Friday, 28 January 2011

kepulangan yang hampir tak disambut.

jadi kisahnya macam ni. sekarang ni uitm dah cuti seminggu sebab cuti raya cina. rasanya bukan uitm je yang cuti ek? dah lantak. aku semangat bertolak awal pagi sebab kawan aku dah buat plan dengan laki dia. nak tak nak semua orang yang balik dengan aku kena awal. aku pun hmph. bila dah sampai KL, lepas lunch, laki aku pula yang tak menyabo nak balik cepat. terpaksa aku balik rumah jugak cehh. dah sampai rumah boleh pula takde orang kat rumah nak sambut aku. tsks tsks makan dalam. dengan rumah yang berkunci bagai, aku pula takde kunci. puaslah aku call sana sini nak carik kunci. minyak kete aku dah habis ni, duit aku pun dah makin kering tu, kredit je lah yang aku ada. panas terik tadi tanak kalah pula. legam aku sorang sorang kat luar rumah tu. lepas dah nak dekat sejam aku kulu kilir satu subang tu, baru lah dapat aku masuk rumah. masuk rumah takde nya aku nak buat apa. rumah kosong.

pastu yang pada awalnya aku dapat kerja balik kat tempat kerja lama tu untuk seminggu ni tapi tetibe bos aku tak mau aku pula. lalu punahnya semua harapan dan kira kira aku yang aku dok buat sepanjang nak tunggu cuti ni sampai. sekarang ni tak masal aku kena cari punca hasil pendapatan yang lain pula untuk tampung nak bayar duit rumah sewa kang. aiyooo tension stress kematu kepala. sekarang aku balik rumah dengan membawa harapan kosong dalam kepala, poket kosong tak berduit, assignment penuh dalam bag, bahan bacaan bosan untuk di baca, laptop yang sekali lagi pecah dengan jayanya, satu beg penuh dengan pakaian kotor, kereta yang dah ada pelekat uitm yeahh akhirnya dan hmm haa tu je kot. kang aku tambah lagi list kat bawah ni.

aduh mana nak cari duit ni?!! :E

1 comment:

Macham Iz Punye said...

brah, lepak jom, kau dah balik siak