Saturday 19 March 2011

balik kampung

sejak dari dulu lagi aku memang tak pernah lagi duduk kat tempat paling depan sekali dalam bus. kalau untuk yang long distance punya bus lah. bukan takat yang dok pergi ulang alik dari uitm ke bandar U tu. tapi jap,kalau bus camtu tu pun memang aku tak pernah duduk depan sekali je.

okay nak cerita ni. harini, selepas sebulan setengah lebih sikit aku tak balik rumah, akhirnya aku balik lah juga akhirnya. kira lama lah juga tak balik rumah tu. dah rumah betul dengan rumah sewa pun takde lah jauh mana. boleh tahan la lama tu.

pastu ni lah first time aku bersusah payah nak balik rumah. meredah onak duri bagai sikit lah. dah la pergi beli ticket yang paling awal pastu dapatnya pula seat yang paling depan sekali. siap ada seat belt lagi. excited jangan cakap lah. aku punya lah dok semangat cari punat nak pakai tali pinggang tu sekali kang dah putus. hampa.

masa aku gerak balik pagi tadi, masa tu matahari tak terik lagi pun. macam malu malu je tapi lepas dah sejam HAMBEK KAU. taknak silau pula mata aku yang kat depan tu. nak tulis message pun asyik salah taip. berpinar kemain mata aku.

pastu aku dapat tidur kejap je. sebab ada lalat kacau. tak faham betul aku pehal lalat asyik kacau aku lately. aku mandi taknak kalah pula. mandi jangan cakap lah. segala lotion aku bubuh taruk dah. entah entah lotion aku tu bau lalat ke ape entah. bongok lah.

aku yang tak boleh nak tidur ni asyik dok usha usha pakcik bus tu.tak lah hensem pun. aku kenal pakcik ni tak tak kamceng ah. aku pernah la dua tiga kali naik bus yang dia bawak. tapi baru harini aku tau macam mana dia bawak bus. boleh lah tahan. cermat je. tak laju tak perlahan. siap ada log book pemandu bus lagi. baju dia tergosok rapi. tajam lagi. dia ada dua handphone. ada casing yang kat tali pinggang sebelah seluar tu yang macam pakcik pakcik selalu pakai tu. dia suka dengar SinarFM. setiap kali lagu Awie keluar mesti dia kuatkan. aku duduk bawak speaker radio pula. taknak pekak pula aku dengar Awie dok jerit jerit.

aku pun baru tahu yang bus ada 6gear. cool wehhh. gear reverse dia pun lain. gilaaaa ahh. tempat buka tutup pintu tu paling aku tak puas hati. takat macam tu je punat eh? hekelehhh. pastu kan aku perasan satu habit pakcik bus ni. asal dia selisih je dengan bus lain, tak kisah lah bus jenis apa pun. mesti dia lambai. cakap lah bus brand apa memang dia angkat tangan. jauh mana pun bus tu dia dok lambaikan juga. jalan highway ni 6lane tau. jauh tu. di lambai nya juga pakcik ni. entah sampai ke tidak entah lambaian dia tu.

lepas dah tiga jam aku dok sogok dengan SinarFM, aku rasa lagu favourite aku dah tukar dah jadi lagu berpaut di daham cinta. BHAHAHAHAHA.

Monday 7 March 2011

orang ketiga

aku baru dapat tahu berita sedih kawan aku yang sorang ni. dia kena tinggal oleh kekasih dia. aku memang tak berapa nak suka sangat dengan bf kawan aku ni jadi aku tak lah terkilan sangat nak kata yang "jangannnn," tapi yang aku terkilan nya sebab diorang ni dah masuk tiga tahun bersama dah. kekasih satu kampus lagi. jumpa memang setiap hari habaq hang. tapi walaupun dah duduk dekat sama sama satu kampus jumpa setiap hari makan sama sama semua tu, laki tu boleh main kayu tiga banyak kali. taktau lah aku dia dah pernah terkantoi dengan perempuan tu ke tidak tapi dengan kami rakan sejawat ni memang dah banyak kali dah. hmmm.

aku sebenarnya memang tak boleh faham langsung kenapa lelaki nak jugak cari yang lain padahal gf dia yang sedia ada tu dah lawa, setia bagai. i mean just simply why? apa yang tak bagusnya dengan gf engkau tu? kaki dia busuk ke? gigi dia jongang ke? apa? kenapa perlu tengok dari segi luaran padahal kalau tengok dari segi dalaman seseorang itu lebih indah. betul tak?

aku sendiri tau perasaan semua pihak. sebab aku sendiri dah pernah lalui semua tu dah. hamboih macam dah tua bebenor je nak lalui segala pengalaman bagai. tapi memang betul lah, aku faham. aku faham apa perasaan jadi perempuan yang orang ketiga tu, aku faham perasaan perempuan yang kena tipu, aku faham perasaan perempuan yang melangut menunggu tu, dan aku masih tak faham perasaan lelaki yang buat semua benda macam ni tu. sampai ada satu tahap dalam hidup aku ni yang aku sangat taksub dengan karma. aku takut gila dengan karma. tapi last last aku tau lah yang karma tu kepercayaan hindu dan aku ni sebagai orang islam patut percaya kat Allah yang satu.

okay baiklah, kalau perempuan yang orang ketiga ni perasaan dia senang je. bagi dia, dia tak ada buat salah apa pun sebab lelaki tu yang cucuk cucuk. dia tukang layan je. bagi dia tak ada nak cari laki tu pun. bagi dia semua ni kawan je. tapi "kawan tapi mesra lebih" lah. nak bermanja mengada bagai semua silakan. makin lelaki tu cari makin suka dia melayan. hmph.

kalau yang perasaan perempuan yang di tipu ni, hmm lagi lah sakit. dia dah tau dia kena tipu. ia dah tau dia kena main. dia dah tau lelaki tu pasang lain tapi sebab dia setia, sebab dia harapkan yang lelaki tu akan berubah jadi dia dok melangut tunggu lelaki tu berubah. ada sesetengah lelaki yang ambil ikhtibar lah jugak. bila dia dah buat sekali nanti kang dia berubah jadi baik balik. tapi kalau lah kau dapat lelaki yang lagi setengah tu. yang dah dapat tipu sekali makin suka pula dia nak tipu, then what are you waiting for? kau nak tunggu engkau accident masuk hospital bagi lelaki tu menyesal yang dia akan kehilangan kau baru kau rasa dia akan berubah? wehh come on lah derr, lelaki macam ni takkan berubah habaq mai kat hang.

dan bagi lelaki yang selalu sangat rasa bosan jadi kerja dia nak mainkan perasaan perempuan ni, aku tak dapat nak selami hati korang semua ni. apa yang engkau dapat bila perempuan perempuan semua ni melutut kat kau? triumph? tahniah lah weh. dan bagi lelaki yang dah mula sedar dan tau akan kesilapan dia, tahniah juga lah bro. kau takkan tau betapa bahagianya kau telah buat seorang perempuan tu bila kau setia kat dia sorang je. tapi untuk kau dapat balik kepercayaan si perempuan tu memang tak ah. sebab kau dah buat dajal dulu memang tak ah. jadi sabar je lah.

Sunday 27 February 2011

awak ada?

Aku selalu rasa yang kawan kawan aku matang awal berbanding aku. Kiranya aku ni macam loser lah senang cerita. Walaupun kalau nak dibandingkan dari segi saiz badan memang aku lah juara. Aku kan gedang. Eceh kan dah terasa. Tapi ye betul, aku tinggi awal berbanding sesetengah mereka. Okay memanglah sebab genetik tapi masih, aku cepat tinggi.

Kalau nak di ikutkan dari segi lain, haa kan dah terasa lagi. Memang aku kurang matang lah. Aku matang lambat sikit. Bukan tak matang langsung. Sekarang dah boleh kata matang lah ni.

Nak di katakan pasal baligh, okay taknak sentuh. Kalau pasal porno, memang tak ah aku nak menang. tengok porn kali pertama pun masa ehem malu. Okay tu pun tengok sikit je sebab nak tau apa tu porn. Okay dah. Pastu kalau pasal couple couple ni lagi lah. Aku couple pun masa dah masuk universiti. tengok, lambat tau cinta tu apa. Tak macam setengah kawan aku, masa darjah enam dah couple. Yelahh, dulu kan aku bajet tomboi sikit ah. Hamboih. Kalau pasal fashion sense bagai ni pun lagilah. Aku dari kat sekolah dulu lagi asyik sememeh. Sekarang barulah nak up sikit. Barulah ada orang nak ngorat ajak date. Ecehh perasan. Kalau dulu, aku sendiri pun tanak date diri sendiri. Kan ke loser tu.

Hahahhaaa aku baru teringat, dulu ingat konon bajet cool lah kalau pakai baju godang, rambut belah tengah ikat bawah, seluar baggy, pakai gelang getah hitam banyak banyak kat lengan tu. (kan dah kata bajet tomboi). Hmm old days, tiba tiba aku teringat. Tapi kalau nak di ingatkan, memang sampai skarang pun aku sememeh lagi. masih lagi nerd. Masih lagi uncool. Tapi despite semua tu, aku ada orang orang yang tak boleh di tukar ganti. Awak ada ke? Eh macam pelik bebenor pulak tulis ayat macam ni. Ok bye.

Tuesday 1 February 2011

own.

pernah aku bagitau tak yang aku ni sebenarnya a HUGE FAN OF OPRAH WINFREY?! oh yes yes. kepala aku dah dipengaruhi dengan pengaruh perempuan ni dari aku kecik lagi. dulu masa kecik, aku ni pengawas pusat sumber. ye memang dasar nerd. pastu bila hari aku bertugas nanti mesti terjumpa buku pasal oprah ni. mulanya memang lah dulu aku tak kenal sangat dia pastu lama lama sikit ok dah aku dah obses dengan dia. pastu dulu, setiap hari lepas aku balik dari sekolah je, benda pertama aku buat lepas dah masuk rumah ialah buka tv channel hallmark sebab time lunch nanti mesti ada oprah. pastu lepas oprah mesti ada the nanny. teheee.

aku sendiri tak ingat sangat kenapa aku suka gila obses dengan oprah ni. mungkin sebab dia ni kerja nak tolong orang yang susah etc. pastu dia ni suka gila nak jerit jerit atas pentas. suka buat aku rasa gembira sorang sorang. petang semalam, aku satu family tengah duduk minum petang tapi aku sorang je yang dok hadap kat depan tv tengok oprah. pastu lepas sorang sorang datang duduk dengan aku tengok oprah sebab diorang dok dengar oprah jerit tak sudah sudah. pastu aku rasa mesti best gila kalau lah aku dapat peluang ada dekat studio dengan dia masa dia jerit jerit bagai tu. sebab dia selalu jerit jerit ni masa dia bagi orang hadiah je. bukan masa segment dr. oz yekk. kan best kan best.

tapi tu je lah. rasa best sorang sorang dalam hati ni je lah yang dapat kau rasa ni haa. nak pergi kat sana entah tanak mahal pula. duit nak bayar rumah sewa pun tak lepas lagi. hampeh.



Monday 31 January 2011

dah lama aku simpan satu cerita ni. okay tak lama mana lah tapi dah masuk dua bulan ni. kira lama la tu. aku kan haritu cuti semester dua bulan. pastu lama tak jumpa rakan taulan. pastu bila jumpa semua aku bantai cerita benda ni pastu semua pun dah pandang aku serong. tsk tsk kesian aku.

okay macam ni. cerita ni bermula sebab aku yang degil sangat nak kerja sebab dah takde duit. pastu sebab bapak aku tak bagi aku kerja, bila aku nak pergi ke kerja aku kenalah pergi sendiri. naik bus. wuwuwuwu. pastu ada satu pagi ni, aku baru je start kerja sehari, aku semangat lah siap awal semua sebab nak kejar bus lagi, nak kena jalan pergi bus stop lagi, kang tak masal. pastu harini aku sampai awal kat bus stop. masa aku tengah jalan nak pergi kat bus stop tu, aku ada nampak ada sorang lelaki africa ni duduk kat bus stop tu. dia sorang je. orang lain semua macam duduk kat bawah jejantas je. sebab aku penat nak berdiri aku main duduk je lah kat bus stop tu. pastu lelaki africa tu dok pandang je aku. dia senyum. just to be nice, i smiled back. konon je macam nak tunjuk yang citizen of malaysia ni baik hati (haktuih).

lepas je aku senyum tu, dia terus duduk sebelah aku. aku macam oh okay pehal entah mamat ni. pastu dia mula la tanya nama apa, duduk kat mana, belajar kat mana, kerja kat mana, entah apa lagi lah. semua benda pun dia nak tanya masa tu. aku pun (sekali lagi) saja je nak jadi macam orang yang berhemah, aku pun main jawab je lah semua jawapan dia. pastu bila dah lama sikit tu, dia tanya

* are you single or are you married?

aku macam dah gelabah sikit dah aku pun main jawab lah

+ oh hmm i'm engaged.

sekali boleh pula dia buat muka pastu dia tanya

* where is your ring? i don't see any ring?

okay takot aku dah takot. aku pun main tala lah cerita yang konon nya cincin aku tertinggal kat rumah segala . pastu aku tak suka pakai cincin semua. pastu boleh pula dia tanak percaya pastu dia mulalah cerita pasal orang perempuan kat negara dia kejadah. aku dah mula malas nak layan mamat ni. aku buat bodoh je. pastu setiap kali aku macam dah bolayan dia mula naikkan suara dia sikit sebab nak suruh aku dengar. okay takot okay. pastu dia tetiba kata kat aku

* can we be friends?

wehh mestilah TAKKK wehhh. tanak aku. dah lah badan besar tinggi macam apa ni. aku buat buat tak dengar je. masa tu jugak lah banyak lori kereta semua lalu. pastu aku bodoh je apa yang dia tanya tu. pastu mamat ni macam tanak kalah ke ape entah asyik tanya je soalan sama tak putus asa. pastu sampai lah satu kali ni, dia dah rasa annoyed kot. dia tanya soalan sama tapi nada tanak tinggi pulak. pastu siap cakap satu satu perkataan tu. demm aku sumpah dah takot. sebab aku takot aku main cakap je lah "yes sure". tu pun aku tak pandang pun muka dia.

lepas je aku cakap tu, terus dia hulurkan handphone dia kat aku pastu dia kata "now gimme your phone number". WEHHHHH AKU SUMPAH DAH RASA TAKOT PASTU MUKA DIA GARANG PASTU KANG DIA ROGOL KE APE NIH. takot. aku ambil phone dia tu, aku bagi je lah no kat dia. no sape entah aku bagi pun aku kisah apa masa tu.

(kalau korang yang tengah baca ni pastu rasa kenapaaaa lah bus tak sampai sampai lagi? bayangkan lah aku rasa ape wehh. haritu jugalah bus pilih nak datang lambat. chit)

lepas aku bagi nombor tu kat dia. aku ingatkan dia nak simpan phone ke apa pastu dia terus call nombor tu. pastu terus pandang aku balik