Saturday 26 December 2009

bak datang

tiada entry bagaimana christmas di raikan kerana aku bukanlah seperti sesetengah orang yang beranggapan bahawa kita rakyat Malaysia yang muhibah, patut raikan segala jenis perayaan yang ada.


*

minggu depan, akan kembali ke kawasan yang tidak begitu rural dan tidak langsung menyerupai kehidupan urban. jauh dari orang tetapi tidaklah ceruk di dalam hutan.

*
minggu depan, akan pulang semula ke kehidupan yang tak berapa nak mencabar tapi tidak kurang menariknya.

*
minggu depan, akan rasa bosan dengan separuh rakan rapat semua telah tiada. ada yang telah habis belajar, yang teruskan masuk ke degree, yang kena berhenti, yang juga diberhentikan.

*
minggu depan, akan berasa bahawa sudah tua kerana telah masuk ke tahun baru tetapi perangai dan cara pemikiran masih tidak banyak yang berubah dengan yang sebelumnya.

*
minggu depan, akan berada didalam situasi mempunyai duit yang datang bertalu tetapi dalam masa yang sama akan berada di dalam situasi tiada duit langsung. process mengikat perut bakal bermula semula.

*
minggu depan, akan berkumpul semula dengan budak budak kepala jinjang perangai setan. akan juga terserempak dengan yang tidak sepatutnya.

*
minggu depan,,,

lebih baik tunggu dan lihat apa yang bakal muncul lagi daripada predict apa yang bakal muncul.

4 comments:

muhammad zaaid - lanzaafame said...

okeg.dah2, nanti jommm g lepak sesama. i'll replace ain k! (:

izzh rzak rock said...

bila kau dah pindah masuk melati baru aku mengaku kau yen

muhammad zaaid - lanzaafame said...

aku NR yang setia jahhh. :D

izzh rzak rock said...

kau NR?????????

aku pun lah.baru jinjang