Wednesday 17 February 2010

kenapa terasa kalau kau kata kau tak salah?

aku pelik kenapa manusia ni walaupun dah tahu benda tu salah tapi masih nak buat juga. apa saja benda yang dah siap tahu awal awal lagi yang kita tak boleh buat tapi sibuk nak juga buat. pastu bila dah salah baru macam nak fikir kenapa lah diri bodoh sangat nak buat juga.

contohnya,
apa contoh paling senang eh? okay macam ni. contohnya kalau kau tahu yang kalau tinggikan suara kat mak bapa salah, apatah lagi kalau ingkar dengan arahan diorang tapi yang dok sibuk dok buat lagi kenapa? aku cakap benda ni pun bukan sebab aku pelik kenapa aku tak buat benda macam ni tapi aku pelik yang aku sendiri dah tahu benda macam ni salah tapi aku buat juga kat mak bapak aku. kesian diorang.

takpun macam situasi meniru dalam exam. okay, yang ni aku cakap awal awal yang aku tak pernah buat dalam situasi kehidupan sebenar. tapi aku pelik, walaupun macam uitm dah keluarkan satistik budak budak yang sibuk nak meniru time exam tapi kenapa untuk exam akan datang tu satistik budak yang meniru makin meningkat pula? padahal kononnya lah diorang keluarkan satistik semua tu sebab nak buat budak budak takut tak buat aktiviti meniru tapi nampaknya strategi diorang tak menjadi kott.

lagi satu benda yang aku pelik, kenapa bila seseorang tulis pasal satu benda tu then nanti akan ada orang yang terasa orang tu tulis pasal dia pastu situasi tacing tacing ni bermula pastu mula lah dengan perang dingin pastu mulalah dengan balas membalas pencarutan. aku pelik. kadang kadang tu mungkin betul lah yang orang tu terasa sebab memang benda tu ditujukan kat dia tapi dalam kes kes yang selalu terjadi aku rasa ada orang yang perasan lebih kot. jadi bila bneda macam ni dah jadi, macam susah nak terangkan yang sebenarnya benda tu di tujukan kat orang lain dan bukan kat dia. aku rasa bila aku tulis benda ni pun mesti ada orang yang terasa aku tulis pasal dia then nanti situasi yang sama akan mula balik dan akhirnya benda sama juga yang akan datang balik.

apa kau tak pernah rasa penat ke?

1 comment:

khaulah said...

emm tersa jugak diri nih~ T__T