Monday, 7 March 2011

orang ketiga

aku baru dapat tahu berita sedih kawan aku yang sorang ni. dia kena tinggal oleh kekasih dia. aku memang tak berapa nak suka sangat dengan bf kawan aku ni jadi aku tak lah terkilan sangat nak kata yang "jangannnn," tapi yang aku terkilan nya sebab diorang ni dah masuk tiga tahun bersama dah. kekasih satu kampus lagi. jumpa memang setiap hari habaq hang. tapi walaupun dah duduk dekat sama sama satu kampus jumpa setiap hari makan sama sama semua tu, laki tu boleh main kayu tiga banyak kali. taktau lah aku dia dah pernah terkantoi dengan perempuan tu ke tidak tapi dengan kami rakan sejawat ni memang dah banyak kali dah. hmmm.

aku sebenarnya memang tak boleh faham langsung kenapa lelaki nak jugak cari yang lain padahal gf dia yang sedia ada tu dah lawa, setia bagai. i mean just simply why? apa yang tak bagusnya dengan gf engkau tu? kaki dia busuk ke? gigi dia jongang ke? apa? kenapa perlu tengok dari segi luaran padahal kalau tengok dari segi dalaman seseorang itu lebih indah. betul tak?

aku sendiri tau perasaan semua pihak. sebab aku sendiri dah pernah lalui semua tu dah. hamboih macam dah tua bebenor je nak lalui segala pengalaman bagai. tapi memang betul lah, aku faham. aku faham apa perasaan jadi perempuan yang orang ketiga tu, aku faham perasaan perempuan yang kena tipu, aku faham perasaan perempuan yang melangut menunggu tu, dan aku masih tak faham perasaan lelaki yang buat semua benda macam ni tu. sampai ada satu tahap dalam hidup aku ni yang aku sangat taksub dengan karma. aku takut gila dengan karma. tapi last last aku tau lah yang karma tu kepercayaan hindu dan aku ni sebagai orang islam patut percaya kat Allah yang satu.

okay baiklah, kalau perempuan yang orang ketiga ni perasaan dia senang je. bagi dia, dia tak ada buat salah apa pun sebab lelaki tu yang cucuk cucuk. dia tukang layan je. bagi dia tak ada nak cari laki tu pun. bagi dia semua ni kawan je. tapi "kawan tapi mesra lebih" lah. nak bermanja mengada bagai semua silakan. makin lelaki tu cari makin suka dia melayan. hmph.

kalau yang perasaan perempuan yang di tipu ni, hmm lagi lah sakit. dia dah tau dia kena tipu. ia dah tau dia kena main. dia dah tau lelaki tu pasang lain tapi sebab dia setia, sebab dia harapkan yang lelaki tu akan berubah jadi dia dok melangut tunggu lelaki tu berubah. ada sesetengah lelaki yang ambil ikhtibar lah jugak. bila dia dah buat sekali nanti kang dia berubah jadi baik balik. tapi kalau lah kau dapat lelaki yang lagi setengah tu. yang dah dapat tipu sekali makin suka pula dia nak tipu, then what are you waiting for? kau nak tunggu engkau accident masuk hospital bagi lelaki tu menyesal yang dia akan kehilangan kau baru kau rasa dia akan berubah? wehh come on lah derr, lelaki macam ni takkan berubah habaq mai kat hang.

dan bagi lelaki yang selalu sangat rasa bosan jadi kerja dia nak mainkan perasaan perempuan ni, aku tak dapat nak selami hati korang semua ni. apa yang engkau dapat bila perempuan perempuan semua ni melutut kat kau? triumph? tahniah lah weh. dan bagi lelaki yang dah mula sedar dan tau akan kesilapan dia, tahniah juga lah bro. kau takkan tau betapa bahagianya kau telah buat seorang perempuan tu bila kau setia kat dia sorang je. tapi untuk kau dapat balik kepercayaan si perempuan tu memang tak ah. sebab kau dah buat dajal dulu memang tak ah. jadi sabar je lah.

6 comments:

Azim~jimkimjat said...

bukan triumph kot. maybe something else. haha x penah plak buat. xnk pon.

tp best cite nih, x penah bosan dengar :P

izzh rzak rock said...

izzah tau ajim setia dekat miza sorang je :)

Azim~jimkimjat said...

haha insyaallah semuanya baik2 :)

izzah ngan abang benji titew pun kan kan.

izzh rzak rock said...

benji titeww hahahahaa

Macham Iz Punye said...

like this

Jept said...

fitrah naluri lelaki mmg nak lebih..tuh sbb boleh kahwin 4..
manade lelaki yg setia sbb mmg nk setia..dorg setia pon sbb xmampu bagi mase,takut ilang gf,xtahan layan jeles gf dll.. ;p