Friday 26 February 2010

dasar pemalas.

aku selalu semangat tak kena tempat. bila time aku patut semangat lebih, patut keluarkan segala jenis semangat yang aku ada ni, bukan main malas lagi aku nak semangat. macam sekarang ni. aku tengah malas nak buat kerja kerja sekolah yang terbengkalai time cuti sekolah haritu tapi aku punya lah semangat nak online buka skype tapi cehh pihak skype macam tau tau je aku pemalas jadi diorang tak bagi aku guna khidmat skype lama lama. aku hampa lalu kecewa. jadi bila mood aku sudah seakan hilang sekarang ni, apa kata aku masuk tidur?? jommmm.

p.s:// aku lagi hampa dan kecewa bila ada orang tu balik rumah time cuti panjang macam ni dan bila ada orang tu bagi harapan palsu kata konon nak datang sini tapi tajadi.

Saturday 20 February 2010

sebelum berangkat pulang ke bostan kiri

nak aku cerita dari mula? penat lah nak ingat semua benda balik tapi aku rasa lagi penat badan aku ni nak tampung semua jam credit yang aku guna untuk tidur sepanjang cuti ni. ye aku tahu. lumrah alam. setiap kali cuti memang banyak gila assignment yang kau akan dapat dari lecturer korang masing masing. aku tahu juga yang walaupun semua orang dah tahu yang assignment banyak tapi mesti bila dah hujung minggu macam ni baru nak fikir bila nak buat kerja kerja yang banyak tu. ye aku pun tak terkecuali.

minggu cuti aku bermula dengan semangat keazaman kental lagi jitu lah konon sebab aku dah konon bertekad azam nak buat semua benda minggu ni. konon nak siapkan sebelum hari selasa. haa kau tengok sekarang dah hari sabtu apa yang kau dah buat? erkk, lukis border layout baru. BORDER LAYOUT JE BANGG. kau pergi bunuh diri sekarang kau pergi sekarang juga.

assignment kerja kau tak banyak. dua kerja je sebab dua subject je yang kental nak bagi kerja sekolah waktu cuti sekolah tapi kerja nya manggghaii kemain lagi langsung tak sentuh konon cuti panjang. bukan aku dah kata ke yang cuti seminggu amatlah pendek untuk orang tinggi.

dah tu apa yang orang tinggi buat time cuti?
TIDOQ

semalam hari jadi aku. ye terima kasih kepada siapa yang ingat. kepada yang ada effort ajak aku keluar bercelebrate pun terima kasih juga :') . kepada orang yang aku asyik dok call tak sudah sudah tu, ye sekarang kau tahulah yang kau lah dalam senarai 8pax aku. 8pax kental lagi pejal. haa amek kau sepanjang minggu aku kacau kau date nanti.

berkat umur tua setahun dari tahun lepas, aku dah boleh bawa kereta lebih jauhhh dari kawasan zon selamat parental guidance aku. berkat umur tua setahun ni juga, hmm alhamdullilah lah yang aku diberkatkan dengan orang tersayang sekeliling aku. amin.

Thursday 18 February 2010

7th wonders


: agak pelik aku harini. ada ke nak tanya direction kat mamat germany. memang sampai ah aku kat Koeln instead of Kg. Baru. mesti kau pelik pehal aku tetibe tanya kau direction around KL sebab aku sendiri pun pelik kenapa aku tanya kau. padahal bukan selama ni kau ke yang tanya aku. hmm miss you nabil. kalau lah kau ada kat sini. dah lama aku heret kau teman aku cari jalan. bye now.

Wednesday 17 February 2010

kenapa terasa kalau kau kata kau tak salah?

aku pelik kenapa manusia ni walaupun dah tahu benda tu salah tapi masih nak buat juga. apa saja benda yang dah siap tahu awal awal lagi yang kita tak boleh buat tapi sibuk nak juga buat. pastu bila dah salah baru macam nak fikir kenapa lah diri bodoh sangat nak buat juga.

contohnya,
apa contoh paling senang eh? okay macam ni. contohnya kalau kau tahu yang kalau tinggikan suara kat mak bapa salah, apatah lagi kalau ingkar dengan arahan diorang tapi yang dok sibuk dok buat lagi kenapa? aku cakap benda ni pun bukan sebab aku pelik kenapa aku tak buat benda macam ni tapi aku pelik yang aku sendiri dah tahu benda macam ni salah tapi aku buat juga kat mak bapak aku. kesian diorang.

takpun macam situasi meniru dalam exam. okay, yang ni aku cakap awal awal yang aku tak pernah buat dalam situasi kehidupan sebenar. tapi aku pelik, walaupun macam uitm dah keluarkan satistik budak budak yang sibuk nak meniru time exam tapi kenapa untuk exam akan datang tu satistik budak yang meniru makin meningkat pula? padahal kononnya lah diorang keluarkan satistik semua tu sebab nak buat budak budak takut tak buat aktiviti meniru tapi nampaknya strategi diorang tak menjadi kott.

lagi satu benda yang aku pelik, kenapa bila seseorang tulis pasal satu benda tu then nanti akan ada orang yang terasa orang tu tulis pasal dia pastu situasi tacing tacing ni bermula pastu mula lah dengan perang dingin pastu mulalah dengan balas membalas pencarutan. aku pelik. kadang kadang tu mungkin betul lah yang orang tu terasa sebab memang benda tu ditujukan kat dia tapi dalam kes kes yang selalu terjadi aku rasa ada orang yang perasan lebih kot. jadi bila bneda macam ni dah jadi, macam susah nak terangkan yang sebenarnya benda tu di tujukan kat orang lain dan bukan kat dia. aku rasa bila aku tulis benda ni pun mesti ada orang yang terasa aku tulis pasal dia then nanti situasi yang sama akan mula balik dan akhirnya benda sama juga yang akan datang balik.

apa kau tak pernah rasa penat ke?

Monday 15 February 2010

baju konon senandung haktuih.




saja aku nak jadi mengada letak gambar gambar ni sebab aku rasa dah lama aku tak post entry yang bergambar. tapi semua ni bukanlah sebarang gambar. konon aku nak jadikan gambar inspirasi untuk konsep. ya, bunyi macam haram. ya, bunyi macam bajet bagus. tapi cukup untuk aku tahu apa yang aku nak, apa yang patut aku cari, apa yang patut aku tahu untuk mula mencari, dah kira bagus sangat dah tu.

bila cuti macam ni datang, aku selalu jadi macam orang utan. tapi orang utan dalam context bahasa aku lah. bukan dari segi dewan bahasa pustaka ke apa entah. apa yang di plan tajadi, apa yang diharapkan jadi tajadi, apa yang mahu jadi pun tajadi juga.

cuti seminggu terlampau pendek untuk orang tinggi macam aku. agak agaknya cuti berapa lama baru aku puas eh?

Wednesday 10 February 2010

secara rambang

nuffnang sudah bikin wa makin panasss. bila kau nak naikkan duit aku ni? dari haritu takat tu je. naik lah naik lahh.

facebook yang baru ni buat aku pening ahh. yang lama punya kan senang. yang baru ni tak menyenangkan pun. macam susah je aku nak cari pape. tengok aku dah terkial kial sengsorang. demm ah.

celcom punya JUALAN BESAR lah konon tu macam tak banyak membantu pun. kata topup rm20 dah dapat apa benda entah yang promosi apa entah tu tapi tak dapat punn. ke aku yang baca salah ni. aiyoo.

internet uitm, kau laju macam ular sekarang. bagus lah tu. tak jalan langsung kerja aku sekarang.

penjual ticket bus dengan train, jangan kau mengada nak habis jual. kalau nak habis jual pun, tunggu aku beli ticket dulu. then baru kau boleh habis. kang aku bakar rumah kau kang.

sports day, malasssssssss!

Tuesday 9 February 2010

ma, i wanna come home

wohh gila bapak ahh internet laju gila macam diorang berenang kuak dada ke apa entah. aku buka apa benda semua pun laju tahap kijang. sumpah aku teruja. tak yah nak tunggu nak load lama lama. dah dah, sekarang boleh tinggalkan broadband yang sumpah macam haram jadah. baik guna internet uitm.

tapi bila internet dah laju semacam macam ni, benda yang patut aku buat memang tak ah aku nak buat. benda report apa benda entah semua benda entah memang langsung aku tak sentuh. yang aku buka, balik balik benda sama.

bosan lah duduk perak ni. aku nak balik cepat cepat. tapi lamanya nak tunggu hari sabtu. kenapa lah ada pula nak buat sports day hari sabtu ni. kenapaaa?? gila kau instructor senamrobik?! dah ziqah, u jadi sorang.

senarai perkara perbuatan hari cuti kini bermula. yeahhh :))