Thursday, 3 December 2009

who would have guess??

tell me about this,
bagitahu aku siapa yang tak suka Lady Gaga? i dare say, NO ONE.

aku tak tahu kenapa tapi seingat aku lah masa lagu dia baru baru keluar dulu, it's around a year ago. masa tu aku masih lagi part 1. sekarang aku nak masuk part 4 dah. perghh time tu semua pun nak nyanyi lagu dia. siapa hafal lagu dia dah kira winner. kalau tahu dance move dia dah dapat immunity. untuk game apa, lantak hang lah nak pikir apa.

she was phenomenal. and everybody wish they could be just like her. i mean the fame part. not the freak part.


from her face, her cloths, her makeup, her dance moves, her songs, her everything- semuanya nampak freakish kan? macam terlampau pelik sampai kadang kadang tak masuk akal sebab aku rasa ada juga orang nak jadi macam ni. maybe freak is the new normal.

dan makin lama dia berkecimpung dalam ni, makin pelik je i tengok dia dah jadi. makin pelik makin best pula minah ni. makin best makin famous. makin famous makin amos.

lagu single terbaru dia memang lah superb. bila dah superb, tak ketinggalan lah freak dia. bila aku tengok balik video lama yang tak berapa lama dia, bila dah di compare kan yang lama dan yang baru, ternyata nampak sangat lain dia. cara dance moves, cara lagu cara pakaian juga. sakarang dah up sikit ahh dohh.


ok lah fine. banyak tak banyak sangat lah yang berubah. dia masih lagi pakai cermin mata/goggle/kanta mata kejadah yang pelik pelik, dia masih lagi pakai pakaian yang orang lain tak pakai, dia masih lagi guna makeup artist yang datangnya dari kutub selatan, dia masih lagi guna khidmat choreographer yang ternyata bukan daripada Ahmad Kasan Dancers, nama dia pun masih lagi Lady Gaga. tapi memang ada yang lain dohh. percaya lah. penat aku tengok dia menari siang malam dah ni. hehhh.

dan ucapkan lah tahniah kepada i sebab i dah hafal segala jenis tarian Bad Romance. wohoo :D

Wednesday, 2 December 2009

orang kaya baru,

bila cuti semester macam ni selalu buat aku rasa macam nak bunuh diri sebab dah terlampau bosan tak tahu apa yang boleh buat dah. masa macam ada banyak sangat. sebab dah banyak sangat masa yang aku ada sekarang ni sampai aku rasa macam aku ni sekarang macam aku ni dah masuk dalam clan orang kaya baru. dah kaya sangat lah ni sampai boleh bazir boros. siap boleh pakai buang.

dah nama pun penganggur tanpa kerja, tanpa syiling dalam pocket, tanpa ada apa apa yang boleh membuatkan mata buta apa yang kau ada? MASA dohh MASA. (dan juga rancangan dalam Astro, internet jalur lebar yang superbly laju, stock makanan instant yang tidak mungkin akan habis dalam masa terdekat ini dan juga kerja rumah yang berlambak lambak menimbun).

aku dah berjaya dapat kerja untuk cuti ni. alhamdullilah ada juga orang nak ambil aku bekerja dengan diorang. terima kasih kepada Pn. Jaiton dan En. Rajak kerana memberi peluang ini. tahniah juga, anda baru sahaja memperoleh seorang pekerja yang bukan terdiri daripada calang calang orang kerana dia didatangkan khas daripada Subangi, Vietnam yang bukan sahaja mampu membuat segala jenis kerja dengan kadar bayaran yang mahal dan tidak berpatutan tetapi juga akan membuat kerja mengikut waktu terluangnya sendiri. hehe dasar dasar.

kerja dengan ibu bapa sendiri memanglah amat berbaloi baloi. walaupun kerja yang diberikan amatlah memenatkan. setiap hari ada je list yang disediakan dengan penuh task dari pagi sampai petang (walaupun semua task tu aku tak buat sampai habis tapi atleast aku buat juga). tetapi demi mendapatkan apa yang di idam idamkan, masa yang terluang harus di habiskan.

kerja dengan diorang juga senang sebab bila diorang nampak hasil apa yang kau dah buat, nanti segala apa yang kau minta macam kat hujung jari je. yeah babyy.

tidak ketinggalan, kerja ini juga adalah kerja yang halal disisi Islam.

since sekarang ni target barang yang aku nak masih jauhhh lagi dan aku dah kena guna hasil pekerjaan aku ni by this weekend maka, MARILAH KITA BERSAMA MEMBANTERAS GEJALA PENGGUNAAN BIBIK BIBIK INDONESIA DAN JUGA BANGLADESH. MARILAH KITA BERJUANG MEMBURU DUIT SYILING YANG TERDAPAT DI BAWAH CARPET RUANG TAMU. sekian

endless task untuk hari ini:
  • basuh semua kereta yang ada kat porch (cara cakap macam ada 15 kereta je padahal satu kereta je yang muat dalam porch.cehh)
  • mop lantai rumah atas bawah
  • lap segala jenis cermin dalam rumah
  • basuh, sidai, angkat, lipat, gosok laundry
  • masak masakan instant (save duit daripada ambil McDelivery)
  • buang buku recipe masakan zaman 80-an
  • kemas bilik tidur

PRS lah sangat.

ye, sekarang semua remaja pun nak kasut besar tinggi (high cut bukan high heels. sepak kang) macam ni juga. aku remaja jadi aku pun nak. hehe

Tuesday, 1 December 2009

PLEASE STOP

aku penat tapi aku belum mahu give up lagi. kau nak hack? silakan lah. hack lah semua sekali account yang ada pernah wujud aku buat ni. aku dah pasrah dengan kuasa mental kau yang hanya limited kat takat paras buku lali sahaja. aku penat dan aku sudah malas. harap kau bahagia buat apa yang kau buat ini.

Monday, 30 November 2009

kalau dulu 28 sekarang 35

sekarang Malaysia dah tak macam dulu lagi dah. Malaysia dah maju kehadapan. Malaysia dah maju sangat sampai cuaca pun dah maju macam negara maju juga. jangan main main dohh. Malaysia dah tak main ah ting ting dengan guli lagi dah. dia main dota je sekarang. Malaysia dah tak macam dulu dohh. dia dah berubah.

kalau dulu, malam sabtu kita tengok gerak khas yang norman hakim yang ada skandal dengan memey dengan abby abadi yang sekarang berlakon pakai tudung dah dalam gerak khas. siap hafal lagu tema dia. semangat gerak khas sangat sampai sanggup beli ringtone yang Rm0.50 kat surat khabar tu sebab nak tunjuk semangat kesukanan bai. tapi sekarang mana main beli ringtone rm0.50 lagi dah. benda tu dah pupus dah pun. kalau cari gali benda tu dalam tanah pun, dah tinggal cepisan habuk habuk je dohh. tak main la gerak khas gerak khas lagi. kita sekarang tengok nur kasih je dohh. baru tergugat iman kental suci murni dohh.

kalau dulu, masa kecik kecik bila dah penat main kejar kejar police and thieve ice water kejadah semua tu, mesti beli aiskrim malaysia yang rm 0.20 kat tepi jalan. dulu aiskrim tu takat buat sendiri letak dalam plastik pastu gi bekukan. pastu dia dah naik taraf sikit. buat kat kilang, plastik pun dah keras sikit. siap boleh belah dua lagi. pastu sekarang ni? dah naik taraf sampai aiskrim cornetto je yang ada. eh jap, aiskrim cornetto pun dah berubah dohh. dah maju juga. dulu rm1.50 dah boleh dapat. sekarang ni cornetto dah tak main ahh takat ice cream je. semua pun nak ada filling filling. baru market.

kalau dulu, masa kecik kecik pagi pagi ahad kita tengok apa? kartun apa yang kita tengok? yang ada KluangMan, JoeJambul ke apa entah lagi kartun yang ada entah. lupa. sekarang mana nak ada dah semua tu. dah tak cool dah. nak tengok UpinIpin je. nak tengok WonderPets je. tak faham aku.

kalau dulu, music sensasi sepanjang zaman apa je masa tu. BSB, Nsync, 5ive, Westlife, SClub7, Spice Girls, apa lagi apa lagi? banyak dohh. haa aku tahu lah kau nak kata Newboys. takpe aku faham perasaan kau. aku tuliskan juga. sekarang band apa yang kita dengar? tak tertulis aku nak list kan sekarang.

kalau dulu, masa yang ada Friendster dengan MyRakan je dohh. sekarang? you name it.

kalau dulu, bila akhir akhir tahun macam ni, kat terengganu (dan kawasan sekitarnya) memang tak ahh nak tengok matahari. kat sana lah yang macam Boston. hujan tak henti henti. drama habis sampai nak banjir banjir lak. tapi sekarang, kat KL ni setiap hari pulak nak hujan hujan. banjir kang. heshh. kat terengganu pula yang panas macam kat California. Kl pula yang sibuk nak jadi macam kat Boston.

kalau dulu, kalau dulu, kalau dulu, kan best kalau boleh pinjam kereta back to the future mamat yang pakai jacket kuning (kot) tu. boleh aku main main patah balik masa aku form 4. baru nerd.

kan aku dah kata, Malaysia dah tak macam dulu dah. sekarang Malaysia dah tak macam dulu dah. sekarang kalau nak cakap pasal dia kita kena tulis 1Malaysia . konon stail. hehh sukati hang ah.