

Saturday 28 November 2009

korban haji raya

aku pernah beraya haji/korban dekat kampung belah mak aku kat terengganu dua kali je seumur hidup aku. atleast seingat ingat aku lah. pertama masa aku darjah berapa aku tak ingat tapi yang aku ingat baju raya aku masa tu warna merah dan aku masih lagi dalam kategori budak budak normal dimana aku masih lagi mempunyai ketinggian seperti budak budak lain. masa tu jugalah aku baru tahu yang pokok tembikai rupanya menjalar sebab aku nampak ada buah tembikai tergantung kat dalam perigi.

dan yang kedua masa ni lah. raya haji kali ni aku beraya kat terengganu. aku agak was was bila mak kata yang kali ni raya kat terengganu. lagi lagi bila sehari sebelum bertolak tu, nenek aku telefon mak aku dan kata yang rumah dah kena naik air sebab banjir. gila hapa nak balik juga?? tapi aku rasa berkat doa solat sunat tahajut munajat dia semua, dapat juga mak balik kampung dia.

aku agak terkejut dengan cuaca kat pantai timur. apa ni wehh? kau kata banjir hujan ribut musim tengkujuh tapi apehal panas gila ni bhai? tak macam dalam berita warta perdana langsung pun. aku mulai rasa yang berita itu tipu. hehe


nama je tengah raya tapi tak ada rasa raya langsung. sehari sebelum raya, semua sedara aku yang tinggal kat rumah tu semua pergi kerja. rumah tu kosong terus. KOSONG gila. pergi mana mana pun kosong.

hari raya,
pun kosong juga! okay lah memang la rumah kosong sebab orang pergi semayang sunat raya tapi tu pagi. time tengahari kosong takde orang. petang pun takde orang. malam lagilah haram. aku tak tahu mana semua orang kampung ni pergi. aku langsung takde nampak lembu kena sembelih pun. ayam pun sama. kambing pun. kucing lagilah. kata raya tapi cehh. aku hampa.

hampa kerana tak dapat nak bersorak sengih nak tengok lembu kena sembelih sebab lepas tu boleh buat bbq daging salai, aku ikut budak budak (hehh?) ni pergi jalan kat kawasan airport. :))


hmm. sebahagian daripada apa yang aku nak ceritakan dah aku letak kat entry yang ni. yang lain nanti nanti lah baru aku load gambarnya. heheh (padahal sebab camera aku hilang aku tak ingat aku letak kat mana dasar gemuk malas nak cari.) dan ohh, aku tak puas hati dengan trafik kat terengganu. menyampah. heshh

Thursday 26 November 2009

i just don't get this thing

aku tak tahu kenapa, bila orang semua bercerita pasal Taylor Swift (TS) dengan aku mesti nanti aku tanak join masuk sama. memang tak dinafikan ah yang dia lawa (boleh laa), lagu dia sedap (boleh tahan juga laa), etc etc tapi setiap kali ada review pasal dia mesti aku hentam gila gila dia. contohnya haritu aku beli Teen Vogue, ada interview pasal minah ni. sepanjang aku baca interview dia ni aku rasa macam hakellah, cam bag. mungkin aku je kot yang rasa macam ni sebab aku tengok adik adik aku bukan main lagi suka kat minah ni. so yeah.




:you belong with me by TS (the store.haha)
haha cam cibai aku cakap nama dia the store tapi takpe, persetankan tu dulu.l agu dia yang ni memang aku tak nafikan, boleh laa (cehh tak nak mengaku sedap wooh), memang boleh buat aku sing along (siap hafal bhai) tapi aku tak faham pehal dengan minah ni. apa yang kau cuba nak bagitahu dalam lagu ni? ok fine lah. aku tahu yang kau nak cakap kat mamat ni yang kau lagi bagus dari si polan yang lagi satu tu tapiii, aku rasa cam tak best ah wehh. macam macam hmmm macam hmmm. aku tak tahu la kalau korang rasa benda sama ke tak. kalau korang dalami (wohh mendalami), kalau korang berfikiran sama paras dengan aku, mungkin korang dapat rasa telepathy sama macam aku juga kot.

Tuesday 24 November 2009

how hurt could you get yourself into?

aku tak tahu kenapa tapi bila satu perkara yang aku anggap normal/baik berlaku, mesti ada perkara yang lain yang buat aku rasa macam 'waittt hold demmit holdd,this is all bullshit!' . i mean, kenapa benda ni harus berlaku. ok fine lah, benda ni berlaku sebab lumrah alam tapi kadang kadang aku rasa baik aku tak tahu daripada aku tahu. ok baiklah, contohnya:

kes 1#:

gigi kau patah. pastu kebetulan pula kau tengah tonton cerita yang the rock berlakon tu. yang dia jadi toothfairy tu. entah apa nama entah. so bila habis je cerita tu kau pun percayalah yang kalau kau simpan gigi kau bawah bantal nanti kau dapat 1dollar. pastu bila kau dah buat, pagi esok tu kau dapatlah 1dollar tu. pastu kau pun sengaja lah nak patahkan gigi kau lagi sbb nak dapat lagi 1dollar tapi kali ni kau terjaga bila time kau rasa duit 1dollar tu ada bawah bantal kau. rupa rupanya abang kau yang letak sebab dia nak tengok kau jadi bangang. tapi kau bukan bengang sebab rasa ditipu, kau rasa bengang lagi hampa sebab kau tak dapat nak jumpa the rock pakai baju ketat yang nampak segala muscle lurah dia siap sekali dengan sayap dia.


kes 2#:

tak pun, bila kau teruja beli ticket concert Britney Spears. kau dah tunggu nak tengok dia menyanyi secara live dah lama dahh dan sekarang lah peluang keemasan kau. kau punyalah semangat sangat nak pergi sampaikan kau simpan duit ikat perut tak makan time waktu rehat kat sekolah. bila duit kau cukup je, kau terus pergi beli ticket tu. padahal concert tu lambat lagi. lagi empat bulan wehh. ye kau semangat. pastu, bila tarikh hari yang kau nanti nantikan telah tiba. hari yang dah buat kau hidup tak menentu, tidur tak lena, mandi tak basah, lap tak kering, makan tak sendawa sendawa juga, akhirnyaaaa, rupanyaaaa, ticket kau tu ticket palsu. kau beli lagi secara online. dah kena tipu. kesian kau. pastu besoknya, kau baca surat khabar dan review pasal concert tu memang paling superb ahh. kali ni je britney tak but lipsync. kau hampa sangat lalu bunuh diri.

kes 3#:

serupalah dengan kes kes mana mana yang pernah kau dengar selama ni.


konklusinya,
aku tak tahu kenapa tapi aku tak suka dengan keadaan macam ni. macam penat nak layan setiap kali benda macam ni terjadi. kau nak hentikan benda ni memang tak ahh. kalau kau nak lari dari perkara macam ni pun memang tak ahh. kan kann? jadi macam hmmm. lek lek sudah bro. :|

Monday 23 November 2009

tinggal harapan

baru je aku letak post yang aku baru jumpa balik blog lama aku. selang beberapa jam kemudian, tak sempat pun nak sampai sehari terus poof hilang gone baby gone. tahniah weh. anda peka terhadap persekitaran. peka lah dengan balasan alam juga.

macam hari pembalasan tapi kenapa manis?

haha, lawak je bila tengok page blog ni balik. last update ( ok fine), the only post is time january 2007??! haha dah berapa lama tu kak oii?

aku sendiri tak teringat pasal web blogger aku yang satu ni. tapi sejak account blogger aku yang lama dah kena hack. bukan account blogger tu je, account facebook aku yang lama pun kena hack juga. malah segalanya lah, segalanya pun ada juga orang baik hati nak luangkan masa nak hack jadi aku pun dengan semangat azam kental ni pergilah buat yang baru.

aku sebenarnya dah macam tak mahu nak ambil peduli lagi pasal blogger ni sejak kena hack tapi tiba tiba, tengahari tadi aku baru dapat tahu yang masih ada peluang untuk aku bangkit semula jadi aku pun fikir why not dohh. jadi ini lah dia. aku yang terlebih semangat, ingin buat semula. dan tulis semula dan erk, membebel semula.

untuk tengok blog lama aku yang di hack, tekan sini.