Monday 28 June 2010

susulan selepas yang lepas.



lepas dah tengok video ini, cuba click ini dan baca comment comment nya ya.

Saturday 26 June 2010

Gaza; bukan ghazal.

malam kelmarin, aku ronda ronda dok browse browse semua page yang ada dekat internet ni. dah dasar bosan takde kerja. ternampak aku dekat satu wallpost lelaki ni. dia link kan video documentary pasal budak budak kecil Palestine. terkedu aku tengok documentary tu. naik nangis juga ah aku tengok benda tu. aku dok ulang ulang banyak kali siap download nak tunjuk dekat budak budak kerja aku. teruja sebab terkedu.

lepas dah download, dah khatam tengok video video tu banyak kali, dalam kepala aku asyik fikir pasal orang perang je tak sudah. hilang segala benda bodoh yang aku selalu fikir. tapi tak lama pun hilang nya tu, kejap kang dah terfikir balik pasal kenapa eyelid aku tinggi sebelah. kejadah ni??

balik topik gaza balik,


dalam documentary tu memang banyak ah benda benda macam ni dia tunjuk. cubalah fikir, macam mana budak budak kecil halus tak pejal semua tu boleh tahan dengan bneda benda macam ni? macam mana diorang nak hidup macam dulu balik? ape ke kejam benor orang Israeli ni eh?

sampai ke budak kecik macam ni pun nak di bunuh nya? tak sempat nak belajar cakap lagi dah kena bunuh? tak sempat nak buat kawan lagi. tak sempat nak kenal mak bapak lagi. astarafirullahalazim.

dah elok elok dah dapat baka muka handsome handsome comel gagah mantap semua tapi semua nya pun bakal menerima nasib yang sama juga. semua pun masuk pasukan militan Hamas atau Islamic Jihad jadi tentera berani mati yang dok letup letup kan badan sendiri dengan bom jadah semua.

yang mana akhirnya semua pun akan jadi sebegini. mak hilang anak, bapak hilang waris, adik hilang abang, bini hilang laki, gf hilang bf and the list continue.

al-fatihah.

Wednesday 23 June 2010

nasib malang,

aku rasa sekarang ni macam aku dah terkena entah sape punya badi malang kot. tapi nasib baik badi malang ni tak buat aku jatuh malang sangat tapi macam aku ni malang sebab terkena masuk dalam situasi malang tu jadi aku pun dah tersama malang sekali.

harini, macam hari yang biasa dekat kerja, sebab aku nak jimat duit sikit sebab gaji dari bulan lepas tak dapat dapat lagi jadi aku pun bawa lah bekal masakan mak yang sedap lagi percuma dan jauh dari perasaan was was. tapi harini aku rasa macam ada campuran dadah sikit kot. mungkin mak tersalah letak kanji dengan ganja. mana tahu.

lepas makan tengahari, tetiba lah pula aku rasa macam nak tidur. pastu tak beragak langsung pergi tidur dekat kaunter. dah sah sah kaunter tu depan pintu. biasa dia. pastu ada panggilan telefon yang mengatakan bahawa manager kedai nak datang dah sekarang ni, dah tahu yang manager nak datang tapi masih lagi mengada nak tidur tu apesal? dah nasib badan malang. kena marah maki hamun depan kaunter depan kedai. malu marah je. sepak kang. tidur je. eh?

pastu lepas dah kena so called 'tegur' tu, aku macam tak serik lagi sebab asyik menguap pastu buat muka toye nak tidur lagi. pastu makin buat aku bengang sebab bila budak office call baru nak minta nombor akaun bank. apa ni apa ni?

tak dapat gaji lagi lah nampaknya. maka segala benda dalam wish list yang dah kepam tu kena tunggu lagi. entah bila baru dapat nak tatap pegang tengok pelok segala benda jadah jajan tu aku pun tak tahu. yang aku tahu aku dah gila. sampai gaji masuk baru waras balik.

Tuesday 22 June 2010

uzbeks.

lepas dah kerja dekat tempat kerja aku yang sekarang ni nak masuk 2 bulan dah ni, aku rasa macam taknak berhenti pula. rasa macam nak berhenti belajar pastu kerja terus kat sini. rupanya macam banyak gila benda yang aku dapat tahu bila dah kerja kat sini. macam konon life experience pastu biar buka sikit minda kecik aku ni ah konon. aicecehh.

dari dulu lagi aku bukan jenis orang yang ada sifat perkauman ah. syukur alhamdullilah aku takde racism. senang nak cari kerja.

jadi bila kawan kerja aku yang lain kaumnya ni cakap kat aku yang teman lelaki dia ni lain kaum dengan dia aku kira lek lagi. tapi bila dia bagitahu yang budak laki tu lain warganegara aku dah gelabah berpeluh ketiak. sebab aku nak jugaaaa.

haritu, teman lelaki dia datang kat tempat kerja kami. dia tak bawa pun laki tu tapi laki tu gila stalker ikut dia dari jauh. wohh takot. pastu nasib baik laki tu baik dan peramah sebab I JUST LOVE FRIENDLY PEOPLE. dia baik, senyum pun tak lokek, banyak cakap tapi malangnya aku tak faham dia punya lawak sebab bahasa lain. atau mungikn sebab dia memang tak lawak. ah lantak. asalkan comel. tapi kesian pula pendek. eh?

bila aku dah lama lama dok lepak dengan perempuan sorang ni, aku dah mula sayang nak tinggalkan dia minggu depan. rindu nanti nak susah payah faham apa yang dia cakap. dengan chui lai lagi lah. dengan marlisa tak payah. kita dah biasa berpisah.

pastu pastu si serena ni, dia gila pandai gila nak tengok muka budak arab. dia paling pandai bila sampai tang budak iran tapi tu semua aku tak amek kisah. tak heran langsung. yang aku ambil kisah sangattt pasal si uzbeks. wohhh mantap :E

serena cakap budak uzbeks ada darah campur degan russian, mata biru, kalau cakap nanti ada pelat K, kulit mesti ada puteh, muslim, rambut nak blonde je, perangai mesti mengada nak attention kalau tak dapat attention nanti kaki kena sepak.

marlisa kata laki uzbeks masak good curry. haa baguih la tu.

nah hambek kau. bila besar muka jadi macam football player. tapi football player yang hot je. yang tak hot bukan uzbeks. yang tu semua korea utara. yekk.

Friday 11 June 2010

gold thus


Happiness
how'd you get to be happiness
how'd you get to find love, real love
love love love

Tuesday 8 June 2010

lepas rindu,

dah naik berapa minggu entah asyik merancang untuk masa tiga hari akan datang ni. harini, esok, lusa. banyak plan yang dah dibuat. banyak merancang, banyak lagi yang di cancel nya. fikir fikir sampai naik pening. minta idea tunjuk ajar segala orang yang aku kenal. semua sudah aku buat untuk bagi yang tiga hari ni jadi best tahap paling best kalah world cup. gila aku tunggu sampai segala benda negative datang main dalam kepala aku. banyak juga halangan yang datang. padahal baru merancang. belum nak laksana lagi. aiyohh

akhirnya, hari yang aku tunggu dah datang. segala benda negative memang langsung tanak bagi aku aman. bagi aku takot sorang sorang gigit kuku. aku takot sangat apa yang asyik main dalam kepala aku ni macam tiba tiba nak muncul dalam hidup aku. contoh macam cerita dua entry bawah entry yang ini. sepanjang tunggu, banyak lagi halangan yang datang. sampai aku rasa nak give up. sebab macam gila dengki gila.

alhamdullilah.
yang di rancang tak jadi. yang di harap tak jadi juga. yang semua segala yang memang takde langsung. tapi ada satu benda yang menjadi.

u selamat sampai one piece walaupun tak lama. walaupun apa yang i harap dari u i tak dapat. walaupun hang dah gelap macam tambi, rambut dah panjang kalah rambut faizal tahir, walaupun 5jam je. tak apa. thank you love, lepas dah satu list. 132 to go.

Sunday 6 June 2010

lechuguilla

selalunya bila nak kena buat jadual kerja, aku memang dari awal awal lagi dah cop nak ambil shift pagi sebab aku tanak balik lambat pastu nanti bila balik rumah selalu sangat dinner dah habis sebab satu family aku memang selalu buat buat lupa yang aku pun nak makan juga time malam. jadi kalau aku balik awal, atleast aku tak payah nak buat muka murung/sugul bila tak dapat makan kat mak aku. kurang sikit rasa bersalah aku. tapi padahal aku ni macam anak dara tak bersyukur ke ape entah. tak nak masak sendiri. maluew.

tapi tiba tiba harini, chui lai bagi aku shift petang. jadi terpaksa aku kerja juga balik tengah malam. teman marlisa buat closing. dan macam biasa, dinner dah habis lapar aku sorang sorang sampai sekarang ni haa. dah dasar pemalas. padan muka -__-'

tapi tapi, atleast ada juga hikmah nikmat yang aku dapat harini sebab masuk kerja lambat. pagi pagi aku dah bangun sebab dah terbiasa bangun awal pagi dinihari setiap hari. godek godek channel astro pagi pagi memang tak ah nak dapat tengok cerita best. tapi sekali aku tertengok national geographic pagi tadi in HD pastu pastu terus aku nak google pasal benda ni bila balik kerja. terus rasa macam tenang lah konon macam ni secret place ape entah :)

ape tak rasa lawa ke apa entah la kan benda benda ni. macam nak curi bawak balik rumah pastu letak kat tengah tengah living room pastu buat macam feng shui sikit. harapbila dah dapat feng shui ni, gaji masuk awal sikit. AMINNNNN.

bila dok Google pasal benda ni, dalam kepala aku asyik dok ulang ulang lagu marlisa. demm u. teringat macam mana Miley Cyrus dok gelek gelek atas lantai hijau pakai baju konon hot dia tu yang aku dengan marlisa asyik dok imitate kat depan kaunter. ok dah besok buat lagi.