Friday 26 March 2010

hang anak hang hotak hang

penat aku nak tulis pasal entry yang boleh lebih kurang tahan emo goth dia. penat lagi aku nak tulis pasal entry yang aku dah bosan dengan perak ni. penat juga aku nak tulis entry pasal aku malas nak buat kerja final project. agak agaknya orang yang dok baca aku bebel yang aku penat malas gemuk emo bosan semua ni penat juga la eh.

jadi kalini aku dah berazam nak tulis entry pasal benda lain. tapi dalam kepala aku hanya ada benda yang sama yang asyik berulang ulang tak sudah. aku penat bosan malas emo goth.

tapiiii tahukah anda bahawa,
dalam kelima lima hang yang hang jebat hang tuah hang lekir hang lekiu hang kasturi semua tu, hanya hang kasturi je yang melayu??! wtf gila en. tapi kalau betullah fakta haram ni, takkan hang jebat ke hang tuah kata takkan melayu hilang di dunia kan? jadi teori baru muncul semula. iaitu yang hang hang semua ni orang peranakan kot. kalau tak pun diorang ni anak mami yang migrate dari penang turun ke melaka. sebab dah biasa dengan bahasa utara, setiap nama pun nak guna hang.

okay, entry bodoh.

No comments: