Monday, 31 May 2010

bila dah ajal,

musim cuti ni aku kerja. jadi tak ada rasa nak update blog dengan benda benda bodoh yang aku selalu alami sekian hari. tapi malam ni, lebih kurang setengah jam yang lepas, aku terbuka hati nak update sebab aku baru tahu sesuatu yang buat aku rasa nak jerit bagitahu semua orang yang aku sayang yang aku sayang kan diorang.

hidup ni sementara. tak lama. ye semua orang tahu tu. aku tahu yang korang juga tahu tu. ajal maut jodoh rezeki semua ada kat tangan tuhan. dia sorang saja yang tahu nasib kau.

seminggu yang lepas, lebih kurang sepuluh hari yang lepas, masa aku tengah gelak gelak dengan kawan kawan lama aku yang datang melawat aku kat tempat kerja, tiba tiba sorang mamat yang konon nya dahulu kawan aku tapi dia pergi buang aku dari hidup dia entah kenapa call aku. agak terkejut aku tengok nama dia yang keluar kat screen hp lapuk aku. aku buat nak tak nak je layan dia. tapi bila dia bagitahu aku yang amoi dah meninggal. aku tak boleh nak percaya. sebab baru haritu amoi ajak jumpa tapi aku yang malas tak nak pergi. aku rasa bersalah sampai dua tiga hari selepas aku tahu pasal kematian dia.

aku asyik ulang ulang cerita pasal aku dengan amoi masa dulu dulu dekat msb. sampai dia yang pelupa tu pun dah boleh hafal. kesian dia kena dengar. tapi memori tu asyik datang ulang ulang dalam kepala aku. buatkan aku rasa bersalah sangat.

setiap hari aku online fb aku mesti singgah kejap kat page arwah. tengok apa jadi. harini aku ternampak post gf dia. then lepas aku godek godek sikit, aku jumpa benda lain. dah jumpa benda lain, aku godek lain dalam benda yang lain tadi tu. jadi sekarang inilah akibatnya.

aku tak boleh nak berhenti nangis dari tadi. sampai sekarang. penat dah tapi tak boleh nak berhenti. benda yang aku baca tu taklah apa sangat sebab takde kena mengena dengan aku langsung pun. tapi dia bagi impact sebab semua tu SAMA!!!

susah aku nak terangkan.

agaknya betul lah kan bila orang kata yang dia dah tahu bila ajal dia dah dekat. jadi benda benda mati ni janganlah buat main. harap u faham lah.i bebel pun u bukan nak ambil kisah. konon kental.

4 comments:

ochipz zaind said...

hurm...aku faham...kowt. =/ saba ek..

Myee said...

kita cuma merancang..tuhan tentukan...

نورازريناابوحيري said...

kene sabar. penah jugak alami kehilangan teman baik. sebelum die pergi, ada konflik. n dua tige ari before die pegi, die msg, cakap yng die syngkan kawan2 die. sgt terkilan xdpt mintak maaf

Sendra said...

http://www.kuehtart.com/2010/05/personal-bagaimana-satu-hari-nanti-wall.html