Thursday 15 July 2010

panggil pawang padam api.

aku rasa sekarang aku di ambang bahaya. mana saja aku pergi sekarang dah tak selamat. dah takde tampat yang selamat lagi dah sekarang. semua tempat tempat yang aku pergi semua nya akan membuatkan aku di ancam kebahayaan.


untuk semester ni, aku dah tak dapat privilege untuk duduk dekat dalam kolej lagi dah. jadi aku dah mula duduk luar ah. gila bapak ah duduk luar macam tak rupa hidup cara pelajar je. gila kentang bhai. gila best dohh. ok tak tipu. duduk luar memang tak best sebab nak makan susah. nak pergi class lambat susah. aku nak buat pape pun susah.


sejak kebelakangan ni, since aku dah duduk luar ni kann, jadi untuk kuasa penjimatan yang lebih dan untuk tidak menyusahkan memenatkan tenaga zahir batin aku, aku disaran untuk memasak sendiri ah kat rumah. kau jangan tak tahu aku lah yang paling handal sekali kalau bab masak masak ni. tapi masak instant je ah. you name it. kau nak apa. tomyam? bubur ayam? mushroom sup? sup bunjut? nasi goreng? apa apa lagi kau nak? semua aku boleh buat. cuma perlukan perencah je semua jalann.


pastu kann, haritu sebab dah lapar gila sebab malam semalam aku makan megi je, aku pun masak ah nasik. pastu masak nasi goreng. pehh terbaik dari ladang. pastu sebab aku sedar yang aku ni masak tak reti sangat. masak instant je, aku nak la sedapkan lagi juadah masakan aku. aku pun panaskan lah kuali nak masak ikan bilis. pastu bila dah tengok kuali tu dah mula panas, ikan bilis pun aku dah basuh semua dah, aku pun letak ah benda alah tu. sekaliiii, minyak panas tu boleh pulak nak menggelegak pastu nak pulak minyak tu melimpah keluar dari kuali pastu BOOM hambek kau dapur aku terbakar.


sumpah gila aku panik macam nak mamp. dah lah aku sorang kat rumah. dengan tak reti masak nya, dengan rumah tu takde fire extinguisher nya, dengan aku tak buka pintu tingkap nya, dengan aku duduk je depan dapur tu tengok dapur tu terbakar, sumpah aku panik.


panik punya panik, aku beranikan diri tutup api atas dapur tu dulu. ok berjaya. pastu aku buat lagak aksi bahaya pula. amek surat khabar lama, try nak padam kan api atas dapur. ok tak berjaya. tapi takpe, try lagi. aku amek kain buruk lama yang basah atas meja, tibai kat atas dapur tu, api pun padam. dah benda dah padam, aku cungkil keluar ikan bilis dari kuali tu. pastu makan. dan buat macam takde pape berlaku. perut kenyang yeahh.


tapi pagi tadi, aku semangat bangun awal sebab nak naik bus awal. malas nak tunggu lama lama. sebab dah ter awal sangat bangun, banyak pula masa yang aku nak bazirkan. aku pun keluarkan lah straightener iron dari almari dan mula meluruskan rambut aku ni haa. rambut aku tak lurus macam rambut orang lain. kalau nak lurus kena pula buat dulu. pastu nanti kang kalau salah buat kang tak pasal pasal gerbang pula.


haa pastu bila aku tengah tengah buat rambut, tiba tiba kat hujung wire iron tu ada bunyik POP. pastu ada warna merah merah muncul pastu bau hangit macam nasi terbakar pastu aku campak benda tu atas katil (agak bodoh tak fikir kejap), pastu tiba tiba benda tu terbakar. aku panik. tapi masih lagi tengok je benda tu. dalam kepala aku fikir baju sebab masa tu baru lepas mandi. berkemban lagi. pastu pastu. api tu terpadam sendiri. panik pun dah habis. pastu aku hampa sebab rambut baru lurus sebelah. shit.


konon je dulu aku budak bomba, tapi haram jadah satu pun tak tau.

9 comments:

Unknown said...

HAHAHAHA aku gelak sahaja. kau hot sgt semua terbakar

izzh rzak rock said...

pehh paling lah hot bhai. haktuih

Shasha Saad said...

haha u uitm seri iskandar ye? stay umah sewa kat ne?

izzh rzak rock said...

sidec mari

Unknown said...

dulu cakap org duduk sidec "apa duduk tempat macam ni??" last2 kau pun bertukar menjadi salah seorang..take care..situ bahaya aku tak tipu..

kerangRebus said...

dok umah wat selalu makan megi.Selalu makan megi wat rambut selalu gugur!haih..xmoh mkn megi megi megi dan megi shja ye

Ajim Jimkimjat said...

ko dok luar eh haha. selamat bergembira :)

izzh rzak rock said...

sen: yelah sennn.

kerang rebus: hahahaha memang tu je lah yang dok telan setiap hari :)

ajim: having the time of my life (konon).

MSB said...

xpe yang..safety first..hehehehehehehe