Tuesday, 24 November 2009

how hurt could you get yourself into?

aku tak tahu kenapa tapi bila satu perkara yang aku anggap normal/baik berlaku, mesti ada perkara yang lain yang buat aku rasa macam 'waittt hold demmit holdd,this is all bullshit!' . i mean, kenapa benda ni harus berlaku. ok fine lah, benda ni berlaku sebab lumrah alam tapi kadang kadang aku rasa baik aku tak tahu daripada aku tahu. ok baiklah, contohnya:

kes 1#:

gigi kau patah. pastu kebetulan pula kau tengah tonton cerita yang the rock berlakon tu. yang dia jadi toothfairy tu. entah apa nama entah. so bila habis je cerita tu kau pun percayalah yang kalau kau simpan gigi kau bawah bantal nanti kau dapat 1dollar. pastu bila kau dah buat, pagi esok tu kau dapatlah 1dollar tu. pastu kau pun sengaja lah nak patahkan gigi kau lagi sbb nak dapat lagi 1dollar tapi kali ni kau terjaga bila time kau rasa duit 1dollar tu ada bawah bantal kau. rupa rupanya abang kau yang letak sebab dia nak tengok kau jadi bangang. tapi kau bukan bengang sebab rasa ditipu, kau rasa bengang lagi hampa sebab kau tak dapat nak jumpa the rock pakai baju ketat yang nampak segala muscle lurah dia siap sekali dengan sayap dia.


kes 2#:

tak pun, bila kau teruja beli ticket concert Britney Spears. kau dah tunggu nak tengok dia menyanyi secara live dah lama dahh dan sekarang lah peluang keemasan kau. kau punyalah semangat sangat nak pergi sampaikan kau simpan duit ikat perut tak makan time waktu rehat kat sekolah. bila duit kau cukup je, kau terus pergi beli ticket tu. padahal concert tu lambat lagi. lagi empat bulan wehh. ye kau semangat. pastu, bila tarikh hari yang kau nanti nantikan telah tiba. hari yang dah buat kau hidup tak menentu, tidur tak lena, mandi tak basah, lap tak kering, makan tak sendawa sendawa juga, akhirnyaaaa, rupanyaaaa, ticket kau tu ticket palsu. kau beli lagi secara online. dah kena tipu. kesian kau. pastu besoknya, kau baca surat khabar dan review pasal concert tu memang paling superb ahh. kali ni je britney tak but lipsync. kau hampa sangat lalu bunuh diri.

kes 3#:

serupalah dengan kes kes mana mana yang pernah kau dengar selama ni.


konklusinya,
aku tak tahu kenapa tapi aku tak suka dengan keadaan macam ni. macam penat nak layan setiap kali benda macam ni terjadi. kau nak hentikan benda ni memang tak ahh. kalau kau nak lari dari perkara macam ni pun memang tak ahh. kan kann? jadi macam hmmm. lek lek sudah bro. :|

2 comments:

cik EPAL said...

rileksss sudahhhh ;)

izzah razak said...

tengah relax la ni brader.hehe