Thursday, 13 May 2010

semua pun nak dijadikan isu.

kan selalu budak budak perempuan semua mesti nak fantasize pasal lelaki yang diorang suka kan. semua pun lah nak yang hot hot bajet paling hot punya budak laki pastu suma pun lah nak yang badboy kejadah semua. yelah wehh. semua pun tetibe taste semua orang sama.

aku ingat lagi dulu bila masa zaman zaman sekolah. entah form berapa aku tak ingat ah. yang aku ingat mesti ada yang kata nak lelaki tinggi kempeng pastu jenis yang pakai baju ketat sikit nampak bentuk badan pastu kalau pakai seluar nanti seluar dia londeh sikit pastu nampak boxer dia. ye wehh. semua pun tipikel nak jenis yang sama. aku tahu ni. sebab hanis iz semua nak laki yang lebih kurang sama. ok iz lain sikit tapi semua pun sama je. thina aida wani pun sama je.

ada pula dulu ada orang penah bagitahu aku yang dia nak laki yang misai lebat?? apa kau nak yang jenis macam A.Galak dalam Gerak Khas tu ke apa entah. pastu ada pula yang nak macam badan sedap kejadah. bagi aku kalau badan sedap tu stock jenis macam Karam Singh Walia je doh. tapi kalau ada yang nak jenis tinggi muka cina mata sepet pakai kain pelikat rambut panjang macam korea semua tu bagi aku tu biasa tu. tu jenis budak budak normal tu. hehe

pastu kan bila dah besar pun asyik dok fantasize pasal benda yang sama lagi. pastu siap nak buat list lagi nak jenis yang macam mana. aku ingat dulu masa aku masih dalam zaman lame. masa aku pergi gig dengan nabil iz semua pastu tetibe nabil hilang, aku dengan iz dengan aida tersekat dalam mosh pit pastu ada laki tangan gagah tolong. pehh heaven. lepas tu terus aku nak laki yang ada tangan gagah. siap dengan urat urat sekali okay. baru nampak james bond. okay tipu. james bond sumpah takde urat yang timbul langsung.

entah apa motif aku entah tulis benda ni aku pun tak tahu. tetibe nak tulis. dah la benda ni aku terasa nak tulis masa tengah tengok game piala thomas. masa wong choon han tengah kalah la aku nak tulis benda ni. mungkin sebab aku tengok choon han kot. mungkin sebab mata dia sepet kot. mungkin sebab tu aku terasa nak tulis kot. ape bende entah ni.


1 comment:

ochipz zaind said...

hahahaha...entry yg menghiburkan..=)