Monday, 30 November 2009

kalau dulu 28 sekarang 35

sekarang Malaysia dah tak macam dulu lagi dah. Malaysia dah maju kehadapan. Malaysia dah maju sangat sampai cuaca pun dah maju macam negara maju juga. jangan main main dohh. Malaysia dah tak main ah ting ting dengan guli lagi dah. dia main dota je sekarang. Malaysia dah tak macam dulu dohh. dia dah berubah.

kalau dulu, malam sabtu kita tengok gerak khas yang norman hakim yang ada skandal dengan memey dengan abby abadi yang sekarang berlakon pakai tudung dah dalam gerak khas. siap hafal lagu tema dia. semangat gerak khas sangat sampai sanggup beli ringtone yang Rm0.50 kat surat khabar tu sebab nak tunjuk semangat kesukanan bai. tapi sekarang mana main beli ringtone rm0.50 lagi dah. benda tu dah pupus dah pun. kalau cari gali benda tu dalam tanah pun, dah tinggal cepisan habuk habuk je dohh. tak main la gerak khas gerak khas lagi. kita sekarang tengok nur kasih je dohh. baru tergugat iman kental suci murni dohh.

kalau dulu, masa kecik kecik bila dah penat main kejar kejar police and thieve ice water kejadah semua tu, mesti beli aiskrim malaysia yang rm 0.20 kat tepi jalan. dulu aiskrim tu takat buat sendiri letak dalam plastik pastu gi bekukan. pastu dia dah naik taraf sikit. buat kat kilang, plastik pun dah keras sikit. siap boleh belah dua lagi. pastu sekarang ni? dah naik taraf sampai aiskrim cornetto je yang ada. eh jap, aiskrim cornetto pun dah berubah dohh. dah maju juga. dulu rm1.50 dah boleh dapat. sekarang ni cornetto dah tak main ahh takat ice cream je. semua pun nak ada filling filling. baru market.

kalau dulu, masa kecik kecik pagi pagi ahad kita tengok apa? kartun apa yang kita tengok? yang ada KluangMan, JoeJambul ke apa entah lagi kartun yang ada entah. lupa. sekarang mana nak ada dah semua tu. dah tak cool dah. nak tengok UpinIpin je. nak tengok WonderPets je. tak faham aku.

kalau dulu, music sensasi sepanjang zaman apa je masa tu. BSB, Nsync, 5ive, Westlife, SClub7, Spice Girls, apa lagi apa lagi? banyak dohh. haa aku tahu lah kau nak kata Newboys. takpe aku faham perasaan kau. aku tuliskan juga. sekarang band apa yang kita dengar? tak tertulis aku nak list kan sekarang.

kalau dulu, masa yang ada Friendster dengan MyRakan je dohh. sekarang? you name it.

kalau dulu, bila akhir akhir tahun macam ni, kat terengganu (dan kawasan sekitarnya) memang tak ahh nak tengok matahari. kat sana lah yang macam Boston. hujan tak henti henti. drama habis sampai nak banjir banjir lak. tapi sekarang, kat KL ni setiap hari pulak nak hujan hujan. banjir kang. heshh. kat terengganu pula yang panas macam kat California. Kl pula yang sibuk nak jadi macam kat Boston.

kalau dulu, kalau dulu, kalau dulu, kan best kalau boleh pinjam kereta back to the future mamat yang pakai jacket kuning (kot) tu. boleh aku main main patah balik masa aku form 4. baru nerd.

kan aku dah kata, Malaysia dah tak macam dulu dah. sekarang Malaysia dah tak macam dulu dah. sekarang kalau nak cakap pasal dia kita kena tulis 1Malaysia . konon stail. hehh sukati hang ah.

2 comments:

za8yusoff said...

memang laa gile.nothing last forever. (:

izzah razak said...

hehe :)