Sunday, 14 March 2010

tell me how and tell me now

sekarang ni ada tiga situasi. tiga tiga situasi yang ada dalam kepala aku ni macam buat aku menyampah dengan benda benda macam ni lagi lagi bila benda benda macam ni asyik main main dalam kepala aku. pastu bila aku tengah bisan takde buat apa apa mula la benda benda ni datang kacau pastu nanti bila aku dah layan kang mula lah aku fikir panjang sampai tak boleh nak tidur. tapi bila aku tak layan pula nanti benda ni asyik datang main main lagi dalam kepala aku pastu nanti aku pun jatuh stress. demm yu.

jadi sekarang aku macam rasa baik aku tulis benda ni sebab benda ni asyik main dalam kepala aku pastu baik aku kongsi biar benda ni main dalam kepala orang lain juga pastu nanti sama sama jatuh stress. yeahh.

situasi 1#:

kau kenal dia kat sekolah. sekolah kau ni kira ada dalam kawasan rumah kau juga ah. jadi sekarang kau dah jumpa dia ni dan korang pun kira dah bersama ah kan. korang bersama macam setiap masa ah macam dah besok tu korang dah takkan jumpa lagi padahal besok kau datang sekolah jumpa lagi pastu balik sekolah jumpa lagi pastu pastu pastu haa jumpa lagi. pastu lepas habis spm masa cuti panjang tu kau masih lagi bersama dengan dia sebab kiranya rumah korang dekat lah juga. dalam satu kawasan je. lepas keputusan spm dah keluar, kau masuk universiti kat kedah dia masuk universiti kat johor. dua dua jauh sama jauh tahap jauh nun di sana tapi kau tak kiah sangat jauh mana pun korang sekarang ni sebab rumah korang dekat time cuti semester nanti boleh jumpa lagi. ok dah.

situasi 2#:

kau kenal dia kat universiti yang kau masuk ni. kononnya sekarang dia orang kedah kau orang johor pastu jumpa kat UPM. haa sudah. pastu korang pun bersama lah sepanjang masa. masa kuliah masa makan masa mengundi masa naik bus masa tengok wayang segala jadah haram ah. pastu bila cuti semester break kau masih lagi bersama dengan dia. pastu kau tak heran sangat sebab deep down kau tahu yang masa cuti macam ni je yang kau jauh dengan dia sebab cuti sebulan je pastu nanti bila semester baru masuk, kau dah boleh jumpa dia balik pastu mula lah kau orang berdua asyik bersama balik masa kuliah masa makan masa mengundi masa naik bus masa tengok wayang segala jadah haram. ok dah.

situasi 3#: my favourite,

kau masuk sekolah berasrama yang sama dengan dia. kononnya sekarang kau asal johor dia asal kelantan. dua dua sama jauh nun jauh di sana. sekolah kau ni kat KL. pastu kau bersama dengan dia dari masa form 4 sampai lah habis spm. masa kat sekolah ni korang ah yang handal. masa makan sama jadah semua tu ah. pastu bila kau dah habis spm, korang pun balik lah kampung halaman masing masing. yang sorang kat johor, sorang kat kelantan. pastu bila dah masuk universiti sorang masuk kedah, sorang lagi masuk kat sarawak. korang masih lagi bersama. pastu bila dah dua dua dah habis belajar sampai habis semua jenis degree ijazah sarjana master semua pun korang dah sapu korang pun balik kampung halaman tunggu nak kerja.

ni haa masa kerja pula, nak di jadikan cerita hangat, kau dapat kerja kat KL pastu dia pula dapat kerja kat sabah. haa hambek kau semua jauh kemain. tapi korang masih lagi teguh nak bersama juga. lantak korang lah kan. pastu dah korang nak kahwin pula. dah duduk jauh macam ni pun nak juga bersama ha lantak lah. pastu dah jauh punya lah jauh semua ni korang nak bersama lagi entah apa yang korang nak bersama pun aku tak tahu lah.


jadi persoalan aku sekarang ni,
HOW COULD YOU COMMIT TO SOMEONE WHO SO FAR AWAY FROM YOU AND HOW COULD YOU BE SO LOYAL TO THEM EVEN IF YOU KNOW THAT THERE IS A POSSIBILITY THAT THEY WONT DO THE SAME?

aku cakap benda ni sebab aku confuse walaupun aku sendiri sedang menjalani benda yang macam ni. dah aku diam dah ni.

7 comments:

Jept Yang Sedang Sakit said...

pikir positive sudah..
kontek² selalu..tepon ade..fb ade..blog ade..bile kite ingt dia,dia ingt kite lah..
insyaAllah..

izzh rzak rock said...

haha macam lawak je situasi yang ketiga tu.tak rasa ke?

Jept Yang Sedang Sakit said...

agak lawak la..dh kawin mana bole bersama sgt..nnt kene hambat dgn suami...hoho..aiseh..situasi ketiga tuh aku dh rase dh sebenarnye ni..

izzh rzak rock said...

hohohoo pengalaman orang sebenar ni haaaa.tahniah jept

Jept Yang Sedang Sakit said...

haha.. terima kasih..
tp sebenarnye mcm 3-3 situasi di campur kan sekali..ahh.. ko le ni wat aku pening..hahha

tahniah jadi gay..kim salam atok tuh ;p

Sendra said...

kau janganlah stress kat benda2 tak penting macam ni izzah..baik kau fokus kat kerja kau ok?benda ni semua orang lalui rasanya..people come and go,but in the end,that's life..

cheers,
sendra.

Macham Iz Punye said...

sudah tiba masa kita berjumpa