Sunday 28 March 2010

dua malam satu pagi

agak mengejutkan bila samer tiba tiba sms bagitahu yang dia ada trip datang perak pastu nanti ada datang kat uitm perak. mengejutkan pastu macam buat aku gelabah tak pasal pasal. gila ah wehh. first kot kawan subang aku yang datang melawat aku kat tempat ulu ni. sumpah aku nak tunjuk segala jadah haram yang ada.

pastu lagi buat aku tak tentu arah bila masa hari jumaat petang tu tetiba samer sms lagi kata yang dia dah on the way datang perak dah. pastu maksudnya dia akan ada jumpa aku malam tu juga. gila sumpah aku tak tentu arah.bila dapat jumpa samer malam tu, aku sumpah rasa lega entah kenapa. atleast ada juga orang yang datang tengok tempat aku belajar kat perak.

aku bawa samer pusing segala jenis jadah haram punya tempat. from one end to one end. satu pun aku tak tinggalkan. reaction samer pun memang dah boleh dijangkakan dah. dapat juga dia tahu perasaan aku masa aku mula masuk tempat ni. tapi dapat juga dia tahu perasaan aku sekarang pasal tempat ni.

aku dapat jumpa dia tak lama. sekejep seje. tapi aku dah rasa sangat berbaloi dah.



glad that you've made it here samer. glad that you came. see you in subang :)

Friday 26 March 2010

hang anak hang hotak hang

penat aku nak tulis pasal entry yang boleh lebih kurang tahan emo goth dia. penat lagi aku nak tulis pasal entry yang aku dah bosan dengan perak ni. penat juga aku nak tulis entry pasal aku malas nak buat kerja final project. agak agaknya orang yang dok baca aku bebel yang aku penat malas gemuk emo bosan semua ni penat juga la eh.

jadi kalini aku dah berazam nak tulis entry pasal benda lain. tapi dalam kepala aku hanya ada benda yang sama yang asyik berulang ulang tak sudah. aku penat bosan malas emo goth.

tapiiii tahukah anda bahawa,
dalam kelima lima hang yang hang jebat hang tuah hang lekir hang lekiu hang kasturi semua tu, hanya hang kasturi je yang melayu??! wtf gila en. tapi kalau betullah fakta haram ni, takkan hang jebat ke hang tuah kata takkan melayu hilang di dunia kan? jadi teori baru muncul semula. iaitu yang hang hang semua ni orang peranakan kot. kalau tak pun diorang ni anak mami yang migrate dari penang turun ke melaka. sebab dah biasa dengan bahasa utara, setiap nama pun nak guna hang.

okay, entry bodoh.

Wednesday 24 March 2010

ambo ghoyak ke mung

terasa macam nak update benda sikit harini pagini.

minggu lepas, aku ponteng class tiga hari sebab nak pergi concert placebo kat KL. plan yang memang dah lama gila dah di plan tapi tetibe tajadi sebab tak cukup duit pastu macam tak rasa nak pergi sebab banyak kerja pastu tiba tiba thina sms ajak pergi tapi aku kata kat dia aku hanya akan pergi kalau dia menang ticket free sekali HAMBEK KAU THINA MENANG TICKET FREE. jadi janji perlu dikotakan, aku ponteng class dan dah pergi tengok placebo dah balik perak dah pun ni haa.

balik ke perak, balik ke kehidupan malas tak buat assigment tidoq kat bilik tengok movie makan koko krunch.

harini hari rabu, aku dah lewat hantar assignment by one week dah sekarang. okay fine lah benda dah siap tapi sebab malas nak jalan jauhhh pergi bilik lecturer aku yang kat hujung alam tu jadi, penghantaran delay kejap. ni bukan alasan semata mata. besok lah aku hantar. tengok kudrat tenaga naga dulu.

final project dah starttt. mapuh ghama ghama deh.

Saturday 20 March 2010

benda macam ni pun nak kagum hekelehhhh

tahukah anda semua yang bahawa sebenarnya aku amat kagum dan respek terhadap orang yang rajin ber-blog walking dan orang orang yang rajin nak comment comment entry yang orang lain tulis semua ni?

aku bukan nak kata yang kagum dengan diri sendiri sebab gila bapak busuk nak kagum dengan diri sendiri. lagipun dah memang dah ditakdirkan aku bukan jenis yang suka ber-blog walking pergi jalan jalan kat blog orang lain pastu rajin lah pula aku nak jatuhkan comment kat orang lain. memang tak ah bhai.

kalau ada blog yang aku rajin jalan jalan pastu kadang kadang dah terlebih rajin nak pergi comment pun adalah dua tiga blog yang secara lazimnya sesiapa yang baca blog aku ni mesti akan pergi baca blog diorang juga.

jadi eh jap, apa tujuan aku tulis entry ni? memang takde tujuan pun. takat nak bazirkan masa dan lengah lengahkan masa yang ada ni sebab aku malas nak buat kerja. yeahhh pengakuan jujujurrr.

Sunday 14 March 2010

tell me how and tell me now

sekarang ni ada tiga situasi. tiga tiga situasi yang ada dalam kepala aku ni macam buat aku menyampah dengan benda benda macam ni lagi lagi bila benda benda macam ni asyik main main dalam kepala aku. pastu bila aku tengah bisan takde buat apa apa mula la benda benda ni datang kacau pastu nanti bila aku dah layan kang mula lah aku fikir panjang sampai tak boleh nak tidur. tapi bila aku tak layan pula nanti benda ni asyik datang main main lagi dalam kepala aku pastu nanti aku pun jatuh stress. demm yu.

jadi sekarang aku macam rasa baik aku tulis benda ni sebab benda ni asyik main dalam kepala aku pastu baik aku kongsi biar benda ni main dalam kepala orang lain juga pastu nanti sama sama jatuh stress. yeahh.

situasi 1#:

kau kenal dia kat sekolah. sekolah kau ni kira ada dalam kawasan rumah kau juga ah. jadi sekarang kau dah jumpa dia ni dan korang pun kira dah bersama ah kan. korang bersama macam setiap masa ah macam dah besok tu korang dah takkan jumpa lagi padahal besok kau datang sekolah jumpa lagi pastu balik sekolah jumpa lagi pastu pastu pastu haa jumpa lagi. pastu lepas habis spm masa cuti panjang tu kau masih lagi bersama dengan dia sebab kiranya rumah korang dekat lah juga. dalam satu kawasan je. lepas keputusan spm dah keluar, kau masuk universiti kat kedah dia masuk universiti kat johor. dua dua jauh sama jauh tahap jauh nun di sana tapi kau tak kiah sangat jauh mana pun korang sekarang ni sebab rumah korang dekat time cuti semester nanti boleh jumpa lagi. ok dah.

situasi 2#:

kau kenal dia kat universiti yang kau masuk ni. kononnya sekarang dia orang kedah kau orang johor pastu jumpa kat UPM. haa sudah. pastu korang pun bersama lah sepanjang masa. masa kuliah masa makan masa mengundi masa naik bus masa tengok wayang segala jadah haram ah. pastu bila cuti semester break kau masih lagi bersama dengan dia. pastu kau tak heran sangat sebab deep down kau tahu yang masa cuti macam ni je yang kau jauh dengan dia sebab cuti sebulan je pastu nanti bila semester baru masuk, kau dah boleh jumpa dia balik pastu mula lah kau orang berdua asyik bersama balik masa kuliah masa makan masa mengundi masa naik bus masa tengok wayang segala jadah haram. ok dah.

situasi 3#: my favourite,

kau masuk sekolah berasrama yang sama dengan dia. kononnya sekarang kau asal johor dia asal kelantan. dua dua sama jauh nun jauh di sana. sekolah kau ni kat KL. pastu kau bersama dengan dia dari masa form 4 sampai lah habis spm. masa kat sekolah ni korang ah yang handal. masa makan sama jadah semua tu ah. pastu bila kau dah habis spm, korang pun balik lah kampung halaman masing masing. yang sorang kat johor, sorang kat kelantan. pastu bila dah masuk universiti sorang masuk kedah, sorang lagi masuk kat sarawak. korang masih lagi bersama. pastu bila dah dua dua dah habis belajar sampai habis semua jenis degree ijazah sarjana master semua pun korang dah sapu korang pun balik kampung halaman tunggu nak kerja.

ni haa masa kerja pula, nak di jadikan cerita hangat, kau dapat kerja kat KL pastu dia pula dapat kerja kat sabah. haa hambek kau semua jauh kemain. tapi korang masih lagi teguh nak bersama juga. lantak korang lah kan. pastu dah korang nak kahwin pula. dah duduk jauh macam ni pun nak juga bersama ha lantak lah. pastu dah jauh punya lah jauh semua ni korang nak bersama lagi entah apa yang korang nak bersama pun aku tak tahu lah.


jadi persoalan aku sekarang ni,
HOW COULD YOU COMMIT TO SOMEONE WHO SO FAR AWAY FROM YOU AND HOW COULD YOU BE SO LOYAL TO THEM EVEN IF YOU KNOW THAT THERE IS A POSSIBILITY THAT THEY WONT DO THE SAME?

aku cakap benda ni sebab aku confuse walaupun aku sendiri sedang menjalani benda yang macam ni. dah aku diam dah ni.

Saturday 13 March 2010

amende neh

agak nak tergelak aku bila aku jalan jalan ber blog-walking dari satu blog ke satu blog yang lian pastu nanti aku nampak ada dua tiga kerat yang sibuk nak ceritakan segala jenis sebab kenapa diorang dah lama tak update blog. ada yang boleh tahan alasan yang kira boleh diterima akal juga lah mungkin sebab diorang buat lawak yang cam cibai punya lawak pastu bila baca pun tak terasa macam diorang ni sebenarnya macam lame nak bagitahu satu dunia yang kenapa diorang tak dapat nak update blog setiap hari. yang golongan macam ni, takpe. boleh diterima.

tapi golongan yang macam "hey yallzz, sowey cebab kiter tak dapat nark update blog lagiew hariew niew" punya golongan ni, hmm macam mana patut aku bagitahu apa yang ada dalam kepala aku ni eh?? hmm mungkin aku patut berterus terang dengan mengatakan yang EUW WEH KAU GELI. eh jap, ada sesiapa terasa ke sekarang? sebab bila dah ada orang tulis benda macam ni, pastu nanti ada orang yang dah baca benda ni nanti ada juga yang akan terasa maka konklusinya bla bla blaa. benda sama berulang balik.

ok, berbalik kepada apa yang aku cakapkan tadi, EUW WEH KAU GELI. aku tulis benda ni sebab aku baru je tadi jalan jalan ber-browsing pastu baca baca blog entah sapa entah aku pun tak tahu. dan bila aku dah buka dah baca dah interpret segala jadahnya yang semua ni tulis aku macam pelik, rupanya diorang ni rockstar superstar. sebab bila dah lama tak update blog (which is baru sehari) diorang dah gelabah tulis benda macam "sowey readers my beloved followers. semalam i bz kat spa buat kuku".

and yes,
aku rasa macam nak jadi pula rockstar superstar.
hotak hang.

tapi apa boleh aku buat/kata kan. aku sendiri pun mungkin entah entah dah pun tulis benda benda camtu. nak buat apa pun. dah blog masing masing. mungkin diorang rasa perlu nak update entry setiap hari. walaupun entry diorang hanyalah benda benda yang macam "i gaduh dengan boyfie lagi harini". tahniah child.