Sunday 27 December 2009

persatuan jinjang rempit, The AGz.

hai kawan kawan,
masih ingat page myspace ini lagi?


sebab aku bosan duduk rumah sorang sorang harini, aku pun geledah la balik segala benda lama yang ada kat dalam rumah ni. mula mula sekali aku buka balik computer uzur kat dapur yang takde siapa berani nak usik bukan sebab computer tu berhantu tapi siapa yang pegang boleh jadi hantu nanti.

dah aku pun buka lah computer tu. memang sumpah naik nazak ah benda tua tu. nak tunggu loading bukan main lama lagi. dari button start nak ke button my pictures mau naik 10min aku tunggu. tu belum lagi nak tunggu content computer tu buka.

jadi aku pun tahan lah sabar. tunggu lah benda bangang tu load. dapat juga aku gelak sorang sorang bila tengok gambar semua yang ada tu. tapi tak lama lepas tu, agaknya sebab dah takdir computer tu uzur, segala benda terpadam. aku bengang, terus naik atas on laptop dan surf internet.

takde benda nak buat petang petang macam ni. dah la hujan. memang tak ah nak jumpa sesiapa yang tengah online. atleast siapa yang aku harap boleh online memang takde ah.

jadi, aku pun buka lah page myspace aku. ok fine lah, memang lah setiap hari pun aku buka tapi kali ni aku buka balik comment page aku. aku baca balik dari first comment yang aku terima dulu sampai lah ke harini.

sumpah bila aku baca balik, aku rindu. aku sedih. aku rinduuuuu dengan semua yang aku selalu comment dulu. terutamanya AGz. aku rindu nak comment dengan hanis pasal apa yang ajdi kat sekolah haritu sebab hanis memang gemok paling gemok tanak datang sekolah. aku rindu nak comment dengan iz cakap pasal dominos, eyebags, bla bla. aku rindu nak comment dengan thina cakap pasal nak pergi gigs. aku rindu nak comment dengan nabil belagak macam kitorang ni couple ke apentah. aku rindu nak comment dengan wanoy cakap pasal pape je yang ada. aku rindu nak slipover. aku rindu muvi maraton. aku rindu maplei aku rindu korang :'|

rindu!

AGz,
korang lah perkara yang paling baik pernah terjadi dalam hidup aku. (ok adalah benda lain lagi tapi korang salah satu daripadanya lah.) korang sentiasa ada dengan aku setiap masa. sekarang bila semua dah besar godang, semua buat hal masing masing tapi masih keep in touch. (aida, kau je yang muncul setahun sekali.) aku harap kita boleh balik ke masa form4/5, time lepas SPM, time semua kerja kat Dominos, masa semua berfikiran jinjang dan rempit.

jenguk jenguk lah page AGz. aku tengok benda tu dah berhabuk dah. takezZZz careZZzz Agz.

: wani, kau kat UK tu baik baik jaga diri.

Saturday 26 December 2009

bak datang

tiada entry bagaimana christmas di raikan kerana aku bukanlah seperti sesetengah orang yang beranggapan bahawa kita rakyat Malaysia yang muhibah, patut raikan segala jenis perayaan yang ada.


*

minggu depan, akan kembali ke kawasan yang tidak begitu rural dan tidak langsung menyerupai kehidupan urban. jauh dari orang tetapi tidaklah ceruk di dalam hutan.

*
minggu depan, akan pulang semula ke kehidupan yang tak berapa nak mencabar tapi tidak kurang menariknya.

*
minggu depan, akan rasa bosan dengan separuh rakan rapat semua telah tiada. ada yang telah habis belajar, yang teruskan masuk ke degree, yang kena berhenti, yang juga diberhentikan.

*
minggu depan, akan berasa bahawa sudah tua kerana telah masuk ke tahun baru tetapi perangai dan cara pemikiran masih tidak banyak yang berubah dengan yang sebelumnya.

*
minggu depan, akan berada didalam situasi mempunyai duit yang datang bertalu tetapi dalam masa yang sama akan berada di dalam situasi tiada duit langsung. process mengikat perut bakal bermula semula.

*
minggu depan, akan berkumpul semula dengan budak budak kepala jinjang perangai setan. akan juga terserempak dengan yang tidak sepatutnya.

*
minggu depan,,,

lebih baik tunggu dan lihat apa yang bakal muncul lagi daripada predict apa yang bakal muncul.

Thursday 24 December 2009

dah. puas hati aku sekarang. puas hati dapat tengok natalie portman berlakon dalam french. puas hati lepas download tak sampai lima jam dah boleh tengok. puas hati cerita ni ada subtitle. puas hati gambar dalam HD. puas hati sangat sampai besok boleh puasa tanpa sebarang halangan. dah cukup puas hati aku :)

*

* sequel -nya,

see, nilah cerita yang patut keluar lepas aku download. bukan cerita porno geli budak shuffle mana entah tu. and and and, seeee, natalie portman memang superb sampai dua dua cerita superb ni pun dia berlakon.

Tuesday 22 December 2009

bodoh tapi bener.

hai gay,
kau makin hensem harini. pakai minyak dagu lagi?

*
aku keluar pergi beli credit kat Mydin tadi. semangat gila nak beli credit sampai semangat nak beli kat Mydin. macamlah dapat beli dengan harga borong. teruja lagi aku nak masukkan topup sebab hutang credit advance aku dah banyak tertunggak. dua tiga kali cuba masih tak boleh topup lagi. selepas setengah jam baru aku perasan aku bongok pergi beli credit Maxis padahal aku guna Celcom. demm.


*
cerita drama Cucu Betong yang ke udara setiap hari isnin hingga khamis pada jam 4.30 petang di TV3 tu menakutkan sumpah menakutkan. hantu nenek kebayan gila dan konco konco gilanya berjaya buat aku takut nak mandi tidur makan sendirian. sekarang, aku dah tak berapa selesa nak tinggal kat rumah sorang sorang. asyik teringat kat suara Malika.


*
dua kali aku download cerita New York, I Love You. bila dah habis download, aku gila teruja nak buka terus sebab Ares cam haram dua tiga hari ni. download lama gila bapak lama punya lama. sekali cerita porno budak hingusan apa benda entah yang keluar. langsung aku tak teruja tak terangsang nksljscgd.


*
aku masuk universiti nak masuk dua tahun dah dan lagi dua bulan aku akan tinggalkan dunia belasan tahun dan hello wawasan 2020. tapi kenapa curfew balik rumah aku masih lagi sebelum maghrib? kenapa aku masih lagi tak boleh bawa kereta sendiri lebih 20km dari rumah? kenapa kenapa anak dara kenapaa???



*
what goes around comes around.
karma, kau duduk jauh jauh dari aku. aku tanak kawan dengan kau lagi dah. langsung tanak dah. kau tak best. bye.

Sunday 20 December 2009

apabila kau bukan seperti yang diharapkan,

kau mula hampa, fikir yang kau tak patut dilahirkan di dunia. kau mula sepak pintu, pecahkan cermin, tumbuk lesung batu segala jadah haram yang boleh kau buat. kau tak puas hati dengan hidup yang tak adil. tapi nak buat macam mana dohh. dah kau memang ditakdirkan untuk jadi macam tu. kalau dah ditakdirkan ibu bapa kau nak buang kau masa kau kecil dalam tong sampah, nak buat macam mana. atleast kau hidup juga sampai hari ini. bernafas juga kau, dapat juga kau tengok cerita Ninja Assassin walaupun sumpah tak berbaloi, dapat juga kau baca entry blog yang aku tulis ini walupun bukan aku tujukan kat kau tapi dah ditakdirkan kau baca pastu kau terasa dan sekarang kau rasa macam nak sepak pintu, pecahkan cermin, tumbuk lesung batu segala jadah haram yang boleh kau buat.

Thursday 17 December 2009

kisah orang melayu minum todi sampai mabuk?

9 disember 2009, rabu.

bila orang ternampak atau terbaca tajuk sedemikian, semua laju gila tangan nak meng-click entry tersebut. apa lagi kalau bukan bab bab yang mengaibkan atau benda yang panaszz yang boleh digosipkan. lumrah alam, kejadian manusia.

tetapi dalam entry blog aku kali ni, memang tidak ada kena mengena dengan sesiapa orang melayu yang mabuk minum arak dan seangkatan dengannya. aku hanya tulis tajuk macam ni bukan untuk kontrovesi tetapi sebab masa gambar gambar ini di ambil, aku dan minah minah yang muka mereka asyik terpapar di skrin skrin laptop/pc anda ini, telah membuat satu jalan cerita yang jauh tersasar daripada jalan cerita sebenar.

berikutan entry aku yang sebelumnya, aku ada memberitahu bahawa aku akan pulang ke perak untuk satu event ALAM dan ya, ianya tidak seperti yang di sangka dan diharapkan. aku tak kata bosan, takbest, best, menarik ke apa. aku hanya nak kata tahniah lah tahniahh.

jadi inilah dia. gambar yang baru sampai diterbangkan oleh haziqah sudar, akhirnya entry pasal ALAM dapat juga aku nak tulis. akan tetapi, disebabkan ramai yang tak berpuas hati dengan jalan cerita penuh perjalanan ALAM, termasuklah aku juga jadi aku rasa baik aku limit kan perjalanan cerita ini dengan cerita semasa malam semalam di kayangan. menceritakan tentang cerita yang telah di olah sebanyak mungkin agar nampak lebih gah. aicececehh.



p.s:// terima kasih daun keladi la ziqoh ye untuk gambo gambo kome ni.

Tuesday 15 December 2009

tak salah kalau kita jatuh hati dengan kaum sejenis kan?

aku selalu rasa yang kalau kau suka kaum sejenis tu tak berapa salah. aku tak kata tak salah, hanya 'tak berapa salah'. salah tetap salah tapi tengok lah apa maksud 'suka' yang kau maksudkan kan?

ramai orang pandang serong bila diorang dapat tahu ada orang yang suka kaum sejenis. diskriminasi yang melampau di lempar at each other. and don't get me wrong here, i'm straight. aku hanya tak faham kenapa perlu ada diskriminasi dan tohmahan dan pandangan serong semua ni. ye aku tahu dosa. ye aku tahu tentang kisah nabi masa zaman jahil dahulu. ye aku tahu zaman sekarang bukan satu alasan untuk suka kaum sejenis. tapi macam aku kata awal tadi, tengok lah pada maksud 'suka' tu dulu. heshh.

pelik bila aku tengok ramai yang diskriminasi tentang perkara yang berlaku dalam persekitaran aku. diskriminasi terhadap perempuan pakai tudung, diskriminasi terhadap perempuan yang tak pakai tudung, diskriminasi terhadap metroseksual, diskriminasi tentang mat rempit dapat pakai kereta. wehh apa ni?? dunia sekarang pelik. banyak betul benda diorang nak cakap sampai semua benda boleh di diskriminasikan.

kalau orang kata yang zaman sudah berubah bukanlah alasan tapi pada yang sama kita juga tak boleh nak compare zaman sekarang dengan zaman masa P.Ramlee tengah sibok shooting cerita Bujang Lapok. kalau dulu duit 10sen boleh beli sayur, sekarang dengan 10sen nak beli gula gula pun tak tentu lepas lagi.

jadi sebab tu aku rasa tak salah kalau kita nak voice out-kan perkara yang bermain dalam fikiran. sebab tu sekarang ada blog. sebab tu orang dok update wall Fb dengan status kat MS. kan? jadi sebab tu lah juga aku rasa tak salah kalau kita jatuh hati dengan kaum sejenis. dan sebab tulah juga aku semangat nak tulis entry ni. sebab tu lah juga aku semangat sangat sampai google siap upload gambar cewek lawo kat bawah ni. NATALIE PORTMAN, I HEART YOU but not entirely. MSB, I HEART YOU MORE, entirely.


see, aku pun fantasize pasal perempuan jugaa. hehee. nak lagi? pergi google sendiri.

Monday 7 December 2009

back to basic

6 december 2009, ahad.

well yes,
i dah balik ke perak. perjalanan menaiki train seorang diri pada waktu malam yang boleh dikatakan sedikit cibai. tapi takpe. kita cool.kita masih jinjang. kita akan conquer dunia. cehh ok takde kena mengena.


p.s://off to ALAM menjadi khadam now. will be back with pictures :)