Friday, 10 December 2010

tensi tensi ya bah tensi.

harini bersamaan dengan 10 december 2010. hmm nak aku mulakan cerita yang dari pagi atau awal pagi atau dinihari? hmm mula dari pagi je lah. yang sebelum sebelum tu takyah lah nak amek tau dulu. macam takde benda lagi je.

harini memang banyak ah juga benda yang asyik mucul dari pagi. dengan sakit perut tak sudahnya (bukan cirit birit aku pang kang cirit birit cit choyy), dengan aku kena terima harapan palsunya, dengan lewat sampai tempat kerjanya, dah sampai tempat kerja sampai kena berkejar kejaran bagai pastu tetibe shop manager boleh hilang kunci pastu kena stuck kat luar kedai sampai sejam setengahnya, dengan aku baru tahu rupanya rakan sekerja aku yang selama ni asyik dok buli belasah aku RUPANYA BUKAN PEREMPUAN TAPI LELAKI YANG MENYAMAR JADI PEREMPUAN RUPANYA, dengan TEMAN LELAKI TERHANDAL DIDUNIA AKU DATANG MELAWAT AKU PASTU JUMPA LIMA MINIT TERUS BALIK JOHOR BALIK SAMPAINYA HATI, dengan harini result exam keluar tapi diorang pergi hantar kat email pastu email aku dah kena hack jadi macam mana aku nak check result niii, dengan aku masih lagi terkejut sebab ayah kawan baik aku yang paling aku sayang baru je meninggal ni lagi, dengan tuan rumah yang dah minta duit ansuran rumahnya ni. YA ALLAH ujian ujian dari tuhan. mudahkan aku terima ujian ujian semua ni. sabar :o


Monday, 6 December 2010

siapa kata kalau dah 20tahun otak tak berkembang?

okay trivia; siapa kat sini yang suka NatGeo?

okay me me me!! (angkat semua tangan yang ada kat atas badan aku ni)

aku lebih suka kat National Geography kalau nak di bandingkan dengan Discovery Channel. entah kenapa lah kan. bukan nak pilih kasih tapi mungkin sebab NatGeo ada channel HD kat astro kot. tapi channel History pun ada HD punya juga. okay still tak boleh nak kalahkan NatGeo. you rock NatGeo. (okay dengan harapan dapat beli game free kat website nanti).

dulu aku dok sogokkan diri dengan tengok channel macam ni lepas balik sekolah. bukan sebab minat tapi sebab kat tv lebih kurang pukul 1.30 tengahari camtu masa tu ada cerita Pi Mai Pi Mai Tang Tu je. pastu bukan episod baru pun, asyik dok ulang episod sama je. balik balik episod yang Pak Ude tersalah butang baju tu pastu orang lain dok bahan dia. asyik episod yang tu je.

pastu haritu, okay bukan haritu lah, HARITU PUNYA HARITU, ada documentary pasal deep water punya menatang ni kat TV1. pastu aku sukaaa sangat tengok tapi mak aku asyik potong line sebab time tu time maghrib pastu aku tak semayang lagi pastu nanti bila dah habis semayang semua mestinya cerite haiwan tu dah habis. pastu TV1 bukannya asto. manade siaran ulangan. aku ingat lagi nama documentary tu. THE BLUE PLANET. pastu aku selalu sangat tengok kat NatGeo dengan Dicovery Channel sebab mana lah tau diorang pasang balik cerite tu tapi takde. bila aku google, rupenya cerite tu BBC yang punya. jadi memang tak ah nak tengok balik camtu.

pastu hari haritu masa kat perak, aku ada satu class untuk hidupan planet planet bagai ni entah apa nama class tu aku lupa sebab class tu lecturer aku buat time malam. pastu lepas makan malam memang aku selalu je baring baring pastu perut aku dah besar sangat sebab time malam je mesti aku sental makan ayam. pastu bila dah gemuk mesti tak pergi class tu. pastu ada la satu kali tu aku tergerak hati nak pergi class tu pun sebab lecturer tu dah panggil guna surat amaran. aku datang class lambat konon nak bajet artis ke ape entah. pastu hambek kau, dah kena kunci kena berdiri kat luar 10min. bila aku dapat masuk kelas, diorang tengah pasang cerita PLANET EARTH. pastu aku rasa menyesalllll sangat sebab tak datang class minggu minggu minggu yang laluuu. hmph.

PLANET EARTH ni pun orang yang sama juga yang buat dengan yang BLUE PLANET tu. so memang ngam ah. aku tengok tak kelip mata.

pastu kan pastu kannnn, sekarang ni ada documentary baru kat NatGeo. nama dia kan wak GREAT MIGRATION. okay yang ni memang aku takmau lepaskan langsung. semua siaran dia yang HD ke tak HD ke memang aku nak tengok semua. aku nak hafal semua sebab dah teruja yang amat YA ALLAH! pastu episod semalam aku terlepas sebab SATU USJ 6 BOLEH PULAK PILIH HARI TU NAK BLACKOUT. NHGDJKDFGJ GRRRRR. pastu aku amek cuti harini sebab nak tengok ulangan dia tapi aku tunggu punya tunggu boleh boleh dia buat siaran ulangan time aku pilih time nak tidur kejap time tengahari. nooooooo.

takpelah, sekarang target aku nak kumpul duit gaji kali ni sebab nak beli game great migration. yeay nanti boleh main pindah pindah ketam merah :)

Saturday, 4 December 2010

middle age crisis.

ishhh geram betul sebab semua benda tak fall into places dah. semua benda dah jadi tunggang terbalik dah sekarang ni. ishhh. memang betullah apa yang aku cakapkan dari dulu. aku akan stuck in this middle age crisis sampai bila bila pun.

tengok lah ni kat bawah ni, facebook dah tak boleh buka sebab ada ke dia kata yang aku ni main subahat subahat pulak. nak activatekan balik account ni kena ada security code pula. security code tu nanti dia hantarkan kat email address tu. padahal account email aku yang tu pulak dah kena hack berzaman dulu lagi. terus langsung satu jadah pun dah tak dapat nak buka.


kang ni kang lepas ni kang blogger ni pulak kang kena hack. semua benda pun nak kena hack. hgtosdiuhnskjdfk

nak ditambahkan lagi dalam middle age crisis ni masalh kat tempat kerja tu pulak. grrrr kenapakah kenapakah semua benda krisis krisis alam ni aku yang kena sekarang? aku belum masuk middle age lagi punnnnn.

p.s:// so guys, contact me trough my cell from now onwards. no more social networking for me. tsks.

Friday, 3 December 2010

comeback baby.

okay selepas hampir empat bulan aku tak rasa nak tulis apa apa kat sini dan sekarang i dah rasa nak ngomel kat sini balik. yeahhh

Sunday, 14 November 2010

ishh, malunya. dah tiga bulan tak update blog. pastu bila dah time cuti cuti macam ni, dah tak ada benda yang nak buat terus buka blogger balik pastu terus nak post benda. tengok lah je lah nanti mesti selang sehari ada je benda nak post.