Wednesday 12 May 2010

benda malu macam ni memang selalu dah jadi.

benda tak susah. senang je. aku pun macam budak budak lain juga. bila dah dapat cuti gila bapak lama macam ni, semua pun tanak duduk rumah sebab nanti mesti mak bapak korang membebel cakap yang korang ni asyik duduk rumahhh je tak buat pape. kang mula la diorang suruh basuh baju sidai baju angkat baju lipat baju gosok baju semua. pastu dah memang korang dasar remaja gemuk, memang semua nak lari dari buat semua ni kan? hekelehh takyah deny. semua pun sama.

aku tak berubah macam yang lain juga. dah lama dah aku fikir pasal benda ni. bapak lama sial. aku dah buat plan pasal ni masa sebelum cuti lagi. siap tanya dah ollie dengan ziqah. kat roomate aku lagi ah.

bila cuti dah start, (okay meh aku terangkan yang aku ni semangat)

JUMAAT : malam baru sampai subang
SABTU : pagi pagi lagi dah kol thina dengan iz, ajak pergi sunway
AHAD : dapat kerja dah.
ISNIN : start kerja
SELASA : kerja lagi
RABU : DAH BERHENTI!

gila bapak serious lah yang aku semangat nak kerja. kerja promoter je pun tapi bila dah kena kerja pukul 10 pagi sampai 10 malam. pastu gila bapak aku tak dapat cuti pun. sebab aku budak part time je, aku tak dapat privilege diskaun macam orang lain, pastu nak cari makan kat sunway mahal dan tak berapa mengenyangkan, pastu kedai tu bila 6 jam pertama memang mati ah aku kat sana takde benda nak buat. customer pun sumpah haram takda. TAPI BILA DAH PUKUL 9.40malam MEMANG TIBA TIBA LAH BANYAK PULA ORANG NAK BELI JEANS NAK BELI KASUT NAK CARI BAJU PASTU SEMUA MINTA JENIS YANG SUSAH NAK CARI.

lepas hari kedua aku kerja ni, tiga orang dah direct suruh aku berhenti. aku pun memang niat nak cari kerja yang bagi aku makan free pula lepas ni. sampai tang mana semangat aku pun tak tahu lah. biarkan biarr.

2 comments:

Unknown said...

wehh. aku ada keje baik punyee. jap jap. aku kol. *ceh annoying tak komen mcm ni semata mata nk komen.

Anonymous said...

haha. aku baru baca !