Monday 15 February 2010

baju konon senandung haktuih.




saja aku nak jadi mengada letak gambar gambar ni sebab aku rasa dah lama aku tak post entry yang bergambar. tapi semua ni bukanlah sebarang gambar. konon aku nak jadikan gambar inspirasi untuk konsep. ya, bunyi macam haram. ya, bunyi macam bajet bagus. tapi cukup untuk aku tahu apa yang aku nak, apa yang patut aku cari, apa yang patut aku tahu untuk mula mencari, dah kira bagus sangat dah tu.

bila cuti macam ni datang, aku selalu jadi macam orang utan. tapi orang utan dalam context bahasa aku lah. bukan dari segi dewan bahasa pustaka ke apa entah. apa yang di plan tajadi, apa yang diharapkan jadi tajadi, apa yang mahu jadi pun tajadi juga.

cuti seminggu terlampau pendek untuk orang tinggi macam aku. agak agaknya cuti berapa lama baru aku puas eh?

No comments: