Monday 31 May 2010

bila dah ajal,

musim cuti ni aku kerja. jadi tak ada rasa nak update blog dengan benda benda bodoh yang aku selalu alami sekian hari. tapi malam ni, lebih kurang setengah jam yang lepas, aku terbuka hati nak update sebab aku baru tahu sesuatu yang buat aku rasa nak jerit bagitahu semua orang yang aku sayang yang aku sayang kan diorang.

hidup ni sementara. tak lama. ye semua orang tahu tu. aku tahu yang korang juga tahu tu. ajal maut jodoh rezeki semua ada kat tangan tuhan. dia sorang saja yang tahu nasib kau.

seminggu yang lepas, lebih kurang sepuluh hari yang lepas, masa aku tengah gelak gelak dengan kawan kawan lama aku yang datang melawat aku kat tempat kerja, tiba tiba sorang mamat yang konon nya dahulu kawan aku tapi dia pergi buang aku dari hidup dia entah kenapa call aku. agak terkejut aku tengok nama dia yang keluar kat screen hp lapuk aku. aku buat nak tak nak je layan dia. tapi bila dia bagitahu aku yang amoi dah meninggal. aku tak boleh nak percaya. sebab baru haritu amoi ajak jumpa tapi aku yang malas tak nak pergi. aku rasa bersalah sampai dua tiga hari selepas aku tahu pasal kematian dia.

aku asyik ulang ulang cerita pasal aku dengan amoi masa dulu dulu dekat msb. sampai dia yang pelupa tu pun dah boleh hafal. kesian dia kena dengar. tapi memori tu asyik datang ulang ulang dalam kepala aku. buatkan aku rasa bersalah sangat.

setiap hari aku online fb aku mesti singgah kejap kat page arwah. tengok apa jadi. harini aku ternampak post gf dia. then lepas aku godek godek sikit, aku jumpa benda lain. dah jumpa benda lain, aku godek lain dalam benda yang lain tadi tu. jadi sekarang inilah akibatnya.

aku tak boleh nak berhenti nangis dari tadi. sampai sekarang. penat dah tapi tak boleh nak berhenti. benda yang aku baca tu taklah apa sangat sebab takde kena mengena dengan aku langsung pun. tapi dia bagi impact sebab semua tu SAMA!!!

susah aku nak terangkan.

agaknya betul lah kan bila orang kata yang dia dah tahu bila ajal dia dah dekat. jadi benda benda mati ni janganlah buat main. harap u faham lah.i bebel pun u bukan nak ambil kisah. konon kental.

Saturday 15 May 2010

kenapa nak kena mengaku tua kalau betul pun kau tua?


tak puas hati betul aku bila tengok semua orang buat pocoyo untuk diri sendiri. sebab pocoyo tu dengki tak bagi aku pocoyize diri aku sendiri. dengki dohh. sakit hati. sebab dah banyak kali aku pusing pusing website tu, semua bentuk muka aku semua takde pun. :(

pastu haritu bila aku dah hampa sangat sebab aku terlepas The Nanny lagi sekali, aku browse browse semua channel dekat astro. sekali kang, aku tiba tiba rasa macam pernah nampak kartun tu. lama aku cuba ingat balik. PATUT LAH MACAM PERNAH TENGOK SEBAB TU KARTUN POCOYO. sumpah teruja aku tengok. semangat gila aku nak gelak kuat kuat padahal benda tu tak lawak tapi teramat comel tapi comel comel pun lawak juga. kalau tak lawak takkan aku boleh gelak kuat kuat kan? kan kan??

tapi sekarang, aku dah banyak kali browse browse semua channel tunggu nak tengok pocoyo lagi. tapi takde pun. pastu kadang kadang tu, aku sengaja buat buat terlepas The Nanny sebab ingat nanti kang dapat tengok Pocoyo lagi tapi takde pun jugaaaa. kenapa ni kenapa ni??? dengki.

jadi sekarang, sebab aku semangat juga nak tengok, aku buka kat youtube sudehh. tapi gambar pula tak lawa. seeeeeee dengkiiiiii. hmmm

Thursday 13 May 2010

semua pun nak dijadikan isu.

kan selalu budak budak perempuan semua mesti nak fantasize pasal lelaki yang diorang suka kan. semua pun lah nak yang hot hot bajet paling hot punya budak laki pastu suma pun lah nak yang badboy kejadah semua. yelah wehh. semua pun tetibe taste semua orang sama.

aku ingat lagi dulu bila masa zaman zaman sekolah. entah form berapa aku tak ingat ah. yang aku ingat mesti ada yang kata nak lelaki tinggi kempeng pastu jenis yang pakai baju ketat sikit nampak bentuk badan pastu kalau pakai seluar nanti seluar dia londeh sikit pastu nampak boxer dia. ye wehh. semua pun tipikel nak jenis yang sama. aku tahu ni. sebab hanis iz semua nak laki yang lebih kurang sama. ok iz lain sikit tapi semua pun sama je. thina aida wani pun sama je.

ada pula dulu ada orang penah bagitahu aku yang dia nak laki yang misai lebat?? apa kau nak yang jenis macam A.Galak dalam Gerak Khas tu ke apa entah. pastu ada pula yang nak macam badan sedap kejadah. bagi aku kalau badan sedap tu stock jenis macam Karam Singh Walia je doh. tapi kalau ada yang nak jenis tinggi muka cina mata sepet pakai kain pelikat rambut panjang macam korea semua tu bagi aku tu biasa tu. tu jenis budak budak normal tu. hehe

pastu kan bila dah besar pun asyik dok fantasize pasal benda yang sama lagi. pastu siap nak buat list lagi nak jenis yang macam mana. aku ingat dulu masa aku masih dalam zaman lame. masa aku pergi gig dengan nabil iz semua pastu tetibe nabil hilang, aku dengan iz dengan aida tersekat dalam mosh pit pastu ada laki tangan gagah tolong. pehh heaven. lepas tu terus aku nak laki yang ada tangan gagah. siap dengan urat urat sekali okay. baru nampak james bond. okay tipu. james bond sumpah takde urat yang timbul langsung.

entah apa motif aku entah tulis benda ni aku pun tak tahu. tetibe nak tulis. dah la benda ni aku terasa nak tulis masa tengah tengok game piala thomas. masa wong choon han tengah kalah la aku nak tulis benda ni. mungkin sebab aku tengok choon han kot. mungkin sebab mata dia sepet kot. mungkin sebab tu aku terasa nak tulis kot. ape bende entah ni.


Wednesday 12 May 2010

benda malu macam ni memang selalu dah jadi.

benda tak susah. senang je. aku pun macam budak budak lain juga. bila dah dapat cuti gila bapak lama macam ni, semua pun tanak duduk rumah sebab nanti mesti mak bapak korang membebel cakap yang korang ni asyik duduk rumahhh je tak buat pape. kang mula la diorang suruh basuh baju sidai baju angkat baju lipat baju gosok baju semua. pastu dah memang korang dasar remaja gemuk, memang semua nak lari dari buat semua ni kan? hekelehh takyah deny. semua pun sama.

aku tak berubah macam yang lain juga. dah lama dah aku fikir pasal benda ni. bapak lama sial. aku dah buat plan pasal ni masa sebelum cuti lagi. siap tanya dah ollie dengan ziqah. kat roomate aku lagi ah.

bila cuti dah start, (okay meh aku terangkan yang aku ni semangat)

JUMAAT : malam baru sampai subang
SABTU : pagi pagi lagi dah kol thina dengan iz, ajak pergi sunway
AHAD : dapat kerja dah.
ISNIN : start kerja
SELASA : kerja lagi
RABU : DAH BERHENTI!

gila bapak serious lah yang aku semangat nak kerja. kerja promoter je pun tapi bila dah kena kerja pukul 10 pagi sampai 10 malam. pastu gila bapak aku tak dapat cuti pun. sebab aku budak part time je, aku tak dapat privilege diskaun macam orang lain, pastu nak cari makan kat sunway mahal dan tak berapa mengenyangkan, pastu kedai tu bila 6 jam pertama memang mati ah aku kat sana takde benda nak buat. customer pun sumpah haram takda. TAPI BILA DAH PUKUL 9.40malam MEMANG TIBA TIBA LAH BANYAK PULA ORANG NAK BELI JEANS NAK BELI KASUT NAK CARI BAJU PASTU SEMUA MINTA JENIS YANG SUSAH NAK CARI.

lepas hari kedua aku kerja ni, tiga orang dah direct suruh aku berhenti. aku pun memang niat nak cari kerja yang bagi aku makan free pula lepas ni. sampai tang mana semangat aku pun tak tahu lah. biarkan biarr.

Friday 7 May 2010

end of part four

final project finally ended. meaning satu semester dah habis. okay dah habis part four. eh kan dahh. tetibe dah dua tahun kat perak tak perasan langsung.

chutayy dah mula. it's time for job hunting. bling bling mareh seneh.

Justify Full
kalau tak tengok gambar kat atas tu betul betul mesti nampak macam semua yang present kat atas tu aku sorang padahal si ziqoh pun ada juga.gah.