Sunday, 27 December 2009

persatuan jinjang rempit, The AGz.

hai kawan kawan,
masih ingat page myspace ini lagi?


sebab aku bosan duduk rumah sorang sorang harini, aku pun geledah la balik segala benda lama yang ada kat dalam rumah ni. mula mula sekali aku buka balik computer uzur kat dapur yang takde siapa berani nak usik bukan sebab computer tu berhantu tapi siapa yang pegang boleh jadi hantu nanti.

dah aku pun buka lah computer tu. memang sumpah naik nazak ah benda tua tu. nak tunggu loading bukan main lama lagi. dari button start nak ke button my pictures mau naik 10min aku tunggu. tu belum lagi nak tunggu content computer tu buka.

jadi aku pun tahan lah sabar. tunggu lah benda bangang tu load. dapat juga aku gelak sorang sorang bila tengok gambar semua yang ada tu. tapi tak lama lepas tu, agaknya sebab dah takdir computer tu uzur, segala benda terpadam. aku bengang, terus naik atas on laptop dan surf internet.

takde benda nak buat petang petang macam ni. dah la hujan. memang tak ah nak jumpa sesiapa yang tengah online. atleast siapa yang aku harap boleh online memang takde ah.

jadi, aku pun buka lah page myspace aku. ok fine lah, memang lah setiap hari pun aku buka tapi kali ni aku buka balik comment page aku. aku baca balik dari first comment yang aku terima dulu sampai lah ke harini.

sumpah bila aku baca balik, aku rindu. aku sedih. aku rinduuuuu dengan semua yang aku selalu comment dulu. terutamanya AGz. aku rindu nak comment dengan hanis pasal apa yang ajdi kat sekolah haritu sebab hanis memang gemok paling gemok tanak datang sekolah. aku rindu nak comment dengan iz cakap pasal dominos, eyebags, bla bla. aku rindu nak comment dengan thina cakap pasal nak pergi gigs. aku rindu nak comment dengan nabil belagak macam kitorang ni couple ke apentah. aku rindu nak comment dengan wanoy cakap pasal pape je yang ada. aku rindu nak slipover. aku rindu muvi maraton. aku rindu maplei aku rindu korang :'|

rindu!

AGz,
korang lah perkara yang paling baik pernah terjadi dalam hidup aku. (ok adalah benda lain lagi tapi korang salah satu daripadanya lah.) korang sentiasa ada dengan aku setiap masa. sekarang bila semua dah besar godang, semua buat hal masing masing tapi masih keep in touch. (aida, kau je yang muncul setahun sekali.) aku harap kita boleh balik ke masa form4/5, time lepas SPM, time semua kerja kat Dominos, masa semua berfikiran jinjang dan rempit.

jenguk jenguk lah page AGz. aku tengok benda tu dah berhabuk dah. takezZZz careZZzz Agz.

: wani, kau kat UK tu baik baik jaga diri.

Saturday, 26 December 2009

bak datang

tiada entry bagaimana christmas di raikan kerana aku bukanlah seperti sesetengah orang yang beranggapan bahawa kita rakyat Malaysia yang muhibah, patut raikan segala jenis perayaan yang ada.


*

minggu depan, akan kembali ke kawasan yang tidak begitu rural dan tidak langsung menyerupai kehidupan urban. jauh dari orang tetapi tidaklah ceruk di dalam hutan.

*
minggu depan, akan pulang semula ke kehidupan yang tak berapa nak mencabar tapi tidak kurang menariknya.

*
minggu depan, akan rasa bosan dengan separuh rakan rapat semua telah tiada. ada yang telah habis belajar, yang teruskan masuk ke degree, yang kena berhenti, yang juga diberhentikan.

*
minggu depan, akan berasa bahawa sudah tua kerana telah masuk ke tahun baru tetapi perangai dan cara pemikiran masih tidak banyak yang berubah dengan yang sebelumnya.

*
minggu depan, akan berada didalam situasi mempunyai duit yang datang bertalu tetapi dalam masa yang sama akan berada di dalam situasi tiada duit langsung. process mengikat perut bakal bermula semula.

*
minggu depan, akan berkumpul semula dengan budak budak kepala jinjang perangai setan. akan juga terserempak dengan yang tidak sepatutnya.

*
minggu depan,,,

lebih baik tunggu dan lihat apa yang bakal muncul lagi daripada predict apa yang bakal muncul.

Thursday, 24 December 2009

dah. puas hati aku sekarang. puas hati dapat tengok natalie portman berlakon dalam french. puas hati lepas download tak sampai lima jam dah boleh tengok. puas hati cerita ni ada subtitle. puas hati gambar dalam HD. puas hati sangat sampai besok boleh puasa tanpa sebarang halangan. dah cukup puas hati aku :)

*

* sequel -nya,

see, nilah cerita yang patut keluar lepas aku download. bukan cerita porno geli budak shuffle mana entah tu. and and and, seeee, natalie portman memang superb sampai dua dua cerita superb ni pun dia berlakon.

Tuesday, 22 December 2009

bodoh tapi bener.

hai gay,
kau makin hensem harini. pakai minyak dagu lagi?

*
aku keluar pergi beli credit kat Mydin tadi. semangat gila nak beli credit sampai semangat nak beli kat Mydin. macamlah dapat beli dengan harga borong. teruja lagi aku nak masukkan topup sebab hutang credit advance aku dah banyak tertunggak. dua tiga kali cuba masih tak boleh topup lagi. selepas setengah jam baru aku perasan aku bongok pergi beli credit Maxis padahal aku guna Celcom. demm.


*
cerita drama Cucu Betong yang ke udara setiap hari isnin hingga khamis pada jam 4.30 petang di TV3 tu menakutkan sumpah menakutkan. hantu nenek kebayan gila dan konco konco gilanya berjaya buat aku takut nak mandi tidur makan sendirian. sekarang, aku dah tak berapa selesa nak tinggal kat rumah sorang sorang. asyik teringat kat suara Malika.


*
dua kali aku download cerita New York, I Love You. bila dah habis download, aku gila teruja nak buka terus sebab Ares cam haram dua tiga hari ni. download lama gila bapak lama punya lama. sekali cerita porno budak hingusan apa benda entah yang keluar. langsung aku tak teruja tak terangsang nksljscgd.


*
aku masuk universiti nak masuk dua tahun dah dan lagi dua bulan aku akan tinggalkan dunia belasan tahun dan hello wawasan 2020. tapi kenapa curfew balik rumah aku masih lagi sebelum maghrib? kenapa aku masih lagi tak boleh bawa kereta sendiri lebih 20km dari rumah? kenapa kenapa anak dara kenapaa???



*
what goes around comes around.
karma, kau duduk jauh jauh dari aku. aku tanak kawan dengan kau lagi dah. langsung tanak dah. kau tak best. bye.

Sunday, 20 December 2009

apabila kau bukan seperti yang diharapkan,

kau mula hampa, fikir yang kau tak patut dilahirkan di dunia. kau mula sepak pintu, pecahkan cermin, tumbuk lesung batu segala jadah haram yang boleh kau buat. kau tak puas hati dengan hidup yang tak adil. tapi nak buat macam mana dohh. dah kau memang ditakdirkan untuk jadi macam tu. kalau dah ditakdirkan ibu bapa kau nak buang kau masa kau kecil dalam tong sampah, nak buat macam mana. atleast kau hidup juga sampai hari ini. bernafas juga kau, dapat juga kau tengok cerita Ninja Assassin walaupun sumpah tak berbaloi, dapat juga kau baca entry blog yang aku tulis ini walupun bukan aku tujukan kat kau tapi dah ditakdirkan kau baca pastu kau terasa dan sekarang kau rasa macam nak sepak pintu, pecahkan cermin, tumbuk lesung batu segala jadah haram yang boleh kau buat.