Sunday, 27 February 2011

awak ada?

Aku selalu rasa yang kawan kawan aku matang awal berbanding aku. Kiranya aku ni macam loser lah senang cerita. Walaupun kalau nak dibandingkan dari segi saiz badan memang aku lah juara. Aku kan gedang. Eceh kan dah terasa. Tapi ye betul, aku tinggi awal berbanding sesetengah mereka. Okay memanglah sebab genetik tapi masih, aku cepat tinggi.

Kalau nak di ikutkan dari segi lain, haa kan dah terasa lagi. Memang aku kurang matang lah. Aku matang lambat sikit. Bukan tak matang langsung. Sekarang dah boleh kata matang lah ni.

Nak di katakan pasal baligh, okay taknak sentuh. Kalau pasal porno, memang tak ah aku nak menang. tengok porn kali pertama pun masa ehem malu. Okay tu pun tengok sikit je sebab nak tau apa tu porn. Okay dah. Pastu kalau pasal couple couple ni lagi lah. Aku couple pun masa dah masuk universiti. tengok, lambat tau cinta tu apa. Tak macam setengah kawan aku, masa darjah enam dah couple. Yelahh, dulu kan aku bajet tomboi sikit ah. Hamboih. Kalau pasal fashion sense bagai ni pun lagilah. Aku dari kat sekolah dulu lagi asyik sememeh. Sekarang barulah nak up sikit. Barulah ada orang nak ngorat ajak date. Ecehh perasan. Kalau dulu, aku sendiri pun tanak date diri sendiri. Kan ke loser tu.

Hahahhaaa aku baru teringat, dulu ingat konon bajet cool lah kalau pakai baju godang, rambut belah tengah ikat bawah, seluar baggy, pakai gelang getah hitam banyak banyak kat lengan tu. (kan dah kata bajet tomboi). Hmm old days, tiba tiba aku teringat. Tapi kalau nak di ingatkan, memang sampai skarang pun aku sememeh lagi. masih lagi nerd. Masih lagi uncool. Tapi despite semua tu, aku ada orang orang yang tak boleh di tukar ganti. Awak ada ke? Eh macam pelik bebenor pulak tulis ayat macam ni. Ok bye.

3 comments:

benzi said...

ikan kelly da bosan la by

ReEnApPLe said...

huhu... cam sama jerk kita nie... hahaha
sampai sekarang pom kau tak pernah apply make-up ... cara pakai pom tak tao....,
aku still jadik diri aku... even orang lain siap daa mula pakaia shawl... huhu

izzh rzak rock said...

good for you! be yourself the way you are :)