Wednesday, 29 December 2010

cuti semester ni aku kerja. kerja dah masuk enam minggu dah ni. besok hari terakhir kerja. gaji masih belum nampak lagi. satu sen belum dapat lagi. kesian. kerja membanting tulang empat kerat macam ni memang memenatkan.

Tuesday, 21 December 2010

kantoi la der

wuyohh bencinya i sebab kerja 8jam tak boleh duduk. semalam kena paksa kerja sampai 12jam tak boleh duduk juga. harini kena kerja 10jam tanpa duduk. adoi macam mana nak langsingkan badan macam ni sebab pinggang dah bengkok? ishh tak suka betul.

sejak aku kerja dekat retail store macam ni, kedai yang memang betul baik ah feng shui dia sebab dapat tengok ramai cewek cewek ganteng, lengchai lengchai jinjang berkeliaran 8jam tanpa henti. otak aku ni macam dah kena program pula sekejap sebab asyik tengok ragam manusia yang konon bajet diorang dah lawa bila pakai apa yang diorang pakai.

selalu jugak ah aku nampak suga daddy bawak perempuan muda konon comey comey haktuih dok berkepit sana sini. okay geli sebab lelaki tu mesti jenis stock yang oh well mesti semua orang dah tau yang macam dalam drama tv3 tu lah. ishh sepak kang siapa tak tau.

pastu kan ramai juga mek mek arab mali yang datang dari arab tutup berkabung satu badan pakai jubah warna hitam siap dengan purdah semua tu datang jalan jalan shopping denga laki dia. benda yang simple, perempuan arab memang semua pun perghhhh we habaq lu memang semua hot tangkap leleh jiwang karat habis tapi laki diorg mesti macam hmmm okay next please. satu benda aku perasan dekat warga arab semua ni, yang perempuan datang jalan jalan dengan laki dia tu datang pakai tutup aurat semua dan yang lelaki tu datang dengan lovebite penuh kat leher, wuyoohhh.

okay no offence,
aku selalu perasan juga pasal benda ni, kalau yang melayu mesti ramai yang macam lelaki pyondan dan yang cina nya mesti ramai yang perempuan lesbo. malas nak sentuh pasal warga pyondan ni dulu, esok lusa baru sentuh. yang kalau pasangan lesbo ni memang ada yang sampai ke tua pun nak lesbo lagi. pelik aku. aku perasan juga satu benda ni, (okay kalau aku bagitau nanti nampak macam aku pervert tapi ahhh biarkan), kalau yang pasangan lesbo ni, yang jadi perempuan tu memang dah cun comel habis geramm grrr nak geget tapi kalau yang perempuan bajet lelaki nya tu mesti ada breast beso. macam kelakar hikhik. lagak laki habis tapi dada besar kemain. teheheh

Tuesday, 14 December 2010

orang kata bokeh dia kata bogel. mende tah.

sejak dari dulu lagi aku suka sangat dengan lampu. okay lah bukan lampu kalimantang ah tapi macam cahaya lampu tu ah. aku suka sangat tengok cahaya lampu tu bila dari jauh. macam rasa tenang je. macam lalok takat amek ganja pulak tehehe.

dulu masa aku kecik kecik dulu, okay sampai besar dewasa kini ah, aku memang jarang keluar rumah waktu malam sebab parents aku macam strict tak bagi keluar malam. tapi bila aku kat perak lain sikit ah cite dia. sebab tu mak bapak aku tak bagi aku bawak kereta pergi sana agaknya. mungkin lah mungkin. ada kemungkinan kat situ. haa pastu kan aku suka sangat kalau keluar malam bukan untuk menjadi sosial kupu kupu malam jadahnya tapi sebab aku suka tengok KL waktu malam. dengan lampu bagai, dengan suhu dingin jadahnya aku cakap ni tapi aku suka lah sebab tenang. tapi nak buat macam mana dah tak boleh keluar malam.

pastu aku suka sangat lampu neon. yang warna warna terang florescent bagai tu. tapi bila aku cerita kat mak aku measti dia kondem sebab kata aku ni macam tamil suka warna warni. tapi tapi kenapa pula kena jadi tamil??? warna warni lawa hape. cit. tak puas hati aku.

bila sekarang ni, aku suka satu lagi benda yang buat aku lebih lebih tenang lagi sebab ada satu lagi cara lain yang buat aku rasa macam nak menangis kegembiraan.



sekarang ni aku suka sangat dengan benda lampu bokeh macam ni. okay lah bukan baru sekarang padahal nak dekat setahun dah aku suka benda alah ni. benda ni macam buat aku addictive sangat sampaikan wallpaper handphone, laptop dengan wallpaper google chrome aku pun aku letak gambar bokeh. aku macam teramat bersyukur sangat sebab aku tau kewujudan benda alah ni. sebab benda ni buat aku nyaman sangat.

nak buat gambar macam ni memanglah tak susah. banyak kali dah orang dok ajar aku. banyak kali jugak aku google tengok cara cara nak buat. lagi lagi cara nak buat shaped bokeh. kalau dah masuk shaped bokeh lagi lah aku sawan swan. menggelupur aku sorang sorang atas tikar.

tapi nyaman aku sekarang dah nak sampai ke penghujung chapter sebab tension tak dapat buat cara yang aku nak lagi. haihhh.TENSION. lagi tension haritu aku cerita pasal bokeh ada pulak minah ni ingat aku cerita pasal lampu bogel. mende lampu bogel? lampu memang bogel pun. ishhh.



Friday, 10 December 2010

tensi tensi ya bah tensi.

harini bersamaan dengan 10 december 2010. hmm nak aku mulakan cerita yang dari pagi atau awal pagi atau dinihari? hmm mula dari pagi je lah. yang sebelum sebelum tu takyah lah nak amek tau dulu. macam takde benda lagi je.

harini memang banyak ah juga benda yang asyik mucul dari pagi. dengan sakit perut tak sudahnya (bukan cirit birit aku pang kang cirit birit cit choyy), dengan aku kena terima harapan palsunya, dengan lewat sampai tempat kerjanya, dah sampai tempat kerja sampai kena berkejar kejaran bagai pastu tetibe shop manager boleh hilang kunci pastu kena stuck kat luar kedai sampai sejam setengahnya, dengan aku baru tahu rupanya rakan sekerja aku yang selama ni asyik dok buli belasah aku RUPANYA BUKAN PEREMPUAN TAPI LELAKI YANG MENYAMAR JADI PEREMPUAN RUPANYA, dengan TEMAN LELAKI TERHANDAL DIDUNIA AKU DATANG MELAWAT AKU PASTU JUMPA LIMA MINIT TERUS BALIK JOHOR BALIK SAMPAINYA HATI, dengan harini result exam keluar tapi diorang pergi hantar kat email pastu email aku dah kena hack jadi macam mana aku nak check result niii, dengan aku masih lagi terkejut sebab ayah kawan baik aku yang paling aku sayang baru je meninggal ni lagi, dengan tuan rumah yang dah minta duit ansuran rumahnya ni. YA ALLAH ujian ujian dari tuhan. mudahkan aku terima ujian ujian semua ni. sabar :o


Monday, 6 December 2010

siapa kata kalau dah 20tahun otak tak berkembang?

okay trivia; siapa kat sini yang suka NatGeo?

okay me me me!! (angkat semua tangan yang ada kat atas badan aku ni)

aku lebih suka kat National Geography kalau nak di bandingkan dengan Discovery Channel. entah kenapa lah kan. bukan nak pilih kasih tapi mungkin sebab NatGeo ada channel HD kat astro kot. tapi channel History pun ada HD punya juga. okay still tak boleh nak kalahkan NatGeo. you rock NatGeo. (okay dengan harapan dapat beli game free kat website nanti).

dulu aku dok sogokkan diri dengan tengok channel macam ni lepas balik sekolah. bukan sebab minat tapi sebab kat tv lebih kurang pukul 1.30 tengahari camtu masa tu ada cerita Pi Mai Pi Mai Tang Tu je. pastu bukan episod baru pun, asyik dok ulang episod sama je. balik balik episod yang Pak Ude tersalah butang baju tu pastu orang lain dok bahan dia. asyik episod yang tu je.

pastu haritu, okay bukan haritu lah, HARITU PUNYA HARITU, ada documentary pasal deep water punya menatang ni kat TV1. pastu aku sukaaa sangat tengok tapi mak aku asyik potong line sebab time tu time maghrib pastu aku tak semayang lagi pastu nanti bila dah habis semayang semua mestinya cerite haiwan tu dah habis. pastu TV1 bukannya asto. manade siaran ulangan. aku ingat lagi nama documentary tu. THE BLUE PLANET. pastu aku selalu sangat tengok kat NatGeo dengan Dicovery Channel sebab mana lah tau diorang pasang balik cerite tu tapi takde. bila aku google, rupenya cerite tu BBC yang punya. jadi memang tak ah nak tengok balik camtu.

pastu hari haritu masa kat perak, aku ada satu class untuk hidupan planet planet bagai ni entah apa nama class tu aku lupa sebab class tu lecturer aku buat time malam. pastu lepas makan malam memang aku selalu je baring baring pastu perut aku dah besar sangat sebab time malam je mesti aku sental makan ayam. pastu bila dah gemuk mesti tak pergi class tu. pastu ada la satu kali tu aku tergerak hati nak pergi class tu pun sebab lecturer tu dah panggil guna surat amaran. aku datang class lambat konon nak bajet artis ke ape entah. pastu hambek kau, dah kena kunci kena berdiri kat luar 10min. bila aku dapat masuk kelas, diorang tengah pasang cerita PLANET EARTH. pastu aku rasa menyesalllll sangat sebab tak datang class minggu minggu minggu yang laluuu. hmph.

PLANET EARTH ni pun orang yang sama juga yang buat dengan yang BLUE PLANET tu. so memang ngam ah. aku tengok tak kelip mata.

pastu kan pastu kannnn, sekarang ni ada documentary baru kat NatGeo. nama dia kan wak GREAT MIGRATION. okay yang ni memang aku takmau lepaskan langsung. semua siaran dia yang HD ke tak HD ke memang aku nak tengok semua. aku nak hafal semua sebab dah teruja yang amat YA ALLAH! pastu episod semalam aku terlepas sebab SATU USJ 6 BOLEH PULAK PILIH HARI TU NAK BLACKOUT. NHGDJKDFGJ GRRRRR. pastu aku amek cuti harini sebab nak tengok ulangan dia tapi aku tunggu punya tunggu boleh boleh dia buat siaran ulangan time aku pilih time nak tidur kejap time tengahari. nooooooo.

takpelah, sekarang target aku nak kumpul duit gaji kali ni sebab nak beli game great migration. yeay nanti boleh main pindah pindah ketam merah :)

Saturday, 4 December 2010

middle age crisis.

ishhh geram betul sebab semua benda tak fall into places dah. semua benda dah jadi tunggang terbalik dah sekarang ni. ishhh. memang betullah apa yang aku cakapkan dari dulu. aku akan stuck in this middle age crisis sampai bila bila pun.

tengok lah ni kat bawah ni, facebook dah tak boleh buka sebab ada ke dia kata yang aku ni main subahat subahat pulak. nak activatekan balik account ni kena ada security code pula. security code tu nanti dia hantarkan kat email address tu. padahal account email aku yang tu pulak dah kena hack berzaman dulu lagi. terus langsung satu jadah pun dah tak dapat nak buka.


kang ni kang lepas ni kang blogger ni pulak kang kena hack. semua benda pun nak kena hack. hgtosdiuhnskjdfk

nak ditambahkan lagi dalam middle age crisis ni masalh kat tempat kerja tu pulak. grrrr kenapakah kenapakah semua benda krisis krisis alam ni aku yang kena sekarang? aku belum masuk middle age lagi punnnnn.

p.s:// so guys, contact me trough my cell from now onwards. no more social networking for me. tsks.

Friday, 3 December 2010

comeback baby.

okay selepas hampir empat bulan aku tak rasa nak tulis apa apa kat sini dan sekarang i dah rasa nak ngomel kat sini balik. yeahhh

Sunday, 14 November 2010

ishh, malunya. dah tiga bulan tak update blog. pastu bila dah time cuti cuti macam ni, dah tak ada benda yang nak buat terus buka blogger balik pastu terus nak post benda. tengok lah je lah nanti mesti selang sehari ada je benda nak post.

Saturday, 7 August 2010

alahai grrrrhamm

sumpahlah bagi aku malam ni malam yang teramat membosankan. tapi padahal macam selama ni malam malam aku tak bosan je. sampailah hati si budak budak rumah aku semua malam ni tinggalkan aku sorang sorang kat dalam rumah serba low cost ni sebab diorang semua nakpergi lumut tengok wayang. aku yang mulanya ingat yang aku akan busy malam ni, jadi aku pun tolak ah pelawaan diorang tu. konon aku nak masuk dalam kampus malam ni sebab nak buat kerja board yang berlambak.

tapi akhirnya plan nak masuk tu tak jadi pun sebab takde geng. tapi ni haa lepas dah balik keluar makan, aku ada geng pun ke duduk rumha sorang sorang macam dungu ni?? mulanya memang aku ingat nak buat karaoke je malam ni. dah kena tinggal sorang sorang. rumah ni macam lah ada banyak gila benda nak buat pula kan.

tapi atleast malam ni aku jadi serba rajin tetiba. habis segala pinggan mangkuk periuk budak budak rumah aku, aku dah habis cuci. baju kotor aku semua aku dah langsai basuh gosok sidai lipat dah. lepas tuuu, aku nampak sekor kucing hitam putih ni. dia memang selalu dok nyondol kat aku asal aku keluar rumah. pastu asyik dok nak nyondol masa aku nak reverse kereta. wehh memang takk ah bhai. kang aku langgar kau kang time gostan camanaaa?? apa aku nak jawab kat JPJ kang bhai. habis lesen aku kena tarik.

tapi memang ah wehh, memang aku bosan. jadi aku tangkap betina ni masuk rumah aku. aku gomol gomol godek godek dia. aku bagi dia makan baekk punya. pastu aku paksa dia minum air. dia tanak, takpe aku paksa juga sampai dia minum. akhirnya dia minum juga. legaa hati aku. dah tu, aku tengok je kucing ni main main atas aku. aku dah kata dia ni manja. suka betul bila aku gomol dia. pastu nanti bila aku letak dia kat bawah, mesti dia dok gomol gomol badan dia kat kaki aku. heshh aku sepak kang. mengada sungguh. lepas dia dok gomol gomol tak sudah. aku pun angkat lah dia. alololo sibuk bebenor dia dok buat buat manja kat aku. pang kang.

aku tak boleh betul tengok benda comel comel ni. aku tengok dia sampai aku geram nak campak kat dinding. tapi aku sabar. aku tanak baling dia, tapi apakata aku mandikan dia. yeahhh. aku bawak dia p kat singki dapur rumah aku pastu aku letak dia kat dalam tu. dia dok diam je. buat muka suci. ahh aku tak pedulik. terus aku pegang badan dia pastu aku buka air laju laju. pehh mengamok makcik tu. melilau lilau dia nak lari. memang tak ah aku nak bagi dia lari. aku jirus badan dia pastu buat buat lemaskan dia. pastu bila aku dah rasa kesiann kat cik adik sekor ni, aku pun angkat lah dia. alolo keciann dia. basah kuyup.

aku ni taklah keji sangat okay. aku amek towel baru aku nak lap badan dia. tapi dia tak bagi. ego sangat. haa hambek kau menggigil sekor sekor kat tepi tu. tapi aku amek juga dia. tak sampai hati aku tengok dia macam tu. pastu aku tengok dia ni basah je lagi. aku pun amek lah hair dyrer. bertambah menjerit makcik ni. makin entah pape pula jadi lepas tu.

last last, dia tanak kawan dengan aku dah. aku panggil dia buat bodoh je. aku datang, dia lari. SAMPAI HATI. KECIK HATI AKU. AKU DAH BAGI KAU MAKAN KAU BUAT MACAM NI PULA KAT AKU. TAK KENANG JASA LANGSUNG. pastu aku biaq pi dia sekor sekor. aku layan FB. tetibe aku rasa kaki aku ade benda dok gomol gomol. rupanya dia datang balik. bulu semua dah elok je di sikat guna air liur basi dia. pastu dia naik atas aku. aku biar je. aku tanak kawan dia. kecik hati aku kau tanak amek kira pula. pastu tahu tahu je, rupa rupanya, dia dah elok tidur atas aku. alololoishh. comelll je.

pastu aku angkat dia pelan pelan, letak dia dalam bakul motor member aku. hehehe :)


:banyak kali aku nak ambil gambar dia time dia tengah dok gomol gomol manja dekat aku tapi aku fikir TAKDE SLR TAKDE GAMBAR. haa sudah.

Tuesday, 27 July 2010

KL for five days :3

hello baby,
balik KL untuk lima hari pergi trip sepanjang hari. benda yang diperolehi; nothing :)

Monday, 19 July 2010

bila boros berkawan dengan bazir

hey hey yallzz,
GAJI GUA DAH MASUK :)
WALAUPUN TAK BANYAK YANG MANA GUA KIRA MASA KERJA HARITU TAPI TAKPE. ASALKAN ADA DUIT. GUA JANJI GUA AKAN BERJIMAT. TAKKAN HABISKAN. AKAN GUNA SEBAIK MUNGKIN.



3 hari kemudian,

hello bah,
gaji dah habis :(
ija tak tahu mana pergi duit semua tu.

Thursday, 15 July 2010

panggil pawang padam api.

aku rasa sekarang aku di ambang bahaya. mana saja aku pergi sekarang dah tak selamat. dah takde tampat yang selamat lagi dah sekarang. semua tempat tempat yang aku pergi semua nya akan membuatkan aku di ancam kebahayaan.


untuk semester ni, aku dah tak dapat privilege untuk duduk dekat dalam kolej lagi dah. jadi aku dah mula duduk luar ah. gila bapak ah duduk luar macam tak rupa hidup cara pelajar je. gila kentang bhai. gila best dohh. ok tak tipu. duduk luar memang tak best sebab nak makan susah. nak pergi class lambat susah. aku nak buat pape pun susah.


sejak kebelakangan ni, since aku dah duduk luar ni kann, jadi untuk kuasa penjimatan yang lebih dan untuk tidak menyusahkan memenatkan tenaga zahir batin aku, aku disaran untuk memasak sendiri ah kat rumah. kau jangan tak tahu aku lah yang paling handal sekali kalau bab masak masak ni. tapi masak instant je ah. you name it. kau nak apa. tomyam? bubur ayam? mushroom sup? sup bunjut? nasi goreng? apa apa lagi kau nak? semua aku boleh buat. cuma perlukan perencah je semua jalann.


pastu kann, haritu sebab dah lapar gila sebab malam semalam aku makan megi je, aku pun masak ah nasik. pastu masak nasi goreng. pehh terbaik dari ladang. pastu sebab aku sedar yang aku ni masak tak reti sangat. masak instant je, aku nak la sedapkan lagi juadah masakan aku. aku pun panaskan lah kuali nak masak ikan bilis. pastu bila dah tengok kuali tu dah mula panas, ikan bilis pun aku dah basuh semua dah, aku pun letak ah benda alah tu. sekaliiii, minyak panas tu boleh pulak nak menggelegak pastu nak pulak minyak tu melimpah keluar dari kuali pastu BOOM hambek kau dapur aku terbakar.


sumpah gila aku panik macam nak mamp. dah lah aku sorang kat rumah. dengan tak reti masak nya, dengan rumah tu takde fire extinguisher nya, dengan aku tak buka pintu tingkap nya, dengan aku duduk je depan dapur tu tengok dapur tu terbakar, sumpah aku panik.


panik punya panik, aku beranikan diri tutup api atas dapur tu dulu. ok berjaya. pastu aku buat lagak aksi bahaya pula. amek surat khabar lama, try nak padam kan api atas dapur. ok tak berjaya. tapi takpe, try lagi. aku amek kain buruk lama yang basah atas meja, tibai kat atas dapur tu, api pun padam. dah benda dah padam, aku cungkil keluar ikan bilis dari kuali tu. pastu makan. dan buat macam takde pape berlaku. perut kenyang yeahh.


tapi pagi tadi, aku semangat bangun awal sebab nak naik bus awal. malas nak tunggu lama lama. sebab dah ter awal sangat bangun, banyak pula masa yang aku nak bazirkan. aku pun keluarkan lah straightener iron dari almari dan mula meluruskan rambut aku ni haa. rambut aku tak lurus macam rambut orang lain. kalau nak lurus kena pula buat dulu. pastu nanti kang kalau salah buat kang tak pasal pasal gerbang pula.


haa pastu bila aku tengah tengah buat rambut, tiba tiba kat hujung wire iron tu ada bunyik POP. pastu ada warna merah merah muncul pastu bau hangit macam nasi terbakar pastu aku campak benda tu atas katil (agak bodoh tak fikir kejap), pastu tiba tiba benda tu terbakar. aku panik. tapi masih lagi tengok je benda tu. dalam kepala aku fikir baju sebab masa tu baru lepas mandi. berkemban lagi. pastu pastu. api tu terpadam sendiri. panik pun dah habis. pastu aku hampa sebab rambut baru lurus sebelah. shit.


konon je dulu aku budak bomba, tapi haram jadah satu pun tak tau.

Sunday, 11 July 2010

aku tahu siapa aku. aku tak cantik. aku tak baik. aku tak lembut. aku tak pandai masak. semua lah semua. semua yang tak yang membawa ke arah tak baik tu semua tu aku lah. aku ni manalah sempurna kan. aku tahu kat mana aku nak berdiri. aku tahu aku berdiri tak sama tinggi duduk tak sama rendah. sebab tu aku kata aku tahu. aku sedar siapa aku ni haa. tak payah nak bersimpati jadah dengan aku kalau engkau tak ikhlas. eh kejap. tak payah simpati langsung lah. sebab aku tak perlukan simpati tu pun. tak luak pun simpati engkau tu. maaf kau tu pun, kau simpankan je. takde siapa yang nak. eh kejap. yang tu kau bagilah kat siapa yang nak. sebab aku tanak. aku nak duduk sini diam diam minum teh aku.

Saturday, 10 July 2010

luahan sawang,

eh macam dah lama tak tulis kat tempat ni. so?

haritu cuti semester 2 bulan. lama aku kerja. konon lah nak cari duit sikit. nak beli barang, banyakkk. tak sampai hati nak guna duit mak bapak. dah kerja, duit tak dapat dapat lagi. list barang nak beli makin hari makin banyak. lagi lagi bila dapat perangai aku yang tak reti nak guna duit. penat nak bagitahu diri sendiri supaya jangan boros tapi TAK BOLEH. KENA BOROS JUGA. akibatnya, badan tanggung sendiri. padan muka.


aku tengok tengok kan, aku ni jenis orang yang tak dengar cakap. degil. semua pun nak aku je yang betul. pernah sekali tu aku duduk bersemang dengan mak aku. sebab dah lama tak gossip, banyak ah benda yang keluar masuk. pastu tetibe mak aku buka cerita pasal peribadi anak anak dia. aku mula nya semangat nak dengar, tapi lepas dia cerita pasal aku, terus macam tanak mengaku anak ke apentah. malueww tapi aku tanak mak lain. aku nak mak aku juga. lengkali bawak pergi bandung ye makk :)


haritu, mak aku dengan rakan rakan dia bercadang nak pergi bercuti shopping raya kat bandung. mak aku ni jenis macam aku sikit ah. "kau nak jalan, bawak duit sendiri. sendiri sendiri sponsor diri sendiri ". tapi tak kisah ah sebab aku fikir aku yang tengah kerja ni, dalam seminggu dua lagi aku nak gaji dah. tapi bila pihak tempat kerja aku bagi aku harapan palsu lagi, terus tiba tiba nama aku dilucut dari senarai orang-yang-akan-pergi-bandung mak aku. aduh duit punya pasal.


aku paling benci orang yang bagi harapan palsu. kesian orang yang menerima harapan palsu tu. aku selalu dah kena benda ni. nak kata hampa, segunung tinggi langit dah aku rasa. sekarang dah lali. tapi dah lali pun, aku masih terima lagi harapan palsu semua jadah ni. kesian diri aku ni haa. orang kata tak baik kesiankan diri sendiri tapi kalau aku tak kesiankan diri sendiri siapa yang kesian kan aku?


semester lepas, aku banyak lalai. banyak main main, banyak buang masa buang duit buat tenaga. akibatnya, aku tengah cuba tanggung untuk semester yang ini haa. penat tak daya aku tapi takpe. semua tu pengajaran baekkk punyaaaa. hambek kau. dulu buat jahat tak sedar diri sekarang tanggung lah ye kak :)


bah, ija nak kereta.takde power stereng pun takpe. kang ija pasang sendiri :)

Monday, 28 June 2010

susulan selepas yang lepas.



lepas dah tengok video ini, cuba click ini dan baca comment comment nya ya.

Saturday, 26 June 2010

Gaza; bukan ghazal.

malam kelmarin, aku ronda ronda dok browse browse semua page yang ada dekat internet ni. dah dasar bosan takde kerja. ternampak aku dekat satu wallpost lelaki ni. dia link kan video documentary pasal budak budak kecil Palestine. terkedu aku tengok documentary tu. naik nangis juga ah aku tengok benda tu. aku dok ulang ulang banyak kali siap download nak tunjuk dekat budak budak kerja aku. teruja sebab terkedu.

lepas dah download, dah khatam tengok video video tu banyak kali, dalam kepala aku asyik fikir pasal orang perang je tak sudah. hilang segala benda bodoh yang aku selalu fikir. tapi tak lama pun hilang nya tu, kejap kang dah terfikir balik pasal kenapa eyelid aku tinggi sebelah. kejadah ni??

balik topik gaza balik,


dalam documentary tu memang banyak ah benda benda macam ni dia tunjuk. cubalah fikir, macam mana budak budak kecil halus tak pejal semua tu boleh tahan dengan bneda benda macam ni? macam mana diorang nak hidup macam dulu balik? ape ke kejam benor orang Israeli ni eh?

sampai ke budak kecik macam ni pun nak di bunuh nya? tak sempat nak belajar cakap lagi dah kena bunuh? tak sempat nak buat kawan lagi. tak sempat nak kenal mak bapak lagi. astarafirullahalazim.

dah elok elok dah dapat baka muka handsome handsome comel gagah mantap semua tapi semua nya pun bakal menerima nasib yang sama juga. semua pun masuk pasukan militan Hamas atau Islamic Jihad jadi tentera berani mati yang dok letup letup kan badan sendiri dengan bom jadah semua.

yang mana akhirnya semua pun akan jadi sebegini. mak hilang anak, bapak hilang waris, adik hilang abang, bini hilang laki, gf hilang bf and the list continue.

al-fatihah.

Wednesday, 23 June 2010

nasib malang,

aku rasa sekarang ni macam aku dah terkena entah sape punya badi malang kot. tapi nasib baik badi malang ni tak buat aku jatuh malang sangat tapi macam aku ni malang sebab terkena masuk dalam situasi malang tu jadi aku pun dah tersama malang sekali.

harini, macam hari yang biasa dekat kerja, sebab aku nak jimat duit sikit sebab gaji dari bulan lepas tak dapat dapat lagi jadi aku pun bawa lah bekal masakan mak yang sedap lagi percuma dan jauh dari perasaan was was. tapi harini aku rasa macam ada campuran dadah sikit kot. mungkin mak tersalah letak kanji dengan ganja. mana tahu.

lepas makan tengahari, tetiba lah pula aku rasa macam nak tidur. pastu tak beragak langsung pergi tidur dekat kaunter. dah sah sah kaunter tu depan pintu. biasa dia. pastu ada panggilan telefon yang mengatakan bahawa manager kedai nak datang dah sekarang ni, dah tahu yang manager nak datang tapi masih lagi mengada nak tidur tu apesal? dah nasib badan malang. kena marah maki hamun depan kaunter depan kedai. malu marah je. sepak kang. tidur je. eh?

pastu lepas dah kena so called 'tegur' tu, aku macam tak serik lagi sebab asyik menguap pastu buat muka toye nak tidur lagi. pastu makin buat aku bengang sebab bila budak office call baru nak minta nombor akaun bank. apa ni apa ni?

tak dapat gaji lagi lah nampaknya. maka segala benda dalam wish list yang dah kepam tu kena tunggu lagi. entah bila baru dapat nak tatap pegang tengok pelok segala benda jadah jajan tu aku pun tak tahu. yang aku tahu aku dah gila. sampai gaji masuk baru waras balik.

Tuesday, 22 June 2010

uzbeks.

lepas dah kerja dekat tempat kerja aku yang sekarang ni nak masuk 2 bulan dah ni, aku rasa macam taknak berhenti pula. rasa macam nak berhenti belajar pastu kerja terus kat sini. rupanya macam banyak gila benda yang aku dapat tahu bila dah kerja kat sini. macam konon life experience pastu biar buka sikit minda kecik aku ni ah konon. aicecehh.

dari dulu lagi aku bukan jenis orang yang ada sifat perkauman ah. syukur alhamdullilah aku takde racism. senang nak cari kerja.

jadi bila kawan kerja aku yang lain kaumnya ni cakap kat aku yang teman lelaki dia ni lain kaum dengan dia aku kira lek lagi. tapi bila dia bagitahu yang budak laki tu lain warganegara aku dah gelabah berpeluh ketiak. sebab aku nak jugaaaa.

haritu, teman lelaki dia datang kat tempat kerja kami. dia tak bawa pun laki tu tapi laki tu gila stalker ikut dia dari jauh. wohh takot. pastu nasib baik laki tu baik dan peramah sebab I JUST LOVE FRIENDLY PEOPLE. dia baik, senyum pun tak lokek, banyak cakap tapi malangnya aku tak faham dia punya lawak sebab bahasa lain. atau mungikn sebab dia memang tak lawak. ah lantak. asalkan comel. tapi kesian pula pendek. eh?

bila aku dah lama lama dok lepak dengan perempuan sorang ni, aku dah mula sayang nak tinggalkan dia minggu depan. rindu nanti nak susah payah faham apa yang dia cakap. dengan chui lai lagi lah. dengan marlisa tak payah. kita dah biasa berpisah.

pastu pastu si serena ni, dia gila pandai gila nak tengok muka budak arab. dia paling pandai bila sampai tang budak iran tapi tu semua aku tak amek kisah. tak heran langsung. yang aku ambil kisah sangattt pasal si uzbeks. wohhh mantap :E

serena cakap budak uzbeks ada darah campur degan russian, mata biru, kalau cakap nanti ada pelat K, kulit mesti ada puteh, muslim, rambut nak blonde je, perangai mesti mengada nak attention kalau tak dapat attention nanti kaki kena sepak.

marlisa kata laki uzbeks masak good curry. haa baguih la tu.

nah hambek kau. bila besar muka jadi macam football player. tapi football player yang hot je. yang tak hot bukan uzbeks. yang tu semua korea utara. yekk.

Friday, 11 June 2010

gold thus


Happiness
how'd you get to be happiness
how'd you get to find love, real love
love love love

Tuesday, 8 June 2010

lepas rindu,

dah naik berapa minggu entah asyik merancang untuk masa tiga hari akan datang ni. harini, esok, lusa. banyak plan yang dah dibuat. banyak merancang, banyak lagi yang di cancel nya. fikir fikir sampai naik pening. minta idea tunjuk ajar segala orang yang aku kenal. semua sudah aku buat untuk bagi yang tiga hari ni jadi best tahap paling best kalah world cup. gila aku tunggu sampai segala benda negative datang main dalam kepala aku. banyak juga halangan yang datang. padahal baru merancang. belum nak laksana lagi. aiyohh

akhirnya, hari yang aku tunggu dah datang. segala benda negative memang langsung tanak bagi aku aman. bagi aku takot sorang sorang gigit kuku. aku takot sangat apa yang asyik main dalam kepala aku ni macam tiba tiba nak muncul dalam hidup aku. contoh macam cerita dua entry bawah entry yang ini. sepanjang tunggu, banyak lagi halangan yang datang. sampai aku rasa nak give up. sebab macam gila dengki gila.

alhamdullilah.
yang di rancang tak jadi. yang di harap tak jadi juga. yang semua segala yang memang takde langsung. tapi ada satu benda yang menjadi.

u selamat sampai one piece walaupun tak lama. walaupun apa yang i harap dari u i tak dapat. walaupun hang dah gelap macam tambi, rambut dah panjang kalah rambut faizal tahir, walaupun 5jam je. tak apa. thank you love, lepas dah satu list. 132 to go.

Sunday, 6 June 2010

lechuguilla

selalunya bila nak kena buat jadual kerja, aku memang dari awal awal lagi dah cop nak ambil shift pagi sebab aku tanak balik lambat pastu nanti bila balik rumah selalu sangat dinner dah habis sebab satu family aku memang selalu buat buat lupa yang aku pun nak makan juga time malam. jadi kalau aku balik awal, atleast aku tak payah nak buat muka murung/sugul bila tak dapat makan kat mak aku. kurang sikit rasa bersalah aku. tapi padahal aku ni macam anak dara tak bersyukur ke ape entah. tak nak masak sendiri. maluew.

tapi tiba tiba harini, chui lai bagi aku shift petang. jadi terpaksa aku kerja juga balik tengah malam. teman marlisa buat closing. dan macam biasa, dinner dah habis lapar aku sorang sorang sampai sekarang ni haa. dah dasar pemalas. padan muka -__-'

tapi tapi, atleast ada juga hikmah nikmat yang aku dapat harini sebab masuk kerja lambat. pagi pagi aku dah bangun sebab dah terbiasa bangun awal pagi dinihari setiap hari. godek godek channel astro pagi pagi memang tak ah nak dapat tengok cerita best. tapi sekali aku tertengok national geographic pagi tadi in HD pastu pastu terus aku nak google pasal benda ni bila balik kerja. terus rasa macam tenang lah konon macam ni secret place ape entah :)

ape tak rasa lawa ke apa entah la kan benda benda ni. macam nak curi bawak balik rumah pastu letak kat tengah tengah living room pastu buat macam feng shui sikit. harapbila dah dapat feng shui ni, gaji masuk awal sikit. AMINNNNN.

bila dok Google pasal benda ni, dalam kepala aku asyik dok ulang ulang lagu marlisa. demm u. teringat macam mana Miley Cyrus dok gelek gelek atas lantai hijau pakai baju konon hot dia tu yang aku dengan marlisa asyik dok imitate kat depan kaunter. ok dah besok buat lagi.

Monday, 31 May 2010

bila dah ajal,

musim cuti ni aku kerja. jadi tak ada rasa nak update blog dengan benda benda bodoh yang aku selalu alami sekian hari. tapi malam ni, lebih kurang setengah jam yang lepas, aku terbuka hati nak update sebab aku baru tahu sesuatu yang buat aku rasa nak jerit bagitahu semua orang yang aku sayang yang aku sayang kan diorang.

hidup ni sementara. tak lama. ye semua orang tahu tu. aku tahu yang korang juga tahu tu. ajal maut jodoh rezeki semua ada kat tangan tuhan. dia sorang saja yang tahu nasib kau.

seminggu yang lepas, lebih kurang sepuluh hari yang lepas, masa aku tengah gelak gelak dengan kawan kawan lama aku yang datang melawat aku kat tempat kerja, tiba tiba sorang mamat yang konon nya dahulu kawan aku tapi dia pergi buang aku dari hidup dia entah kenapa call aku. agak terkejut aku tengok nama dia yang keluar kat screen hp lapuk aku. aku buat nak tak nak je layan dia. tapi bila dia bagitahu aku yang amoi dah meninggal. aku tak boleh nak percaya. sebab baru haritu amoi ajak jumpa tapi aku yang malas tak nak pergi. aku rasa bersalah sampai dua tiga hari selepas aku tahu pasal kematian dia.

aku asyik ulang ulang cerita pasal aku dengan amoi masa dulu dulu dekat msb. sampai dia yang pelupa tu pun dah boleh hafal. kesian dia kena dengar. tapi memori tu asyik datang ulang ulang dalam kepala aku. buatkan aku rasa bersalah sangat.

setiap hari aku online fb aku mesti singgah kejap kat page arwah. tengok apa jadi. harini aku ternampak post gf dia. then lepas aku godek godek sikit, aku jumpa benda lain. dah jumpa benda lain, aku godek lain dalam benda yang lain tadi tu. jadi sekarang inilah akibatnya.

aku tak boleh nak berhenti nangis dari tadi. sampai sekarang. penat dah tapi tak boleh nak berhenti. benda yang aku baca tu taklah apa sangat sebab takde kena mengena dengan aku langsung pun. tapi dia bagi impact sebab semua tu SAMA!!!

susah aku nak terangkan.

agaknya betul lah kan bila orang kata yang dia dah tahu bila ajal dia dah dekat. jadi benda benda mati ni janganlah buat main. harap u faham lah.i bebel pun u bukan nak ambil kisah. konon kental.

Saturday, 15 May 2010

kenapa nak kena mengaku tua kalau betul pun kau tua?


tak puas hati betul aku bila tengok semua orang buat pocoyo untuk diri sendiri. sebab pocoyo tu dengki tak bagi aku pocoyize diri aku sendiri. dengki dohh. sakit hati. sebab dah banyak kali aku pusing pusing website tu, semua bentuk muka aku semua takde pun. :(

pastu haritu bila aku dah hampa sangat sebab aku terlepas The Nanny lagi sekali, aku browse browse semua channel dekat astro. sekali kang, aku tiba tiba rasa macam pernah nampak kartun tu. lama aku cuba ingat balik. PATUT LAH MACAM PERNAH TENGOK SEBAB TU KARTUN POCOYO. sumpah teruja aku tengok. semangat gila aku nak gelak kuat kuat padahal benda tu tak lawak tapi teramat comel tapi comel comel pun lawak juga. kalau tak lawak takkan aku boleh gelak kuat kuat kan? kan kan??

tapi sekarang, aku dah banyak kali browse browse semua channel tunggu nak tengok pocoyo lagi. tapi takde pun. pastu kadang kadang tu, aku sengaja buat buat terlepas The Nanny sebab ingat nanti kang dapat tengok Pocoyo lagi tapi takde pun jugaaaa. kenapa ni kenapa ni??? dengki.

jadi sekarang, sebab aku semangat juga nak tengok, aku buka kat youtube sudehh. tapi gambar pula tak lawa. seeeeeee dengkiiiiii. hmmm

Thursday, 13 May 2010

semua pun nak dijadikan isu.

kan selalu budak budak perempuan semua mesti nak fantasize pasal lelaki yang diorang suka kan. semua pun lah nak yang hot hot bajet paling hot punya budak laki pastu suma pun lah nak yang badboy kejadah semua. yelah wehh. semua pun tetibe taste semua orang sama.

aku ingat lagi dulu bila masa zaman zaman sekolah. entah form berapa aku tak ingat ah. yang aku ingat mesti ada yang kata nak lelaki tinggi kempeng pastu jenis yang pakai baju ketat sikit nampak bentuk badan pastu kalau pakai seluar nanti seluar dia londeh sikit pastu nampak boxer dia. ye wehh. semua pun tipikel nak jenis yang sama. aku tahu ni. sebab hanis iz semua nak laki yang lebih kurang sama. ok iz lain sikit tapi semua pun sama je. thina aida wani pun sama je.

ada pula dulu ada orang penah bagitahu aku yang dia nak laki yang misai lebat?? apa kau nak yang jenis macam A.Galak dalam Gerak Khas tu ke apa entah. pastu ada pula yang nak macam badan sedap kejadah. bagi aku kalau badan sedap tu stock jenis macam Karam Singh Walia je doh. tapi kalau ada yang nak jenis tinggi muka cina mata sepet pakai kain pelikat rambut panjang macam korea semua tu bagi aku tu biasa tu. tu jenis budak budak normal tu. hehe

pastu kan bila dah besar pun asyik dok fantasize pasal benda yang sama lagi. pastu siap nak buat list lagi nak jenis yang macam mana. aku ingat dulu masa aku masih dalam zaman lame. masa aku pergi gig dengan nabil iz semua pastu tetibe nabil hilang, aku dengan iz dengan aida tersekat dalam mosh pit pastu ada laki tangan gagah tolong. pehh heaven. lepas tu terus aku nak laki yang ada tangan gagah. siap dengan urat urat sekali okay. baru nampak james bond. okay tipu. james bond sumpah takde urat yang timbul langsung.

entah apa motif aku entah tulis benda ni aku pun tak tahu. tetibe nak tulis. dah la benda ni aku terasa nak tulis masa tengah tengok game piala thomas. masa wong choon han tengah kalah la aku nak tulis benda ni. mungkin sebab aku tengok choon han kot. mungkin sebab mata dia sepet kot. mungkin sebab tu aku terasa nak tulis kot. ape bende entah ni.


Wednesday, 12 May 2010

benda malu macam ni memang selalu dah jadi.

benda tak susah. senang je. aku pun macam budak budak lain juga. bila dah dapat cuti gila bapak lama macam ni, semua pun tanak duduk rumah sebab nanti mesti mak bapak korang membebel cakap yang korang ni asyik duduk rumahhh je tak buat pape. kang mula la diorang suruh basuh baju sidai baju angkat baju lipat baju gosok baju semua. pastu dah memang korang dasar remaja gemuk, memang semua nak lari dari buat semua ni kan? hekelehh takyah deny. semua pun sama.

aku tak berubah macam yang lain juga. dah lama dah aku fikir pasal benda ni. bapak lama sial. aku dah buat plan pasal ni masa sebelum cuti lagi. siap tanya dah ollie dengan ziqah. kat roomate aku lagi ah.

bila cuti dah start, (okay meh aku terangkan yang aku ni semangat)

JUMAAT : malam baru sampai subang
SABTU : pagi pagi lagi dah kol thina dengan iz, ajak pergi sunway
AHAD : dapat kerja dah.
ISNIN : start kerja
SELASA : kerja lagi
RABU : DAH BERHENTI!

gila bapak serious lah yang aku semangat nak kerja. kerja promoter je pun tapi bila dah kena kerja pukul 10 pagi sampai 10 malam. pastu gila bapak aku tak dapat cuti pun. sebab aku budak part time je, aku tak dapat privilege diskaun macam orang lain, pastu nak cari makan kat sunway mahal dan tak berapa mengenyangkan, pastu kedai tu bila 6 jam pertama memang mati ah aku kat sana takde benda nak buat. customer pun sumpah haram takda. TAPI BILA DAH PUKUL 9.40malam MEMANG TIBA TIBA LAH BANYAK PULA ORANG NAK BELI JEANS NAK BELI KASUT NAK CARI BAJU PASTU SEMUA MINTA JENIS YANG SUSAH NAK CARI.

lepas hari kedua aku kerja ni, tiga orang dah direct suruh aku berhenti. aku pun memang niat nak cari kerja yang bagi aku makan free pula lepas ni. sampai tang mana semangat aku pun tak tahu lah. biarkan biarr.

Friday, 7 May 2010

end of part four

final project finally ended. meaning satu semester dah habis. okay dah habis part four. eh kan dahh. tetibe dah dua tahun kat perak tak perasan langsung.

chutayy dah mula. it's time for job hunting. bling bling mareh seneh.

Justify Full
kalau tak tengok gambar kat atas tu betul betul mesti nampak macam semua yang present kat atas tu aku sorang padahal si ziqoh pun ada juga.gah.

Thursday, 22 April 2010

takda apa nak cakap pun pagi ni. baru balik dari final exam yang cam bab nak mamp. internet kat library memang sengaja bagi harapan bila buka facebook dah boleh tapi dia tanak load bagi orang main facebook. ye sengaja ye sengaja. pastu berblogwalking merajinkan diri comment comment sekali keluar chedu. hehe chedu. chedu macam chendu mendu.

Wednesday, 21 April 2010

final exam ETR besok

entry pendek. biar siapa baca terus terasa.
cari gaduh sial. tunggu aku datang since kau dah kata bak datang.

Friday, 16 April 2010

satu lagi sebab geli

satu lagi sebab untuk tidur malam. tolakkan semua kerja ke tepi. buat tak tahu buat tak pandang semua masterplan masterplan yang asyik dok panggil panggil aku. buang semua rasa nak tidur kat atas katil walau dia dah panggil setiap masa. biar biar. lek lu bhaii.

layan ni dulu. baru tidur. pastu baru fikir nak buat masterplan ke tak. haa buat macam ni pastu repeat lah kau sorang sorang next sem.

malang seribu kali aku palang sebab laki kat atas ni dah jadi laki fara. kalau tak memang dah jadi wallpaper pastu lagi aku tak tidur malam dok tatap muka ni juga.hmm

Tuesday, 13 April 2010

gila geli tapi grr

pernah aku cerita pasal hidup aku kat perak? ye aku tahu banyak kali. mesti aku selitakan juga setiap kali aku tulis entry. ye aku memang nak tunjuk yang aku loser kat perak ni. padahal memang setiap masa loser malah lame juga.

sekarang hidup aku makin loser dan lame bila handphone aku rosak. YE SEBOK LAH PULAK SIAP DUA DUA SEKALI NAK ROSAK TIME SAMA BUAT AKU PENAT NAK PINJAM PHONE ORANG. PASTU SUSAH NAK TUKAR TUKAR PHONE DENGAN ORANG PADAHAL SEMUA HANDPHONE TAHAP JENIS CAMPAK KAT KURA KURA TERUS PECAH CENGKERANG DIA.

tanpa handphone, hidup aku kosong. YE PENIPU BOSA TAHAP MASUK PENJARA. tapi satu benda kau tak boleh nak tipu kat sini. tapi aku geli nak mengaku tapi biar biar BIAR.


HAMBEK KAU TERUS WALLPAPER TERUS TAK TIDUR MALAM DOK TATAP MUKA NI SAMPAI MIMPI TAHAP MENGIGAU TAK BASUH KAKI SEBELUM TIDOQ. :E grrr

Sunday, 28 March 2010

dua malam satu pagi

agak mengejutkan bila samer tiba tiba sms bagitahu yang dia ada trip datang perak pastu nanti ada datang kat uitm perak. mengejutkan pastu macam buat aku gelabah tak pasal pasal. gila ah wehh. first kot kawan subang aku yang datang melawat aku kat tempat ulu ni. sumpah aku nak tunjuk segala jadah haram yang ada.

pastu lagi buat aku tak tentu arah bila masa hari jumaat petang tu tetiba samer sms lagi kata yang dia dah on the way datang perak dah. pastu maksudnya dia akan ada jumpa aku malam tu juga. gila sumpah aku tak tentu arah.bila dapat jumpa samer malam tu, aku sumpah rasa lega entah kenapa. atleast ada juga orang yang datang tengok tempat aku belajar kat perak.

aku bawa samer pusing segala jenis jadah haram punya tempat. from one end to one end. satu pun aku tak tinggalkan. reaction samer pun memang dah boleh dijangkakan dah. dapat juga dia tahu perasaan aku masa aku mula masuk tempat ni. tapi dapat juga dia tahu perasaan aku sekarang pasal tempat ni.

aku dapat jumpa dia tak lama. sekejep seje. tapi aku dah rasa sangat berbaloi dah.



glad that you've made it here samer. glad that you came. see you in subang :)

Friday, 26 March 2010

hang anak hang hotak hang

penat aku nak tulis pasal entry yang boleh lebih kurang tahan emo goth dia. penat lagi aku nak tulis pasal entry yang aku dah bosan dengan perak ni. penat juga aku nak tulis entry pasal aku malas nak buat kerja final project. agak agaknya orang yang dok baca aku bebel yang aku penat malas gemuk emo bosan semua ni penat juga la eh.

jadi kalini aku dah berazam nak tulis entry pasal benda lain. tapi dalam kepala aku hanya ada benda yang sama yang asyik berulang ulang tak sudah. aku penat bosan malas emo goth.

tapiiii tahukah anda bahawa,
dalam kelima lima hang yang hang jebat hang tuah hang lekir hang lekiu hang kasturi semua tu, hanya hang kasturi je yang melayu??! wtf gila en. tapi kalau betullah fakta haram ni, takkan hang jebat ke hang tuah kata takkan melayu hilang di dunia kan? jadi teori baru muncul semula. iaitu yang hang hang semua ni orang peranakan kot. kalau tak pun diorang ni anak mami yang migrate dari penang turun ke melaka. sebab dah biasa dengan bahasa utara, setiap nama pun nak guna hang.

okay, entry bodoh.

Wednesday, 24 March 2010

ambo ghoyak ke mung

terasa macam nak update benda sikit harini pagini.

minggu lepas, aku ponteng class tiga hari sebab nak pergi concert placebo kat KL. plan yang memang dah lama gila dah di plan tapi tetibe tajadi sebab tak cukup duit pastu macam tak rasa nak pergi sebab banyak kerja pastu tiba tiba thina sms ajak pergi tapi aku kata kat dia aku hanya akan pergi kalau dia menang ticket free sekali HAMBEK KAU THINA MENANG TICKET FREE. jadi janji perlu dikotakan, aku ponteng class dan dah pergi tengok placebo dah balik perak dah pun ni haa.

balik ke perak, balik ke kehidupan malas tak buat assigment tidoq kat bilik tengok movie makan koko krunch.

harini hari rabu, aku dah lewat hantar assignment by one week dah sekarang. okay fine lah benda dah siap tapi sebab malas nak jalan jauhhh pergi bilik lecturer aku yang kat hujung alam tu jadi, penghantaran delay kejap. ni bukan alasan semata mata. besok lah aku hantar. tengok kudrat tenaga naga dulu.

final project dah starttt. mapuh ghama ghama deh.

Saturday, 20 March 2010

benda macam ni pun nak kagum hekelehhhh

tahukah anda semua yang bahawa sebenarnya aku amat kagum dan respek terhadap orang yang rajin ber-blog walking dan orang orang yang rajin nak comment comment entry yang orang lain tulis semua ni?

aku bukan nak kata yang kagum dengan diri sendiri sebab gila bapak busuk nak kagum dengan diri sendiri. lagipun dah memang dah ditakdirkan aku bukan jenis yang suka ber-blog walking pergi jalan jalan kat blog orang lain pastu rajin lah pula aku nak jatuhkan comment kat orang lain. memang tak ah bhai.

kalau ada blog yang aku rajin jalan jalan pastu kadang kadang dah terlebih rajin nak pergi comment pun adalah dua tiga blog yang secara lazimnya sesiapa yang baca blog aku ni mesti akan pergi baca blog diorang juga.

jadi eh jap, apa tujuan aku tulis entry ni? memang takde tujuan pun. takat nak bazirkan masa dan lengah lengahkan masa yang ada ni sebab aku malas nak buat kerja. yeahhh pengakuan jujujurrr.

Sunday, 14 March 2010

tell me how and tell me now

sekarang ni ada tiga situasi. tiga tiga situasi yang ada dalam kepala aku ni macam buat aku menyampah dengan benda benda macam ni lagi lagi bila benda benda macam ni asyik main main dalam kepala aku. pastu bila aku tengah bisan takde buat apa apa mula la benda benda ni datang kacau pastu nanti bila aku dah layan kang mula lah aku fikir panjang sampai tak boleh nak tidur. tapi bila aku tak layan pula nanti benda ni asyik datang main main lagi dalam kepala aku pastu nanti aku pun jatuh stress. demm yu.

jadi sekarang aku macam rasa baik aku tulis benda ni sebab benda ni asyik main dalam kepala aku pastu baik aku kongsi biar benda ni main dalam kepala orang lain juga pastu nanti sama sama jatuh stress. yeahh.

situasi 1#:

kau kenal dia kat sekolah. sekolah kau ni kira ada dalam kawasan rumah kau juga ah. jadi sekarang kau dah jumpa dia ni dan korang pun kira dah bersama ah kan. korang bersama macam setiap masa ah macam dah besok tu korang dah takkan jumpa lagi padahal besok kau datang sekolah jumpa lagi pastu balik sekolah jumpa lagi pastu pastu pastu haa jumpa lagi. pastu lepas habis spm masa cuti panjang tu kau masih lagi bersama dengan dia sebab kiranya rumah korang dekat lah juga. dalam satu kawasan je. lepas keputusan spm dah keluar, kau masuk universiti kat kedah dia masuk universiti kat johor. dua dua jauh sama jauh tahap jauh nun di sana tapi kau tak kiah sangat jauh mana pun korang sekarang ni sebab rumah korang dekat time cuti semester nanti boleh jumpa lagi. ok dah.

situasi 2#:

kau kenal dia kat universiti yang kau masuk ni. kononnya sekarang dia orang kedah kau orang johor pastu jumpa kat UPM. haa sudah. pastu korang pun bersama lah sepanjang masa. masa kuliah masa makan masa mengundi masa naik bus masa tengok wayang segala jadah haram ah. pastu bila cuti semester break kau masih lagi bersama dengan dia. pastu kau tak heran sangat sebab deep down kau tahu yang masa cuti macam ni je yang kau jauh dengan dia sebab cuti sebulan je pastu nanti bila semester baru masuk, kau dah boleh jumpa dia balik pastu mula lah kau orang berdua asyik bersama balik masa kuliah masa makan masa mengundi masa naik bus masa tengok wayang segala jadah haram. ok dah.

situasi 3#: my favourite,

kau masuk sekolah berasrama yang sama dengan dia. kononnya sekarang kau asal johor dia asal kelantan. dua dua sama jauh nun jauh di sana. sekolah kau ni kat KL. pastu kau bersama dengan dia dari masa form 4 sampai lah habis spm. masa kat sekolah ni korang ah yang handal. masa makan sama jadah semua tu ah. pastu bila kau dah habis spm, korang pun balik lah kampung halaman masing masing. yang sorang kat johor, sorang kat kelantan. pastu bila dah masuk universiti sorang masuk kedah, sorang lagi masuk kat sarawak. korang masih lagi bersama. pastu bila dah dua dua dah habis belajar sampai habis semua jenis degree ijazah sarjana master semua pun korang dah sapu korang pun balik kampung halaman tunggu nak kerja.

ni haa masa kerja pula, nak di jadikan cerita hangat, kau dapat kerja kat KL pastu dia pula dapat kerja kat sabah. haa hambek kau semua jauh kemain. tapi korang masih lagi teguh nak bersama juga. lantak korang lah kan. pastu dah korang nak kahwin pula. dah duduk jauh macam ni pun nak juga bersama ha lantak lah. pastu dah jauh punya lah jauh semua ni korang nak bersama lagi entah apa yang korang nak bersama pun aku tak tahu lah.


jadi persoalan aku sekarang ni,
HOW COULD YOU COMMIT TO SOMEONE WHO SO FAR AWAY FROM YOU AND HOW COULD YOU BE SO LOYAL TO THEM EVEN IF YOU KNOW THAT THERE IS A POSSIBILITY THAT THEY WONT DO THE SAME?

aku cakap benda ni sebab aku confuse walaupun aku sendiri sedang menjalani benda yang macam ni. dah aku diam dah ni.

Saturday, 13 March 2010

amende neh

agak nak tergelak aku bila aku jalan jalan ber blog-walking dari satu blog ke satu blog yang lian pastu nanti aku nampak ada dua tiga kerat yang sibuk nak ceritakan segala jenis sebab kenapa diorang dah lama tak update blog. ada yang boleh tahan alasan yang kira boleh diterima akal juga lah mungkin sebab diorang buat lawak yang cam cibai punya lawak pastu bila baca pun tak terasa macam diorang ni sebenarnya macam lame nak bagitahu satu dunia yang kenapa diorang tak dapat nak update blog setiap hari. yang golongan macam ni, takpe. boleh diterima.

tapi golongan yang macam "hey yallzz, sowey cebab kiter tak dapat nark update blog lagiew hariew niew" punya golongan ni, hmm macam mana patut aku bagitahu apa yang ada dalam kepala aku ni eh?? hmm mungkin aku patut berterus terang dengan mengatakan yang EUW WEH KAU GELI. eh jap, ada sesiapa terasa ke sekarang? sebab bila dah ada orang tulis benda macam ni, pastu nanti ada orang yang dah baca benda ni nanti ada juga yang akan terasa maka konklusinya bla bla blaa. benda sama berulang balik.

ok, berbalik kepada apa yang aku cakapkan tadi, EUW WEH KAU GELI. aku tulis benda ni sebab aku baru je tadi jalan jalan ber-browsing pastu baca baca blog entah sapa entah aku pun tak tahu. dan bila aku dah buka dah baca dah interpret segala jadahnya yang semua ni tulis aku macam pelik, rupanya diorang ni rockstar superstar. sebab bila dah lama tak update blog (which is baru sehari) diorang dah gelabah tulis benda macam "sowey readers my beloved followers. semalam i bz kat spa buat kuku".

and yes,
aku rasa macam nak jadi pula rockstar superstar.
hotak hang.

tapi apa boleh aku buat/kata kan. aku sendiri pun mungkin entah entah dah pun tulis benda benda camtu. nak buat apa pun. dah blog masing masing. mungkin diorang rasa perlu nak update entry setiap hari. walaupun entry diorang hanyalah benda benda yang macam "i gaduh dengan boyfie lagi harini". tahniah child.

Friday, 26 February 2010

dasar pemalas.

aku selalu semangat tak kena tempat. bila time aku patut semangat lebih, patut keluarkan segala jenis semangat yang aku ada ni, bukan main malas lagi aku nak semangat. macam sekarang ni. aku tengah malas nak buat kerja kerja sekolah yang terbengkalai time cuti sekolah haritu tapi aku punya lah semangat nak online buka skype tapi cehh pihak skype macam tau tau je aku pemalas jadi diorang tak bagi aku guna khidmat skype lama lama. aku hampa lalu kecewa. jadi bila mood aku sudah seakan hilang sekarang ni, apa kata aku masuk tidur?? jommmm.

p.s:// aku lagi hampa dan kecewa bila ada orang tu balik rumah time cuti panjang macam ni dan bila ada orang tu bagi harapan palsu kata konon nak datang sini tapi tajadi.

Saturday, 20 February 2010

sebelum berangkat pulang ke bostan kiri

nak aku cerita dari mula? penat lah nak ingat semua benda balik tapi aku rasa lagi penat badan aku ni nak tampung semua jam credit yang aku guna untuk tidur sepanjang cuti ni. ye aku tahu. lumrah alam. setiap kali cuti memang banyak gila assignment yang kau akan dapat dari lecturer korang masing masing. aku tahu juga yang walaupun semua orang dah tahu yang assignment banyak tapi mesti bila dah hujung minggu macam ni baru nak fikir bila nak buat kerja kerja yang banyak tu. ye aku pun tak terkecuali.

minggu cuti aku bermula dengan semangat keazaman kental lagi jitu lah konon sebab aku dah konon bertekad azam nak buat semua benda minggu ni. konon nak siapkan sebelum hari selasa. haa kau tengok sekarang dah hari sabtu apa yang kau dah buat? erkk, lukis border layout baru. BORDER LAYOUT JE BANGG. kau pergi bunuh diri sekarang kau pergi sekarang juga.

assignment kerja kau tak banyak. dua kerja je sebab dua subject je yang kental nak bagi kerja sekolah waktu cuti sekolah tapi kerja nya manggghaii kemain lagi langsung tak sentuh konon cuti panjang. bukan aku dah kata ke yang cuti seminggu amatlah pendek untuk orang tinggi.

dah tu apa yang orang tinggi buat time cuti?
TIDOQ

semalam hari jadi aku. ye terima kasih kepada siapa yang ingat. kepada yang ada effort ajak aku keluar bercelebrate pun terima kasih juga :') . kepada orang yang aku asyik dok call tak sudah sudah tu, ye sekarang kau tahulah yang kau lah dalam senarai 8pax aku. 8pax kental lagi pejal. haa amek kau sepanjang minggu aku kacau kau date nanti.

berkat umur tua setahun dari tahun lepas, aku dah boleh bawa kereta lebih jauhhh dari kawasan zon selamat parental guidance aku. berkat umur tua setahun ni juga, hmm alhamdullilah lah yang aku diberkatkan dengan orang tersayang sekeliling aku. amin.

Thursday, 18 February 2010

7th wonders


: agak pelik aku harini. ada ke nak tanya direction kat mamat germany. memang sampai ah aku kat Koeln instead of Kg. Baru. mesti kau pelik pehal aku tetibe tanya kau direction around KL sebab aku sendiri pun pelik kenapa aku tanya kau. padahal bukan selama ni kau ke yang tanya aku. hmm miss you nabil. kalau lah kau ada kat sini. dah lama aku heret kau teman aku cari jalan. bye now.

Wednesday, 17 February 2010

kenapa terasa kalau kau kata kau tak salah?

aku pelik kenapa manusia ni walaupun dah tahu benda tu salah tapi masih nak buat juga. apa saja benda yang dah siap tahu awal awal lagi yang kita tak boleh buat tapi sibuk nak juga buat. pastu bila dah salah baru macam nak fikir kenapa lah diri bodoh sangat nak buat juga.

contohnya,
apa contoh paling senang eh? okay macam ni. contohnya kalau kau tahu yang kalau tinggikan suara kat mak bapa salah, apatah lagi kalau ingkar dengan arahan diorang tapi yang dok sibuk dok buat lagi kenapa? aku cakap benda ni pun bukan sebab aku pelik kenapa aku tak buat benda macam ni tapi aku pelik yang aku sendiri dah tahu benda macam ni salah tapi aku buat juga kat mak bapak aku. kesian diorang.

takpun macam situasi meniru dalam exam. okay, yang ni aku cakap awal awal yang aku tak pernah buat dalam situasi kehidupan sebenar. tapi aku pelik, walaupun macam uitm dah keluarkan satistik budak budak yang sibuk nak meniru time exam tapi kenapa untuk exam akan datang tu satistik budak yang meniru makin meningkat pula? padahal kononnya lah diorang keluarkan satistik semua tu sebab nak buat budak budak takut tak buat aktiviti meniru tapi nampaknya strategi diorang tak menjadi kott.

lagi satu benda yang aku pelik, kenapa bila seseorang tulis pasal satu benda tu then nanti akan ada orang yang terasa orang tu tulis pasal dia pastu situasi tacing tacing ni bermula pastu mula lah dengan perang dingin pastu mulalah dengan balas membalas pencarutan. aku pelik. kadang kadang tu mungkin betul lah yang orang tu terasa sebab memang benda tu ditujukan kat dia tapi dalam kes kes yang selalu terjadi aku rasa ada orang yang perasan lebih kot. jadi bila bneda macam ni dah jadi, macam susah nak terangkan yang sebenarnya benda tu di tujukan kat orang lain dan bukan kat dia. aku rasa bila aku tulis benda ni pun mesti ada orang yang terasa aku tulis pasal dia then nanti situasi yang sama akan mula balik dan akhirnya benda sama juga yang akan datang balik.

apa kau tak pernah rasa penat ke?

Monday, 15 February 2010

baju konon senandung haktuih.




saja aku nak jadi mengada letak gambar gambar ni sebab aku rasa dah lama aku tak post entry yang bergambar. tapi semua ni bukanlah sebarang gambar. konon aku nak jadikan gambar inspirasi untuk konsep. ya, bunyi macam haram. ya, bunyi macam bajet bagus. tapi cukup untuk aku tahu apa yang aku nak, apa yang patut aku cari, apa yang patut aku tahu untuk mula mencari, dah kira bagus sangat dah tu.

bila cuti macam ni datang, aku selalu jadi macam orang utan. tapi orang utan dalam context bahasa aku lah. bukan dari segi dewan bahasa pustaka ke apa entah. apa yang di plan tajadi, apa yang diharapkan jadi tajadi, apa yang mahu jadi pun tajadi juga.

cuti seminggu terlampau pendek untuk orang tinggi macam aku. agak agaknya cuti berapa lama baru aku puas eh?

Wednesday, 10 February 2010

secara rambang

nuffnang sudah bikin wa makin panasss. bila kau nak naikkan duit aku ni? dari haritu takat tu je. naik lah naik lahh.

facebook yang baru ni buat aku pening ahh. yang lama punya kan senang. yang baru ni tak menyenangkan pun. macam susah je aku nak cari pape. tengok aku dah terkial kial sengsorang. demm ah.

celcom punya JUALAN BESAR lah konon tu macam tak banyak membantu pun. kata topup rm20 dah dapat apa benda entah yang promosi apa entah tu tapi tak dapat punn. ke aku yang baca salah ni. aiyoo.

internet uitm, kau laju macam ular sekarang. bagus lah tu. tak jalan langsung kerja aku sekarang.

penjual ticket bus dengan train, jangan kau mengada nak habis jual. kalau nak habis jual pun, tunggu aku beli ticket dulu. then baru kau boleh habis. kang aku bakar rumah kau kang.

sports day, malasssssssss!

Tuesday, 9 February 2010

ma, i wanna come home

wohh gila bapak ahh internet laju gila macam diorang berenang kuak dada ke apa entah. aku buka apa benda semua pun laju tahap kijang. sumpah aku teruja. tak yah nak tunggu nak load lama lama. dah dah, sekarang boleh tinggalkan broadband yang sumpah macam haram jadah. baik guna internet uitm.

tapi bila internet dah laju semacam macam ni, benda yang patut aku buat memang tak ah aku nak buat. benda report apa benda entah semua benda entah memang langsung aku tak sentuh. yang aku buka, balik balik benda sama.

bosan lah duduk perak ni. aku nak balik cepat cepat. tapi lamanya nak tunggu hari sabtu. kenapa lah ada pula nak buat sports day hari sabtu ni. kenapaaa?? gila kau instructor senamrobik?! dah ziqah, u jadi sorang.

senarai perkara perbuatan hari cuti kini bermula. yeahhh :))


Sunday, 31 January 2010

this is what we call karma.

dulu, dulu yang tak berapa lama dulu, aku dengan bangganya kata kat orang yang aku sedang buat benda betul. yang aku tak bersalah. yang aku lah yang paling betul. yang aku yang teraniaya. tapi benda sebenarnya ialah sebaliknya, aku lah yang orang jahat nya sekarang ni.

tapi tu dulu. sekarang aku dah dapat rasa dah apa yang orang lain tu rasa. dapat rasa apa yang aku pernah buat kat diorang dulu. aku faham dah rasa diorang dulu. sakit. ye aku tahu.

dulu, iz pernah call aku tengah tengah malam cakap pasal dia kena karma. tapi aku tak berapa nak faham sangat apa yang dia cakap dulu. nak kata aku bolayan pun memang tak ahh. aku dengar apa yang dia nak bagitahu dia time tu. tapi aku tak faham apa yang dia cuba cakap kat aku sebab aku tak faham ah. tapi sekarang aku dah faham maksud kau iz. aku tahu perasaan kau sekarang.

dah ramai orang aku pergi tanya pasal benda ni. macam loser. betul ye aku loser. tapi dalam banyak banyak tu satu pun tak bagi aku jawapan yang dijamin halal. yang dijamin baik punya. semua pun cakap benda sama.

kesimpulanya, kau yang tentukan takdir kau sendiri. takat sabar je tak kemana bhai.

Monday, 18 January 2010

emong

masuk minggu ketiga aku dah mula bosan dengan apa yang ada dekat perak ni. maaf ye. ini entry emo goth. malas aku nak tulis pasal apa yang ada dekat perak ni sebab kalau aku cerita bagai nak gila pun aku tak rasa yang membacanya ni orang yang lalui benda sama dekat perak sama tempat sama situasi dengan aku sekarang. kalau aku tulis pasal masalah yang sedang aku lalui sekarang ni pun macam tak begitu memberangsangkan sebab apa yang aku dapat nanti sebab yang membaca ni pun bukannya dapat membantu dari segala segi pun. kalau aku tulis pasal subang nanti aku rasa macam dah putus asa nak duduk kat perak ni lagi sebab tak mampu nak menanggung rindu (kononnn) yang kononnya sedang menebal. jadi apa yang aku patut tulis sekarang?

TULIS REPORT ASSIGNMENT KAU DAH BELAMBAK SEMUA SATU HARAM TAK BUAT ASYIK TIDUR DENGAR LAGU MAKAN KOKO KRUNCH TAK SUDAH.

Monday, 11 January 2010

musim panas kini bermula

sebab aku dah malas nak online cari bahan kat internet tengah tengah malam macam ni, jadi aku pun post lah entry macam ni.

oh haaa, aku baru kenal dengan sorang ni. kira dia ni kawan baik aku yang baru ah sekarang ni. tapi masih lagi tak boleh nak lawan nak jadi setanding dengan orang lain lagi ah. dia ni kira macam teman lepak aku setiap malam ah sekarang. kitorang dah jadi kawan baekkk gila baik punya sekarang. dah kami bukan hanya berdua, kami bertiga.

nak kenal? jom meh aku kenalkan. sorang ni nama dia boshan. sorang lagi nama dia tidoq. kira kalau pape memang kitarang macam dah tak boleh nak dipisahkan lah. tapi aku boleh lagi gerak solo. diorang je ah yang selalu berdua. takpe. kitorang masih baru dalam bab kawan kawan ni. lek lek luu.

malam ni aku dah janji nak jumpa boshan kat studio. sebab aku pun takde benda nak buat sekarang ni, dia ajak aku main webcam. cehh saja tanak bagi aku buat kerja.

haa, kat sebelah kiri aku tu boshan. kat sebelah kanan tu tidoq.
comel kan comel kan comel kannnnn??
demm ahh.

pastu bila dah malas nak ambil gambar camwhoring muka sorang sorang, kitorang main stalk orang guna webcam lak. sumpah kalau orang tu tau memang sumpah menakutkan macam haghram punya menakutkan.


tidoq kena balik awal harini. dia lepak dengan kitorang kejap je. tapi dia kata jap lagi bila aku dah balik bilik dia datang jumpa aku. nak sleepover lah konon. yeahhh baru lena tidur nyenyak malam ni :)

Friday, 8 January 2010

i hilang u harini.

kali ni jangan lah kau harapkan aku tulis berbunga bunga macam dulu aku tulis kat kau yang sampai bergenang menangis nangis bagai aku karang surat kekasih kat kau macam masa kau konon je nak pergi masuk matrix kedah padahal sekali kang kau tak jadi pergi pun. buat malu je. lagi malu bila aku siap semangat pergi print gamabr bagi kat kau pastu tulis watijah harapan kat kau tapi MANA PERGI BENDA TU SEKARANG NABIL? MANA?? DAH LA WEH. AKU TAHU KAU DAH HILANGKAN. DAH AH KAU.

kali ni jangan lah kau harapkan yang terbaik dari aku. eh jap ni memang entry yang baekkk punya dari aku sebab aku takkan letak gambar muka kau yang paling lawa tapi muka kau yang jinjang joe kijang gunung mat cincang punya tahap.

ada bran nabeyl?

ok. fine kau masih baca. kau masih setia nak tahu. meh meh jom ikut aku. dan nabil, aku tak biarkan kau keseorangan harini nak tengok gambar muka kau jinjang macam ni. aku temankan kau okengg? aku sedar aku pun jinjang juga. DULU!


DEMM. MUKA AKU TAMIL. TAPI TENGOK SIAPA YANG TUKANG AMEK GAMBAR SEKARANG? KAU KAN? KAU MEMANG. DENGKI AMEK GAMBAR TIME AKU BELUM READY. DAH AH KAU.
(klia- penghantaran wanoy ke UK)

nabil apa yang kau cuba lakukan? aku tahu kau tak boleh nak terima anak murid kau bawak kau naik kereta tapi terimalah kenyataan nabil.
aku rasa dulu aku punya muka bila amek gambar semua sama je. geli.

awww. ingat time ni? kita pergi tengok F1 kat Sepang. semangat gila bertolak keluar rumah pukul 7 pagi padahal game tu start pukul 2 petang. lagi semangat bila letak kereta kat KLIA then naik bus pergi Sepang. pastu semangat tahan lapar tanak beli makanan mahal RM25 satu set sampai nak tunggu balik subang baru makan. haihh.

gambar takde motif. nak ingatkan kau balik tentang Joseph. entah apa entah dah jadi kat mamat cine ni. comel je belanja kita makan sebab kita nak quit Dominos.

ASTARAFIRULLAHALAZIM.
APA KITA INGAT KITA NI PENYANYI LATAR HAZAMI KE APA?!

gambar gambar kat atas ni semua jenis stok yang gelimat geliewmart punya geli. tapi nak buat macam mana. dulu kita ingat benda tu cool. tapi tu dulu. budak budak zaman sekarang kata benda tu LAME. padahal macam lah shuffle tu cool sangat.

aku tahu ada banyak lagi gambar gambar kita bersama (ohoyy bunyi macam kekasih kekanda ke ape entah) tapi malang nya semua tu sudah hilang sudahh. jadi apa yang aku ada ni je lah yang dapat aku guna untuk bagitahu kat kau bahawa betapa sayangnya aku hilang kawan macam kau ni. betapa spesial nya orang macam aku dapat kawan macam kau. dah weh dah. aku tahu kalau aku teruskan lagi ayat aku lepas ni mesti dah jadi sambungan surat haritu balik dah. penat aku nak karang perah otak lagi sekali nak tulis macam haritu balik. tapi takpelah. asalkan kau tahu apa yang aku nak cakapkan ni, aku rasa tak payah la eh aku tulis berjela lagi. tapi kalau kau nak juga aku tulis, nanti aku tuliskan kat kau. dalam german lagi. hambek kau aku speaking vancouver. haha sesat takde kena mengena. dah haa hambek gambar last ni.

orang kata simpan yang terbaekk untuk yang last sekali. aku rasa ni lah gambar kau yang macam 'hakellah bajet howt la kau sekarang' yang aku ada. dah haa hambek dah. dah aku penat. dah aku sayang kau. bye, jumpa di skype.