sejak dari dulu lagi aku memang tak pernah lagi duduk kat tempat paling depan sekali dalam bus. kalau untuk yang long distance punya bus lah. bukan takat yang dok pergi ulang alik dari uitm ke bandar U tu. tapi jap,kalau bus camtu tu pun memang aku tak pernah duduk depan sekali je.
okay nak cerita ni. harini, selepas sebulan setengah lebih sikit aku tak balik rumah, akhirnya aku balik lah juga akhirnya. kira lama lah juga tak balik rumah tu. dah rumah betul dengan rumah sewa pun takde lah jauh mana. boleh tahan la lama tu.
pastu ni lah first time aku bersusah payah nak balik rumah. meredah onak duri bagai sikit lah. dah la pergi beli ticket yang paling awal pastu dapatnya pula seat yang paling depan sekali. siap ada seat belt lagi. excited jangan cakap lah. aku punya lah dok semangat cari punat nak pakai tali pinggang tu sekali kang dah putus. hampa.
masa aku gerak balik pagi tadi, masa tu matahari tak terik lagi pun. macam malu malu je tapi lepas dah sejam HAMBEK KAU. taknak silau pula mata aku yang kat depan tu. nak tulis message pun asyik salah taip. berpinar kemain mata aku.
pastu aku dapat tidur kejap je. sebab ada lalat kacau. tak faham betul aku pehal lalat asyik kacau aku lately. aku mandi taknak kalah pula. mandi jangan cakap lah. segala lotion aku bubuh taruk dah. entah entah lotion aku tu bau lalat ke ape entah. bongok lah.
aku yang tak boleh nak tidur ni asyik dok usha usha pakcik bus tu.tak lah hensem pun. aku kenal pakcik ni tak tak kamceng ah. aku pernah la dua tiga kali naik bus yang dia bawak. tapi baru harini aku tau macam mana dia bawak bus. boleh lah tahan. cermat je. tak laju tak perlahan. siap ada log book pemandu bus lagi. baju dia tergosok rapi. tajam lagi. dia ada dua handphone. ada casing yang kat tali pinggang sebelah seluar tu yang macam pakcik pakcik selalu pakai tu. dia suka dengar SinarFM. setiap kali lagu Awie keluar mesti dia kuatkan. aku duduk bawak speaker radio pula. taknak pekak pula aku dengar Awie dok jerit jerit.
aku pun baru tahu yang bus ada 6gear. cool wehhh. gear reverse dia pun lain. gilaaaa ahh. tempat buka tutup pintu tu paling aku tak puas hati. takat macam tu je punat eh? hekelehhh. pastu kan aku perasan satu habit pakcik bus ni. asal dia selisih je dengan bus lain, tak kisah lah bus jenis apa pun. mesti dia lambai. cakap lah bus brand apa memang dia angkat tangan. jauh mana pun bus tu dia dok lambaikan juga. jalan highway ni 6lane tau. jauh tu. di lambai nya juga pakcik ni. entah sampai ke tidak entah lambaian dia tu.
lepas dah tiga jam aku dok sogok dengan SinarFM, aku rasa lagu favourite aku dah tukar dah jadi lagu berpaut di daham cinta. BHAHAHAHAHA.
1 comment:
Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.
Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)
Post a Comment