Sunday 27 February 2011

awak ada?

Aku selalu rasa yang kawan kawan aku matang awal berbanding aku. Kiranya aku ni macam loser lah senang cerita. Walaupun kalau nak dibandingkan dari segi saiz badan memang aku lah juara. Aku kan gedang. Eceh kan dah terasa. Tapi ye betul, aku tinggi awal berbanding sesetengah mereka. Okay memanglah sebab genetik tapi masih, aku cepat tinggi.

Kalau nak di ikutkan dari segi lain, haa kan dah terasa lagi. Memang aku kurang matang lah. Aku matang lambat sikit. Bukan tak matang langsung. Sekarang dah boleh kata matang lah ni.

Nak di katakan pasal baligh, okay taknak sentuh. Kalau pasal porno, memang tak ah aku nak menang. tengok porn kali pertama pun masa ehem malu. Okay tu pun tengok sikit je sebab nak tau apa tu porn. Okay dah. Pastu kalau pasal couple couple ni lagi lah. Aku couple pun masa dah masuk universiti. tengok, lambat tau cinta tu apa. Tak macam setengah kawan aku, masa darjah enam dah couple. Yelahh, dulu kan aku bajet tomboi sikit ah. Hamboih. Kalau pasal fashion sense bagai ni pun lagilah. Aku dari kat sekolah dulu lagi asyik sememeh. Sekarang barulah nak up sikit. Barulah ada orang nak ngorat ajak date. Ecehh perasan. Kalau dulu, aku sendiri pun tanak date diri sendiri. Kan ke loser tu.

Hahahhaaa aku baru teringat, dulu ingat konon bajet cool lah kalau pakai baju godang, rambut belah tengah ikat bawah, seluar baggy, pakai gelang getah hitam banyak banyak kat lengan tu. (kan dah kata bajet tomboi). Hmm old days, tiba tiba aku teringat. Tapi kalau nak di ingatkan, memang sampai skarang pun aku sememeh lagi. masih lagi nerd. Masih lagi uncool. Tapi despite semua tu, aku ada orang orang yang tak boleh di tukar ganti. Awak ada ke? Eh macam pelik bebenor pulak tulis ayat macam ni. Ok bye.

Tuesday 1 February 2011

own.

pernah aku bagitau tak yang aku ni sebenarnya a HUGE FAN OF OPRAH WINFREY?! oh yes yes. kepala aku dah dipengaruhi dengan pengaruh perempuan ni dari aku kecik lagi. dulu masa kecik, aku ni pengawas pusat sumber. ye memang dasar nerd. pastu bila hari aku bertugas nanti mesti terjumpa buku pasal oprah ni. mulanya memang lah dulu aku tak kenal sangat dia pastu lama lama sikit ok dah aku dah obses dengan dia. pastu dulu, setiap hari lepas aku balik dari sekolah je, benda pertama aku buat lepas dah masuk rumah ialah buka tv channel hallmark sebab time lunch nanti mesti ada oprah. pastu lepas oprah mesti ada the nanny. teheee.

aku sendiri tak ingat sangat kenapa aku suka gila obses dengan oprah ni. mungkin sebab dia ni kerja nak tolong orang yang susah etc. pastu dia ni suka gila nak jerit jerit atas pentas. suka buat aku rasa gembira sorang sorang. petang semalam, aku satu family tengah duduk minum petang tapi aku sorang je yang dok hadap kat depan tv tengok oprah. pastu lepas sorang sorang datang duduk dengan aku tengok oprah sebab diorang dok dengar oprah jerit tak sudah sudah. pastu aku rasa mesti best gila kalau lah aku dapat peluang ada dekat studio dengan dia masa dia jerit jerit bagai tu. sebab dia selalu jerit jerit ni masa dia bagi orang hadiah je. bukan masa segment dr. oz yekk. kan best kan best.

tapi tu je lah. rasa best sorang sorang dalam hati ni je lah yang dapat kau rasa ni haa. nak pergi kat sana entah tanak mahal pula. duit nak bayar rumah sewa pun tak lepas lagi. hampeh.