Wednesday 23 June 2010

nasib malang,

aku rasa sekarang ni macam aku dah terkena entah sape punya badi malang kot. tapi nasib baik badi malang ni tak buat aku jatuh malang sangat tapi macam aku ni malang sebab terkena masuk dalam situasi malang tu jadi aku pun dah tersama malang sekali.

harini, macam hari yang biasa dekat kerja, sebab aku nak jimat duit sikit sebab gaji dari bulan lepas tak dapat dapat lagi jadi aku pun bawa lah bekal masakan mak yang sedap lagi percuma dan jauh dari perasaan was was. tapi harini aku rasa macam ada campuran dadah sikit kot. mungkin mak tersalah letak kanji dengan ganja. mana tahu.

lepas makan tengahari, tetiba lah pula aku rasa macam nak tidur. pastu tak beragak langsung pergi tidur dekat kaunter. dah sah sah kaunter tu depan pintu. biasa dia. pastu ada panggilan telefon yang mengatakan bahawa manager kedai nak datang dah sekarang ni, dah tahu yang manager nak datang tapi masih lagi mengada nak tidur tu apesal? dah nasib badan malang. kena marah maki hamun depan kaunter depan kedai. malu marah je. sepak kang. tidur je. eh?

pastu lepas dah kena so called 'tegur' tu, aku macam tak serik lagi sebab asyik menguap pastu buat muka toye nak tidur lagi. pastu makin buat aku bengang sebab bila budak office call baru nak minta nombor akaun bank. apa ni apa ni?

tak dapat gaji lagi lah nampaknya. maka segala benda dalam wish list yang dah kepam tu kena tunggu lagi. entah bila baru dapat nak tatap pegang tengok pelok segala benda jadah jajan tu aku pun tak tahu. yang aku tahu aku dah gila. sampai gaji masuk baru waras balik.

No comments: