Saturday, 7 August 2010

alahai grrrrhamm

sumpahlah bagi aku malam ni malam yang teramat membosankan. tapi padahal macam selama ni malam malam aku tak bosan je. sampailah hati si budak budak rumah aku semua malam ni tinggalkan aku sorang sorang kat dalam rumah serba low cost ni sebab diorang semua nakpergi lumut tengok wayang. aku yang mulanya ingat yang aku akan busy malam ni, jadi aku pun tolak ah pelawaan diorang tu. konon aku nak masuk dalam kampus malam ni sebab nak buat kerja board yang berlambak.

tapi akhirnya plan nak masuk tu tak jadi pun sebab takde geng. tapi ni haa lepas dah balik keluar makan, aku ada geng pun ke duduk rumha sorang sorang macam dungu ni?? mulanya memang aku ingat nak buat karaoke je malam ni. dah kena tinggal sorang sorang. rumah ni macam lah ada banyak gila benda nak buat pula kan.

tapi atleast malam ni aku jadi serba rajin tetiba. habis segala pinggan mangkuk periuk budak budak rumah aku, aku dah habis cuci. baju kotor aku semua aku dah langsai basuh gosok sidai lipat dah. lepas tuuu, aku nampak sekor kucing hitam putih ni. dia memang selalu dok nyondol kat aku asal aku keluar rumah. pastu asyik dok nak nyondol masa aku nak reverse kereta. wehh memang takk ah bhai. kang aku langgar kau kang time gostan camanaaa?? apa aku nak jawab kat JPJ kang bhai. habis lesen aku kena tarik.

tapi memang ah wehh, memang aku bosan. jadi aku tangkap betina ni masuk rumah aku. aku gomol gomol godek godek dia. aku bagi dia makan baekk punya. pastu aku paksa dia minum air. dia tanak, takpe aku paksa juga sampai dia minum. akhirnya dia minum juga. legaa hati aku. dah tu, aku tengok je kucing ni main main atas aku. aku dah kata dia ni manja. suka betul bila aku gomol dia. pastu nanti bila aku letak dia kat bawah, mesti dia dok gomol gomol badan dia kat kaki aku. heshh aku sepak kang. mengada sungguh. lepas dia dok gomol gomol tak sudah. aku pun angkat lah dia. alololo sibuk bebenor dia dok buat buat manja kat aku. pang kang.

aku tak boleh betul tengok benda comel comel ni. aku tengok dia sampai aku geram nak campak kat dinding. tapi aku sabar. aku tanak baling dia, tapi apakata aku mandikan dia. yeahhh. aku bawak dia p kat singki dapur rumah aku pastu aku letak dia kat dalam tu. dia dok diam je. buat muka suci. ahh aku tak pedulik. terus aku pegang badan dia pastu aku buka air laju laju. pehh mengamok makcik tu. melilau lilau dia nak lari. memang tak ah aku nak bagi dia lari. aku jirus badan dia pastu buat buat lemaskan dia. pastu bila aku dah rasa kesiann kat cik adik sekor ni, aku pun angkat lah dia. alolo keciann dia. basah kuyup.

aku ni taklah keji sangat okay. aku amek towel baru aku nak lap badan dia. tapi dia tak bagi. ego sangat. haa hambek kau menggigil sekor sekor kat tepi tu. tapi aku amek juga dia. tak sampai hati aku tengok dia macam tu. pastu aku tengok dia ni basah je lagi. aku pun amek lah hair dyrer. bertambah menjerit makcik ni. makin entah pape pula jadi lepas tu.

last last, dia tanak kawan dengan aku dah. aku panggil dia buat bodoh je. aku datang, dia lari. SAMPAI HATI. KECIK HATI AKU. AKU DAH BAGI KAU MAKAN KAU BUAT MACAM NI PULA KAT AKU. TAK KENANG JASA LANGSUNG. pastu aku biaq pi dia sekor sekor. aku layan FB. tetibe aku rasa kaki aku ade benda dok gomol gomol. rupanya dia datang balik. bulu semua dah elok je di sikat guna air liur basi dia. pastu dia naik atas aku. aku biar je. aku tanak kawan dia. kecik hati aku kau tanak amek kira pula. pastu tahu tahu je, rupa rupanya, dia dah elok tidur atas aku. alololoishh. comelll je.

pastu aku angkat dia pelan pelan, letak dia dalam bakul motor member aku. hehehe :)


:banyak kali aku nak ambil gambar dia time dia tengah dok gomol gomol manja dekat aku tapi aku fikir TAKDE SLR TAKDE GAMBAR. haa sudah.

6 comments:

athfthn said...

izzah !! ambik gambar dia plis plis plis. :)



p/s : aku rindu kau do. puasa balik takk ? bazaar jomm.

Jept said...

kuceng tuh naik atas ko mcm mane ni? atas mane? ko layan fb smbil duduk ke,ke baring,ke meniarap?

puas aku pikir..

benzi said...

syg.jgn amek gmbar kucen.t idop die xlame.

db cooper said...

ganas lu mandikan kucing nie.. haha

bell;) said...

benzi right.it happened to me twice.lepas tu dah tak berani nak tgkp gambar kucing dah ;(

nurul iman said...

Ahahaha!! comel giler!!