Tuesday 5 January 2010

tiada entry perempuan jalang disini.


aku ada beberapa soalan yang ingin aku kongsi bersama dengan harapan kamu sebagai pembaca dapat memahami dengan apa yang aku cuba bagitahu ni. benda bukan susah atau penting mana pun, hanyalah sesuatu yang asyik bermain dalam kepala aku sejak dua menjak ini. lagi lagi bila aku asyik sogok minda aku dengan lagu yang lebih kurang sama dengan apa yang aku fikirkan. memang tak ah aku nak tenang.

aku tulis karangan entry ini dalam gelap. pada jam 3.47 pagi. dimana aku baru saja selesai letak telefon. conversation lama yang apalah sangat, yang tidak banyak membantu dengan perjalanan harian tetapi telah membuat aku berfikir dengan mendadak sekali sehingga aku tak boleh nak tidur asyik berfikir pasal ni.

aku tulis dengan teramatlah laju sampai banyak kali kena backspace dan tulis balik sebab salah eja dengan ayat yang entah apa apa. aku tulis dengan teramat laju sampai aku boleh rasa nadi aku sekarang ni. hmm baiklah. tanya diri anda soalan di bawa ini.

pernah berasa bodoh dengan perkara yang pernah kau buat pada masa lalu? sangat bodoh sampai ke tahap yang boleh pula kau nak samakan diri kau dengan makhluk tuhan yang paling hina.

pernah berasa jahil dengan tindakan diri sendiri? di mana kau rasa bahawa apa yang kau lakukan pada masa tu adalah yang terbaik tetapi bila kau pusing kembali masa, rupanya itulah perkara yang paling bodoh pernah kau buat?

pernah terasa nak miliki sebuah mesin masa dimana kau boleh putar kembali masa ke zaman mana yang kau mahu? di mana kau boleh ubah semula segala benda haram jadah yang kau lakukan dahulu?

pernah berfikiran dan berkelakukan di luar jangkaan orang yang rapat dengan kau? malah kau sendiri pun tidak menyangka yang kau boleh berkelakuan sampai ke tahap begitu. kelakuan yang sampai boleh buat kau malu nak berdepan dengan orang ramai sebab kau tahu orang akan sentiasa ingat dengan apa yang kau buat.

pernah terasa yang perbuatan kau ni tak setimpal dengan apa balasan yang kau terima. bahawa dunia ni tak adil dan kau layak dapat layanan yang lebih baik daripada ni?

pernah terasa nak bunuh diri?

jadi kalau kau asa pernah rasa apa yang tertulis kat atas ni, jadi apa yang lagi yang boleh kau buat selain daripada merenung pada masa depan dengan fikir apa yang boleh kau buat untuk memperbaiki diri kau sendiri. tapi kalau kau asyik pandang kebelakang, asyik berfikir pasal kesalahan yang kau buat dulu, asyik fikir tentang apa yang orang lain akan kata pasal kau, aku rasa hidup kau akan makin mundur dan kau akan terkurung dalam dunia kau sendiri. betul kan?

5 comments:

kerangRebus said...

penah.time kcik2.pkara yg memalukan.wat ngn bzfren yg akhirnye jdik musuh.xleh story,krn tlalu teruk..aish..+_+

Henpao said...

muhasabah diri.

muhammad zaaid - lanzaafame said...

lets go jah.
we'll sing through the day. (:

ellya said...

u ni kenapa?u dah fuck dgn BF u ke?come on babe..klu setakat hal tu perkara biasa je..u tak payah fikir2 sgt lah.cari BF lain..settle semua.

izzh rzak rock said...

eh jap ELLYA. ada i cakap pasal diri i ke sakarang ni?? i dont thnk sooo