Monday, 11 January 2010

musim panas kini bermula

sebab aku dah malas nak online cari bahan kat internet tengah tengah malam macam ni, jadi aku pun post lah entry macam ni.

oh haaa, aku baru kenal dengan sorang ni. kira dia ni kawan baik aku yang baru ah sekarang ni. tapi masih lagi tak boleh nak lawan nak jadi setanding dengan orang lain lagi ah. dia ni kira macam teman lepak aku setiap malam ah sekarang. kitorang dah jadi kawan baekkk gila baik punya sekarang. dah kami bukan hanya berdua, kami bertiga.

nak kenal? jom meh aku kenalkan. sorang ni nama dia boshan. sorang lagi nama dia tidoq. kira kalau pape memang kitarang macam dah tak boleh nak dipisahkan lah. tapi aku boleh lagi gerak solo. diorang je ah yang selalu berdua. takpe. kitorang masih baru dalam bab kawan kawan ni. lek lek luu.

malam ni aku dah janji nak jumpa boshan kat studio. sebab aku pun takde benda nak buat sekarang ni, dia ajak aku main webcam. cehh saja tanak bagi aku buat kerja.

haa, kat sebelah kiri aku tu boshan. kat sebelah kanan tu tidoq.
comel kan comel kan comel kannnnn??
demm ahh.

pastu bila dah malas nak ambil gambar camwhoring muka sorang sorang, kitorang main stalk orang guna webcam lak. sumpah kalau orang tu tau memang sumpah menakutkan macam haghram punya menakutkan.


tidoq kena balik awal harini. dia lepak dengan kitorang kejap je. tapi dia kata jap lagi bila aku dah balik bilik dia datang jumpa aku. nak sleepover lah konon. yeahhh baru lena tidur nyenyak malam ni :)

4 comments:

kerangRebus said...

samela ngah wat reserch~~rutin yg bosan gile =_=

Jept Yang Sedang Sakit said...

laa..camtuh nk jadik kwn gak bole? ;p

izzh rzak rock said...

kerangRebus: boo kepada semua asgmnt.boooo

jept: meh meh jom kita jadi kawan. nanti aku kenalkan dengan diorang dua ekor tu juga. meh mehh

Jept Yang Sedang Sakit said...

haa..cantik..jgn lupa sediakan sekali profail facebook mereka 2 ekor tu..senang nak komen wall mereka..ok..ok??